Bulan Ramadan ni kalau dapat teguk minuman sejuk yang kaw waktu berbuka puasa memang nikmat rasanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Resipi Kuih AKOK Sedap & Mudah, Boleh Buat Untuk Berbuka Puasa

Tapi tak perlulah beli minuman ini setiap hari kalau boleh buat sendiri di rumah. Kan jimat!

Minuman ikat tepi macam ni memang kita boleh buat sendiri di rumah. Cuma kena tahu sukatan saja supaya rasanya kaw dan mantap. Nak senang ikut saja perkongsian dari Miz Juejue.

Nescafe Ais Kaw

Air Nescafe, Milo, Kopi & Teh Ais Kaw Kena Sukatan Yang Betul, Ini Resepinya!

Cara membuat:

IKLAN
  • Nescafe – 3 sudu kecil
  • Susu pekat -ikut kemanisan yang disukai
  • Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
  • Kacau lama hingga semua sebati
  • Masukkan ais dalam plastik/ gelas
  • Tuang air bancuhan tadi, letak straw sedia diminum
  • Boleh juga masukkan susu cair jika mahu.

Milo Ais Kaw

Air Nescafe, Milo, Kopi & Teh Ais Kaw Kena Sukatan Yang Betul, Ini Resepinya!

Cara membuat:

  • Milo – 4 sudu besar
  • Susu pekat – ikut kemanisan yang disukai
  • Air – setengah gelas (jangan banyak, nanti tak pekat)
  • Kacau lama hingga semua sebati
    Masukkan ais dalam plastik/ gelas
  • Tuang air bancuhan Milo tadi, letak straw sedia diminum
  • Boleh juga masukkan susu cair atau fresh milk, rasanya macam Milo kotak
  • Jika nak buat Neslo, cuma tambah 2 sudu kecil Nescafe dan kurangkan serbuk Milo kepada 3 sudu.

Kopi Ais Kaw

Air Nescafe, Milo, Kopi & Teh Ais Kaw Kena Sukatan Yang Betul, Ini Resepinya!

Cara membuat:

IKLAN
  • Rendam 2 atau 3 sudu serbuk kopi
  • Rendam hingga nampak pekat
  • Kemudian tapis air kopi
  • Masukkan susu ikut kemanisan yang diingini
  • Jika terlampau pekat boleh tambah air suam
  • Masukkan ais dalam plastik dan tuang air kopi.
  • Ikat tepi letak straw, sedia untuk diminum.
  • Boleh tambah susu cair kalau suka.

Teh Ais Kaw

Air Nescafe, Milo, Kopi & Teh Ais Kaw Kena Sukatan Yang Betul, Ini Resepinya!

Cara membuat:

  • Rebus 3 cawan air dalam periuk sampai mendidih
  • Masukkan 3-4 sudu serbuk teh (jenama ikut citarasa).
  • Biar hingga mengelegak seminit dua, kemudian tutup api dan tapis teh
    Saya guna tapis putih yang selalu kedai makan guna.
  • Masukkan susu pekat (ikut kemanisan yang dikehendaki)
  • Susu cair 3/4 sudu, jika nak rasa lemak-lemak lebihkan.
  • Masukkan sedikit garam – cubit hujung jadi saja (jika mahu)
  • Garam untuk lemakkan lagi rasa teh ais
  • Masukkan ais dalam gelas dan tuang air teh. Sedia untuk diminum.

Selamat mencuba.

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

IKLAN

BACA LAGI : Buat Sendiri Prosperity Burger Ala McMing. Resepi Mudah & Rasa Sedap!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Miz Juejue.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI