Setiap kali tibanya musim 11.11, tentunya shoppers di seluruh Malaysia akan bersiap sedia untuk mendapatkan semua barangan yang telahpun mereka kumpul di dalam ruangan ‘add to cart’ masing-masing!
Hehe… iyalah. Siapa yang ingin melepaskan peluang membeli barangan idaman dan keperluan mereka pada harga diskaun. Hilang separuh daripada harga bayaran penuh, hilanglah juga separuh daripada kemusykilan apabila membeli-belah!
Disebabkan itulah, REMAJA tidak sabar lagi untuk menantikan tarikh 11.11 pada awal minggu hadapan. Bukan sahaja untuk memborong tetapi juga bagi menantikan jualan di platform Taobao yang kini sudahpun mempunyai versi berbahasa Inggeris.
Yes! Kepada korang yang tidak fasih berbahasa Cina, Taobao telah disesuaikan dengan pengguna aplikasi lain dalam bahasa Inggeris demi menjadikan pengalaman beli-belah lebih inklusif dan mudah.
Menariknya mengenai jualan 11.11 Taobao ini, pelbagai jenis barangan dan jenama mengambil bahagian dalam memberikan harga terbaik untuk korang rebut! Kadangkala, ada sahaja barangan yang tidak pernah terlintas pun dalam fikiran memandangkan produksi barangan dari China selalunya unik dan belum pernah dilihat orang.
Jom tengok 3 barang pilihan REMAJA untuk korang ‘usha’. Jangan cakap kami tak ‘racun’!
Beg Burger
Bosanlah asyik beg sama je dengan orang lain. Nah! Cuba bawa beg berbentuk burger ini ke mana-mana, mesti ramai yang perasan dengan kehadiran korang! Sama ada korang ke kampus, tempat kerja atau di pusat beli-belah, beg unik di Taobao ini adalah aksesori terbaik untuk korang membuat melakukan statement.
Ads
Kerusi Buah-Buahan
Okay, ini memang comel! Kerusi berbentuk buah-buahan seperti tembikai, oren, avocado dan lemon ini bukan sahaja khas bagi kanak-kanak. Korang yang sukakan dekorasi bilik tidur di luar kotak pun boleh dapatkannya di Taobao untuk dijadikan sebagai stepping stool mahupun meja sisi katil.
Ruang tidur durian untuk haiwan peliharaan
Alahai, nak ambil foto kucing kesayangan di sinilah pada setiap hari! Bukan korang sahaja yang gemarkan raja buah, Durian tau. Kini di Taobao korang juga boleh dapatkan ruang tidur yang cukup selesa dan comel untuk Si Oyen. Pastinya, ia juga akan gemarkan Durian selepas ini seperti tuannya, hehe..
Ads
*
Now, you can shop as far as you can think.
Tiada lagi sempadan bagi mendapatkan sesuatu yang korang idamkan di Taobao. Daripada item kegunaan harian, item aksesori atau dekorasi seperti di atas mahupun barangan lain yang boleh korang cari menerusi Taobao, korang pasti sukar untuk membuat pilihan.
Menariknya bagi jualan 11.11 Taoboa kali ini, ia menawarkan promosi penghantaran percuma menerusi pemberian baucar harian bernilai RM21 sepanjang 11 November kelak tanpa mengira nilai pembelian minimum. Manakala pada jam 9 malam pula, korang perlu merebut kod promo bernilai RM66 menerusi platform Facebook dan Instagram Taobao Malaysia.
Lebih banyak korang shopping, lebih banyaklah yang korang akan jimat! Dengan setiap pembelian bernilai RM180, Taobao akan memberikan diskaun bernilai RM29 di seluruh platformnya itu.
Ads
Tidak cukup sekadar itu, bagi yang masih belum memuat turut aplikasi Taobao secara percuma di Apps Store dan Goole Play Store, lakukannya hari ini juga! Ini kerana setiap pengguna baharu Taobao akan menikmati kelebihan eksklusif bernilai sehingga RM90. Ini termasuklah:
Pemulangan percuma bagi pesanan pertama (bagi pelanggan di Semenanjung Malaysia sahaja).
Haa apa tunggu lagi? Jangan lepas peluang bersama Taobao pada 11.11 ini tau!
*
Bagi menambah kerancakan korang untuk membeli-belah, REMAJA juga ingin mengajak korang untuk meluangkan masa di acara Karnival G11.11LER! Taobao pada 7 – 10 November 2024.
Bertempat di Tapak, Jalan Ampang Kuala Lumpur, antara aktiviti menarik yang disediakan di sana termasuklah persembahan artis, permainan seperti bola sepak mini dan booth mengambil foto. Di sana juga, korang berpeluang membawa pulang kod promosi eksklusif daripada Taabao.
Memang korang untuk besar 11.11 ini bersama Taobao!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi memastikan privasi dan keselamatan para pelanggan mereka terjamin selepas ini, platform e-dagang popular, Shopee tidak lagi mendedahkan nombor telefon pada bungkusan Air Waybills, J&T Express dan Ninja Van mulai 21 Oktober lalu.
Sebaliknya, servis kurier terbabit akan mendapatkan nombor telefon pelanggan menerusi sistem untuk dihubungi, sekiranya perlu.
Selepas ini, butiran peribadi yang akan tertera pada bungkusan penghantaran barangan yang korang beli hanyalah nama, alamat dan poskokd saja. Secara tidak langsung, gangguan seperti scammer tidak bertanggungjawab seperti yang selalu dilaporkan di media sosial selama ini dapat dikurangkan.
Sebagai contoh sebelum ini, pelanggan yang terlupa untuk memadamkan atau membuang kertas pelekat pada bungkusan penghantaran kemungkinan berdepan risiko gangguan biarpun bungkusan berkenaan telahpun dibuangkan ke dalam tong sampah
Jangan terkejut jika ada suspek yang sanggup menyelongkar tong sampah terutamanya di kawsan awam untuk mendapatkan butiran peribadi pelanggan secara rawak demi agenda tersendiri seperti melakukan ‘panggilan kecemasan’ atau untuk menyamar sebagai pekerja syarikat penghantar lalu tiba di rumah kenalan atau ahli keluarga mangsa.
Suspek kemudian cuba mendapatkan bayaran daripada ahli keluarga mangsa dengan alasan yang dipesan masih belum dibayar.
Oleh itu, inisiatif terbaru oleh Shopee ini punya impak positif walaupun ia nampak seperti perubahan kecil saja. Apapun, Shopee masih akan meminta nombor telefon pelanggan mereka setiap kali pembelian dibuat demi memastikan barangan selamat tiba di destinasi. Cuma kali ini, ia tidak lagi berada di atas bungkusan kecuali sekiranya penghantaran adalah melalui Pos Laju atau City Link Express AWB.
Bagi korang yang gemar melabur terhadap emas atau mata wang asing, silalah berhati-hati.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini memaklumkan orang ramai bahawa skim penipuan masih menular di Malaysia kini dikenalpasti dalam bentuk pelaburan emas, pelaburan mata wang digital, forex dan skim cepat kaya.
Buktinya, lebih 50 orang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kota Bharu, Kelantan terpaksa menanggung kerugian angkara terpedaya dengan skim cepat kaya dalam bentuk pelaburan mata wang kripto.
Memetik laporan media tempatan, kerugian tersebut dianggarkan melebihi nilai RM200,000 di mana setiap mangsa membuat pelaburan antara RM1,000 hingga lebih RM10,000.
Penuntut yang terpedaya ini sanggup menggunakan wang simpanan dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas gelap mata ingin mengaut keuntungan melebihi satu peratus sehari atau 30 peratus dalam masa sebulan.
Menyesal Ajak Adik
Kongsi salah seorang mangsa yang berusia 21 tahun, dia mula menyertai pelaburan membeli mata wang kripto apabila seorang pensyarahnya memuat naik iklan dalam kumpulan WhatsApp mereka pada Jun lalu.
Dia mula memasukkan wang tunai bernilai RM138 lebih 10 kali ke lima akaun berbeza hinggalah ia mencecah hampir RM3,900.
“Saya menyesal mengajak adik membuat pelaburan saja bernilai RM2,800 kerana percaya pelaburan itu akan memberi keuntungan selepas melihat baki akaun saya bertambah menjadi RM9,000. Malangnya, saya tidak sempat untuk mengeluarkan wang tersebut.”
*
Sementara itu, Presiden Persatuan Blockchain dan Matawang Digital Malaysia (MCBA) berkongsi beberapa tip untuk mengelak diri korang ditipu kegiatan penipuan kripto.
1) Wallet
Pastikan pelaburan menggunakan aplikasi dompet elektronik yang disimpan oleh pengguna (korang) dan bukannya disimpan oleh orang lain mahupun server. Sekiranya matawang kripto tidak dipegang oleh korang sendii, maka ia bukanlah milik peribadi korang.
2) Kekunci sulit dan awam
Penting adanya kekunci (password) sulit dan kekunci awam. Kekunci awam biasanya boleh diolah menjadi alamat dompet elektronik. Sekiranya pengguna tidak ada kedua-dua itu, maka ia bukanlah matawang kripto.
3) Transaksi
Mesti ada transaksi yang boleh dilihat secara umum menerusi aplikasi sesawang untuk perjalanan wang tersebut sejak peringkat awal penubuhan mata wang kripto sehingaa sekarang. Informasi ini akan disimpan secara blok. Pastinya ada rentetan daripada blok sebelumnya sehingga ke blok terkini untuk tatapan semua orang.
4) Elak pemasaran pelbagai peringkat (MLM)
Mata wang kripto yang dijual secara MLM mesti dielakkan kerana ini adalah suatu bentuk penipuan. Mata wang digital jenis ini boleh dibeli secara terus dari pengguna ke pengguna tanpa mendapat habuan yang lain daripada transaksi itu.
5) Jauhi mining digital
Elakkan kegiatan ‘perlombongan digital’ yang sah-sah merupakan suatu penipuan.
6) Kertas putih
Paling penting, semak dan baca kertas putih cadangan mata wang kripto. Sekiranya maklumatnya tidak jelas, maka korang hendaklah bertanya kepada pihak yang lebih mahir.
*
Jadi, korang diingatkan jangan terlalu mudah terpengaruh dengan pelbagai penganjuran skim cepat kaya atau skim yang menawarkan pulangan wang tidak masuk akal yang dijanjikan ‘bebas-risiko’ini. Elakkan menjadi seorang lagi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain daripada ruang tamu dan bilik tidur kediaman, bilik air juga menjadi ruang utama yang sering digunakan. Justeru itu, penjagaan bilik air perlu dititikberatkan dan diberi perhatian yang sewajarnya.
Sering kali kita melihat individu berkongsi idea mengubah suai ruang tamu dan bilik tidur mereka, namun bilik air juga sebenarnya boleh diubah suai dengan kos yang tidak terlalu tinggi.
Seperti yang penah dilakukan oleh seorang pengguna Facebook, Auzaie Mahamud memberi sentuhan baru bagi ruang bilik air kediamannya dengan bajet lebih kurang hanya RM200. Lelaki ini turut berkongsi cara-cara mengubah suai bilik air menjadi lebih cantik ala-ala hotel bajet.