Bagi warga digital Malaysia yang gemar menonton sketsa di YouTube, pasti ada segelintir daripada anda yang menjadi peminat kumpulan Warintil yang menghasilkan sketsa komedi yang berkisarkan kehidupan warga tempatan Indonesia di sebuah kawasan kampung rakyat marhaen.
Populariti mereka bukan sekadar di Indonesia sahaja, bahkan turut mengumpul peminat dari Malaysia. Buktinya, kumpulan ini memiliki lebih 7.49 juta pengikut di YouTube. Setiap video sketsa yang dimuat naik oleh kumpulan ini menerima lebih dari 3 juta tontonan, membuktikan kejayaan mereka dalam dunia digital.
Pelbagai watak yang dipaparkan menerusi sketsa kumpulan Warintil.
Hari ini peminat kumpulan ini telah dikejutkan dengan berita kematian Purwadi bin Suprayetno yang memegang watak Rita Lalala, Wak Min dan Bobo. Berita kematiannya telah dimuat naik di laman Instagram rasmi Warintil.
Dalam hantaran tersebut, mereka meletakkan gambar allahyarham Purwadi dalam rona hitam putih. Paling meruntun hati kapsyen yang tertulis mengkhabarkan pemergian sahabat baik mereka itu.
Watak Rita Lalala lakonan allahyarham Puwardi antara watak yang popular dalam sketsa yang dihasilkan oleh kumpulan Warintil
“Dari hati yang paling dalam, kami dan keluarga turut berdukacita atas meninggalnya allahyarham. Semoga Allah menempatkannya di tempat yang paling indah di syurga. Bagi yang kenal allahyarham kami mohon agar dimaafkan segala kesalahan allahyarham, baik yang disengaja mahupun tidak sengaja dan kami mohon doa dari rakan-rakan semua,” ujar kumpulan digital popular ini.
Ads
Jenazah allahyarham Purwadi dibawa menaiki ambulans. Tangkap layar foto dari instagram anggota Warintil.
Selain allahyarham Purwadi, kumpulan ini diasaskan dan dianggotai oleh Putra Samuel, Bagus Sudjiwo, Aris Priadi, Sam Atmaja dan Irwansyah.
Lagak dan lakonan Purwadi yang melakonkan tiga watak sentiasa mencuit hati penonton. Waktak Rita Lalala digambarkan sebagai seorang wanita yang pekak dan membawa kelucuan manakala watak Wak Min pula sebagai seorang duda yang bercinta dengan Nining (lakonan Bagus Sudjiwo) dan akhir sekali watak Bobo pula merupakan anak tunggal kepada Mumu (lakonan Putra Samuel)
Kumpulan yang diasaskan pada tahun 2017 oleh enam sahabat ini memulakan langkah mereka dalam dunia digital dengan hanya menghasilkan video sketsa menggunakan kamera telefon sebelum menjadi popular dan mampu memiliki pasukan video lengkap untuk menghasilkan karya yang profesional dan berkualiti tinggi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerjaya guru amat dipandang mulia. Ilmu dicurahkan kepada anak murid amat dikenang hingga ke akhir hayat. Seperti kita tahu, peraturan penjarakan sosial di sekolah amat ketat termasuk murid-murid hanya dibenarkan makan di dalam kelas bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Memandangkan murid-murid perlu makan di dalam kelas, guru turut bertanggungjawab memantau anak-anak murid agar mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Namun gelagat seorang guru, Cikgu Farrah Norashikin Juhari yang mengajar Pendidikan Jasmani sebuah sekolah rendah di Jitra, Kedah amat menarik perhatian.
Gelagatnya yang dilihat seakan membebel dilihat cukup “merdu” pada pendengaran. Jelas suaranya menyebut kesianlah kat cikgu sama. Hang pa makan kenyang dah, cikgu baru nak makan. Cikgu sambil dok makan, sambil dok menjerit. Tang nu menjerit tang ni menjerit, lama-lama cikgu mati tercekik. Bagi cikgu makan sat. Amboi depa makan kenyang-kenyang, lepas tu dema nak bagi kita naik angin. Tak kesian ka tengok tak kesian ke. Terus nak makan tak lalu dah,”katanya dalam loghat Kedah yang agak pekat.
Dalam satu video dikongsi oleh Cikgu Farrah Norashikin di fbnya, video ini sudah disyer 9.9 k orang. Memang ramai terhibur tengok gelagatnya.
Haha, sesekali merdukan kalau dengar cikgu membebel. Apa pun memang cikgu superb. Cukup menghiburkan.
Korang tengoklah sendiri bagaimana cikgu nie membebel. Ala, rindunya alam persekolahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah rakyat Malaysia diberi kelonggaran untuk merentas negeri dan melancong, kami pasti ramai yang sedang mencari tempat percutian bagi menikmat masa bersama orang tersayang.
Untuk korang yang masih tercari-cari dimanakah lokasi percutian yang menarik, kami nak kongsikan terlebih dahulu tentang tawaran yang diberikan oleh Adventure Waterpark Desaru Coast, iaitu antara taman tema air terbesar di rantau ini memberikan pas sehari dengan harga hanya RM50 untuk dewasa, kanak-kanak dan warga tua mulai sekarang hingga 5 Disember nanti.
Menurut Bernama, pengunjung yang mahu mengunjungi semula selepas kunjungan pertama boleh menaik taraf kepada pas tahunan, ‘Splash Pass’ yang menawarkan kemasukan tanpa had yang berharga RM100 bagi tempoh setahun.
Promosi ini tertakluk kepada semua pelawat yang lengkap dua dos suntikan vaksinasi bersama status risiko rendah dalam aplikasi MySejahtera tanpa gejala ata kontak kasual, manakala pelawat bawah umur 18 tahun mesti ditemani orang dewasa atau penjaga yang lengkap dua dos vaksin.
Taman tema air ini dibuka dengan kapasiti harian maksimum 2,500 orang, 50 peratus lebih rendah berbanding sebelum penularan COVID-19 bagi tujuan penjarakan fizikal.
Promosi ini sah untuk tempahan dalam talian dan pengunjung boleh ‘walk in’ sahaja di taman tema itu dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Bagi penduduk yang berada di sekitar Desaru atau individu yang berniat ingin ke sana, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran istimewa ini.
Apa-apa pun, dalam pada kita bersuka ria, jangan lupa sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan senarai lokasi dan premis berdasarkan data daripada aplikasi MySejahtera, Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) yang menjadi hotspot penularan COVID-19.
Ekoran daripada itu, kebanyakan pusat membeli-belah telah mengambil tindakan untuk menutup sementara operasi mereka bagi menjalankan proses sanitasi. Berikut kami senaraikan antara premis-premis yang terlibat dalam menutup operasi mereka selama tiga hari bermula hari ini.