Miss Universe 2015, Pia Alonzo Wurtzbach-Jauncey sememangnya merupakan salah seorang juara pertandingan ratu cantik Miss Universe paling dikenali di dunia dan menerima jemputan untuk turut serta dalam pelbagai acara antarabangsa.
Sejak memenanginya pada tahun 2015 dalam malam kemuncak serba kontroversi, Pia memilih untuk kekal positif dan membawa nama negara Filipina serta gelaran Miss Universe yang dimenanginya secara adil itu dengan penuh kaliber ke merata tempat.
Miss Universe 2015, Pia Alonzo Wurtzbach-Jauncey.
Bukan sekadar memenuhi undangan ke acara glamor seperti karpet merah festival filem dan minggu fesyen antarabangsa semata, Pia masih mengekalkan sifat empati kita kenali semasa era pertandingan dahulu. Banyak acara kemanusiaan dan amal yang menampakkan kelibat Pia.
Terbaru, Pia sanggup terbang dari Filipina untuk melawat daerah Al Khobar di Arab Saudi untuk bersama-sama komuniti Filipina di sana anjuran Overseas Workers Welfare Administration (OWWA Filipina) dan grup Love Yourself Filipina yang menyasarkan golongan positif HIV dan Aids.
Ia sekaligus membuktikan Pia komited untuk menangani isu penularan HIV dan Aids seperti dalam jawapan terakhir yang disampaikan beliau pada malam kemuncak Miss Universe, 10 tahun lalu.
Menariknya, biarpun kerajaan Arab Saudi kini tidak mewajibkan pelancong wanita untuk mengenakan hijab sepanjang kunjungan mereka di sini, Pia tetap memilih untuk menghormati adat berpakaian komuniti wanita di sana.
Ads
Dalam persalinan abaya serba itam lengkap dengan hijab hitam, Pia diraikan oleh komuniti Serbisyo Caravan dan memberikan ucapan berkaitan kesedaran HIV dan Aids. Jelas, Pia tidak janggal untuk berpakaian sedemikian biarpun dirinya bukanlah seorang penganut agama Islam. Semua itu dilakukannya atas rasa hormat terhadap golongan wanita dan budaya di sana.
Tinjauan REMAJA ke arah komen-komen positif yang membanjiri hantaran terbarunya itu mendapati, rata-rata melayangkan pujian terhadap Pia dan gembira melihat juara Miss Universe pilihan mereka itu tidak pernah tersasar daripada keperibadiannya sejak dahulu.
“Pia kelihatan seperti batu permata yang mahal dalam persalinan Abaya dan Hijab tersebut!
Ads
“Tidak hairanlah, (Pia) masih dianggap sebagai juara Miss Universe terbaik sepanjang zaman.”
“Saya mengagumi Pia kerana menyarungkan selendang sebagai tanda hormat dan anda telah membuatkan kami rakyat Filipina berbangga dengan pilihan anda ini.”
Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama Pia berhijab ketika mengunjungi negara-negara di rantau Timur Tengah. Beliau yang kini menganggap UAE sebagai rumah keduanya bersama suami pernah berhijab ketika mengunjungi Masjid Agung Abu Dhabi, Jun lalu.
Itulah frasa ayat yang sering disebut oleh generasi muda zaman sekarang yang enggan ketinggalan dari rakan lain. Mungkin disebabkan itulah lambakan konsert dan acara hiburan sering diadakan di pusat bandar negara ini.
Generasi muda yang enggan ketinggalan dari berseronok pasti akan berlumba-lumba membeli tiket konsert penyanyi kegemaran mereka.
Namun dalam sibuk menari dan menyanyi, anda baru perasan bahawa solekan di muka sudahpun cair dan sememeh. Alo…..spoil habis macam ini!
Usah risau dan khawatir kerana hari ini Remaja akan berkongsi bersama anda beberapa tips penting agar solekan anda tahan lama sehingga hujung konsert!
Prime, prime & prime!
Jangan sekali-kali memandang rendah kepentingan primer dalam memastikan solekan anda tahan lama! Menggunakan primer yang betul dan sesuai dengan jenis kulit anda boleh menentukan sama ada solekan tersebut akan bertahan hingga hujung acara atau auto cair sejurus matahari terpacak di atas kepala.
Gunakan foundation yang tahan lama!
Jika anda mempunyai foundation yang anda tahu tidak akan berganjak, jadikan produk itu sebagai kawan baik anda. Elakkan dari menggunakan foundation yang berminyak atau glowy finishing. Sebaliknya pilih foundation yang jelas tertulis perkataan matte di atasnya, kerana jenis foundation sebegini akan memberikan ketahanan yang lebih lama serta kalis dari peluh di muka.
Mascara kalis air adalah satu kemestian!
Jika anda seperti saya, yang mudah beremosi dan menangis ketika di konsert, maka ada kemungkinan besar untuk anda berakhir dengan bekas air mata yang mengalir di pipi yang kemudiannya menghancurkan solekan di muka. Oleh itu maskara kalis air adalah pilihan wajib dan selamat bagi anda yang ingin ‘selfie sakan’ ketika berada di lokasi konsert tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: The Star, Pixel, Sasa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sungguh anggun penampilan Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim usai disolek oleh jurusolek terkenal Thailand, Babara Beer. Tambahan pula, baginda sendiri memiliki kulit wajah cantik berseri menjadi kanvas yang sempurna buat jurusolek.
Dalam rangkaian video solekan yang dimuat naik jurusolek tersebut ke akaun media sosialnya iaitu Instagram dan TikTok, dapat dilihat baginda disolek dalam dua gaya solekan yang berbeza.
Solekan pertama kelihatan sangat natural dan segar dipadankan dengan gaya rambut sanggul di bahagian belakang manakala untuk solekan kedua pula, ia lebih dramatik dan glamor dengan rambut diikat ponytail tinggi dan diberi kemasan beralun.
Memetik kata-kata Babara Beer dalam salah satu hantarannya di Instagram, “Ia merupakan satu penghargaan sepanjang karier saya sebagai jurusolek untuk dapat memberi khidmat kepada Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah dari Malaysia.
“Saya pernah percaya yang peluang seperti ini adalah mustahil kerana saya bukanlah rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun baginda percaya pada saya dan menawarkan satu momen paling berharga untuk hidup saya.”
Sehingga kini setakat artikel ini ditulis, kesemua video solekan yang dimuat naik itu secara kolektif telah menerima lebih 2 juta tontonan dengan puluhan ribu tanda suka. Rata-rata meninggalkan komen kagum terhadap solekan yang dikenakan oleh Tunku Tun Aminah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan R’Bonney Gabriel sebagai Miss Universe 2022 pada 14 Januari 2023 yang lalu mencipta fenomena apabila dia menjadi wakil kesembilan Amerika Syarikat yang berjaya memegang gelaran berprestij tersebut.
Pemilihannya juga dilihat tepat dengan visi baharu organisasi Miss Universe yang mahukan seorang pemenang yang memiliki persona sebagai seorang transformational leaders. Sebagai seorang pereka fesyen, wanita berusia 28 tahun itu telah melakukan inisiatif dalam dunia fesyen agar menjadi lebih mapan dan memberi impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar menerusi jenama fesyennya sendiri.
Kredit foto: Instagram Story R’Bonney Gabriel
Kini setelah hampir dua minggu bergelar Miss Universe, R’Bonney telah melepaskan jawatannya sebagai Miss USA yang dimenangi pada Oktober tahun lalu. Perkara ini bukanlah satu perkara asing, ia sudah menjadi tradisi di organisasi Miss USA sejak dahulu lagi.
Jika pemenang yang mewakili Amerika Syarikat di pertandingan Miss Universe berjaya bergelar pemenang, takhta Miss USA akan diberikan kepada naib juara. Ini bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang oleh organisasi Miss USA tetap dapat dijalankan setelah pemenang sebelumnya bakal sibuk dengan organisasi Miss Universe dan akan mengembara serata dunia.
Gadis bertuah kini bergelar Miss USA 2022 yang baharu ialah Morgan Romano. Gadis berusia 24 tahun yang merupakan seorang jurutera kimia ini dimahkotakan oleh R’Bonney ketika pertandingan pusingan awal Miss Alabama USA dan Miss Teen Alabama USA 2023.
Cantik menggayakan gaun merah menyala, Morgan dilihat terseyum riang dengan mahkota yang baharu sahaja diterimanya. Bukan calang-calang, sebagai seorang jurutera kimia, dia menjalankan aktiviti memperkasakan nilai cinta kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan kanak-kanak.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Morgan menulis, “Hati ini penuh kesyukuran. Saya milik anda, USA.” Hantaran tersebut mendapat reaksi positif daripada pencinta ratu cantik dan masing-masing meninggalkan mesej mengucapkan tahniah kepadanya.
Sedikit latar belakang mengenai Miss USA 2022 yang baharu ini, Morgan ialah alumni University of South Carolina yang mana dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Kimia pada tahun 2020. Selain bergelar Miss USA, dia juga memiliki kerjaya sebagai Jututera Aplikasi di di R.E. Mason di Charlotte, North Carolina.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!