Ramai yang excited bila menonton trailer filem-filem seram dari negara seberang, dan tak sabar nak menunggu filem tersebut ditayangkan di pawagam.
Kita semua sedia maklum Indonesia antara pembikin filem seram paling best kerana berjaya membuatkan kita terbawa-bawa rasa takut tu sampai seminggu. Hiks!
Terbaru, sebuah lagi filem seram Pocong The Origin bakal menemui penonton di pawagam. Tapi macam biasa, kami nak bagi korang tiket percuma untuk menjadi antara yang pertama menonton filem ini terlebih dahulu.
Dibintangi oleh Samuel Rizal, Nadya Arina, Surya Saputra, Della Dartyan, filem ini mengisahkan tentang seorang pembunuh kejam bernama Ananta yang dihukum bunuh mewasiatkan anak perempuannya Sasthi untuk mengebumikanya di kampung halaman.
Ads
Selepas kematiannya, Sasthi dan seorang pengawal penjara, Yama, pergi ke kampung halaman Ananta membawa mayat ayahnya.
Ads
Sepanjang perjalanan, mereka menghadapi pelbagai gangguan aneh, membuatkan mereka mengalami kepayahan memindahkan mayat itu, lebih-lebih lagi mereka perlu melakukannya sebelum bulan purnama.
Ini kerana Ananta dipercayai mengamalkan ilmu hitam di mana jika pengamalnya tidak dikebumikan di kampung asal selepas kematian, mereka akan dihidupkan semula dan bulan purnama menjadikan mereka lebih kuat.
Ads
Dapatkah Sasthi menggebumikan mayat ayahnya dengan sempurna? Saksikan kesudahan filem ini bersama pada 31 Mei 2019 di TGV Cinemas 1 Utama, Damansara.
Baru ini tular di media sosial di mana Ustaz Ebit Lew meminta maaf andai perbuatannya bergerak ke sana ke mari semasa Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan hati orang lain terguris. Masa yang sama beliau berkata niatnya membantu barisan hadapan negara menangani COVID-19 dengan menyampaikan sedekah adalah kerana Allah taala. Ia ekoran ada individu yang bersuara bahawa perbuatan sedekah dilakukannya tidak harus ditunjukkan di media sosial.
Pasti isu berkenaan turut menjadi tanda tanda di hati kita bolehkah sedekah dibuat terang terangan, di kongsi di media sosial atau seharusnya dibuat tanpa orang lain ketahui? Ini kerana mungkin ada di antara kita difahamkan tangan kanan memberi, tangan kiri tak harus ketahui.
REMAJA terjumpa perkongsian menarik dikongsikan oleh Ustaz Abu Iqbal atau mesra disapa Ustaz Mizul di fbnya mengenai hal ini dan mengupasnya untuk pembacaan kita semua. Rupanya dalam surah Al-Baqarah dan Fatir ada dinyatakan bahawa sedekah dibolehkan dihebahkan. Bacalah, agar kita lebih faham.
Ustaz Mizul berkongsi ilmu mengenai sedekah ini
Mike, kalu orang tanya…boleh ke idak kita tunjuk kat orang sedekah kita?
Selalunya orang akan kata…Hish…buat apa ditunjuk ke orang. Habih pahala.
Kalu nak buat baik, nak bagi sedekah, kena sembunyi-sembunyi…aci boleh, tangan kanan memberi, tangan kiri pun idak tau…
Hemm…selalunya ghoper itulah. Orang marah bebeno, sinis bebeno kalu nengak ada orang bagi sedekah dengan terbuka.
Apa lagi kalu masuk TV, masuk FB dan sebagainya.
Rugi le dia. Bagi sedekah, lepeh itu nayang kat orang. Riyak…habis lunyei pahala…
Sebenonya, baik sembunyi ke, atau terang-terangan ke…kedua-duanya dibolehkan.
Mari teman bagi beberapa dalil:
1# “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Baqarah: 271)
2# ”Orang-orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi-sembunyi mahu pun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.” (al-Baqarah, 2: 274)
3# “Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat dan mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” (Fatir: 29)
Cukup tak tiga dalil di atas. Nak bagi ada lagi…
Sebab itu jangan mudah kata ke orang. Bila orang tu buat benda baik, dan dia tayang kat orang, ada sisi baiknya.
Nabi Muhammad SAW buat benda baik dan baginda tayang tak kat orang? Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a diketahui ahli sedekah no. 1 selepas nabi, ater ghoper mana orang boleh tahu kalu dia sedekah sembunyi-sembunyi? Begitu juge le taikun bisnes Muslim…siapa lagi kalu bukan Saiydina Abdul Rahman bin Auf?
Sebenonya, pamerkan ke, atau sembunyikan ke, yang penting sekali ialah niat. Jika niat sebeno-beno hanya kerana Allah SWT, maka ia lulus.
Tapi jika bagi le sembunyi-sembunyi, tapi dalam hati terdetik…isk…aku le orang paling pemurah…baiknya aku…haa… Cerah Masa Depan…itu semua sifat mazmumah…rasa ujub dan sebagainya…
Sebenonya, mempamerkan benda baik adalah sebahagian daripada ajaran Islam…
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memulai suatu sunnah yang baik dalam Islam, maka ia mendapatkan pahalanya dan pahala orang-orang yang mengikutinya.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Dah lama kan kita tak ke pawagam untuk menonton filem baru?
Well, mungkin tak lama lagi, kita mungkin (ya pengulangan mungkin, kerana kemungkinannya masih diragui) dapat berkunjung semula ke pawagam terdekat – seawal bulan Julai.
Andaian ini dilakukan setelah pihak United International Pictures (UIP) Malaysia telah menyenaraikan tarikh tayangan untuk filem Hollywood bagi keluaran 2020 hinggalah akhir tahun 2021.
Buat masa ini, kita fokuskan dahulu kepada 6 buah filem yang dinanti-nantikan oleh peminat bagi tahun ini.
9 Julai
Untitled Next Purge Chapter
Ini merupakan filem kelima dan terakhir dalam siri filem The Purge. 12 jam lagi diberikan untuk segala jenis jenayah dilakukan secara bebas.
3 September
A Quiet Place 2
Filem sekuel yang paling dinanti-nantikan ini menceritakan tentang keluarga Abott yang masih terselamat selepas peristiwa ngeri yang berlaku di rumah mereka. Untuk meneruskan hidup, mereka perlu mengembara ke dunia luar tanpa hala tuju tertentu.
15 Oktober
Halloween Kills
Seperti judulnya, korang sudah tahu ini merupakan sebuah filem seram lakonan Jamie Lee Curtis yang selalunya membawakan watak ibu. Untuk sekuel kali ini, pertembungan Michael Myers dan Laurie Strode diteruskan pada musim Halloween.
22 Oktober
G.I Joe Snake Eyes
Pergh, Henry Golding does action movies now! Siri G.I Joe ini mengikuti kisah karakter mysterious, Snake Eyes.
Selepas pembunuhan ayahnya, Snake Eyes mengumpul rasa dendam sehingga dia bertemu Tommy, pahlawan Jepun yang membawanya kembali ke Jepun untuk mengikuti latihan bersama Arashikage. Kini Snake Eyes perlu memilih untuk menjadi jahat atau menjadi seorang hero.
26 November
No Time To Die
Pelbagai cabaran perlu diharungi team produksi filem James Bond ini yang sebenarnya telah merancang jelajah promosi serata dunia pada awal tahun ini.
Apapun, kami excited untuk menonton filem ke-25 dalam francais James Bind ini yang menyaksikan Daniel Craig kembali membantu rakan CIA-nya setelah ‘bersara’ daripada tugasan penyiasat.
24 Disember
Top Gun Maverick
Selepas lebih 30 tahun, akhirnya Top Gun kembali dengan pelakon utamanya, Tom Cruise, dan Val Kilmer di skrin pawagam.
Pete Mitchell telah menaburkan khidmat selama lebih 3 dekad sebagai salah seorang juruterbang tentera terhebat. Kini, dia cuba untuk mengelak daripada terus dinaikkan pangkat kerana enggan melepaskan jawatan tersebut.
*
So, korang rasa pawagam di Malaysia juga dapat menonton 6 buah filem yang dinanti-nantikan ini? Rindu sangat dah ni nak tonton filem di skrin lebar.
MyKad adalah dokumen penting dan WAJIB dibawa ke mana sahaja anda pergi. Ia adalah bukti yang menunjukkan diri anda sebagai warganegara Malaysia.
Fungsi utama MyKad ialah sebagai kad pengenalan diri. Ia mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan serta jantina yang terpapar di kad.
Tapi tak ramai yang mengambil berat hal kad pengenalan diri ini terutama bagi remaja belasan tahun yang mana kad pengenalannya masih disimpan mak ayah yang takut kad tersebut hilang.
Menurut facebook rasmi Polis DiRaja Malaysia, MyKad adalah wajib untuk semua warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan ke atas.
Pihak polis ada ketikanya menjalankan pemeriksaan sekatan jalan raya. Gambar hiasan
Kalau korang tertinggal kad pengenalan dan ketika itu ada pemeriksaan rawak oleh pihak berkuasa polis, ketahui, inilah risiko yang harus korang tanggung iaitu denda dan boleh di penjara.
Di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (Pindaan 2001), sesiapa yang gagal menunjukkan kad pengenalan diri apabila diminta pihak berkuasa, boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Simpan MyKad anda dengan baik dan sentiasa bawa bersama ke mana sahaja anda pergi.
Jadi selepas ini, silalah simpan kad pengenalan dengan baik dan bawalah ke mana saja korang pergi tanpa perlu meninggalkan di rumah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!