Penyanyi muda, Wani Kayrie tampil menepis spekulasi yang mendakwa dia bakal membuat kejutan dengan mengumumkan perkahwinan ketika persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40).
Ketika ditemui Remaja, pelantun lagu Jangan Jangan itu menjelaskan dakwaan berkenaan tidak benar dan percaya ia timbul susulan lagu Cak Cak Cekuk yang dibawakannya mempunyai elemen berkaitan majlis perkahwinan.
Tiada Perancangan Untuk Bernikah
Menurut Wani, dia masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga, apatah lagi menjadikan perkara itu sebagai sebahagian daripada konsep persembahan di pentas berprestij tersebut.
“Kahwin? Tidaklah kut. Awal lagi nak kahwin, mungkin sebab orang rasa lagu ini tentang lagu kahwin, jadi orang ingat saya akan buat tema kahwin.
“Tapi kalau boleh, kami cuba buat sesuatu yang lain. Kalau buat benda yang orang dah boleh jangka, nanti orang dah boleh agak. Apa yang saya boleh kata, kahwin itu bukan sayalah, mungkin artis lain,” katanya.
Ads
Mahu Beri Tumpuan Penuh Pada Persembahan
Dalam masa sama, penyanyi berusia 26 tahun itu turut memaklumkan dia memilih untuk tidak melakukan sebarang gimik menjelang AJL40 kerana ingin memberikan fokus sepenuhnya terhadap kualiti persembahannya.
Baginya, penampilan sulung di pentas AJL adalah detik penting yang ingin dikenang menerusi persembahan terbaik, bukannya kontroversi atau kejutan yang boleh mengalih perhatian.
“Untuk kali ini saya tak nak ada apa-apa gimik. Saya cuma nak buat persembahan dengan happy. Sebab ini kali pertama. Saya tak nak gimik itu mengganggu fokus dan prestasi saya.
“Apa yang saya boleh katakan, saya cuma nak buat persembahan yang memorable untuk semua orang,” katanya.
Ads
Lebih Selesa Dengan Konsep Ringkas
Mengulas lanjut, Wani mengakui dia bukanlah seorang artis yang gemar menggunakan gimik semata-mata untuk meraih perhatian ramai.
Sebaliknya, dia lebih selesa mengekalkan konsep yang sederhana dan percaya sesuatu persembahan mampu meninggalkan impak menerusi idea kreatif yang sesuai, tanpa perlu bergantung kepada strategi publisiti.
Ads
“Sejujurnya, saya lebih suka keep it simple. Bila buat gimik, kita kena bijak dan pastikan semuanya selari sampai hari final.
“Bagi saya, kalau ada gimik pun biarlah datang daripada konsep persembahan pada hari itu nanti.
“Tapi untuk gimik sebelum persembahan, saya rasa tak perlulah. Sekarang saya sangat fokus untuk AJL, buat yang terbaik dan kekalkan konsep yang sederhana,” katanya.
Jelas Wani, keutamaannya kini adalah memastikan persembahan sulungnya di pentas AJL40 dapat meninggalkan kenangan manis buat peminat, tanpa perlu bergantung kepada sebarang gimik yang boleh mencuri tumpuan daripada nyanyian dan persembahan sebenar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah namanya rezeki. Jika sebelum ini Lindsay dikatakan telah berkahwin dengan jutawan dari negara Arab iaitu Bader Shammas dan telah memeluk agama Islam.
Terkini, menerusi salah satu foto di akaun Instagramnya, Lohan mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertama. Dalam foto yang dimuat naik, Lohan menunjukkan gaun dengan model bodysuit berwarna putih.
Di tengah-tengah baju itu, terdapat tulisan, ‘Coming soon…’. Sementara itu, dalam keterangan foto tersebut, Lindsay Lohan mengakui sangat bersemangat menyambut kehadiran anak pertamanya.
“We are blessed and excited!,” tulis Lohan dalam keterangan foto itu
Rata-rata rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah dan menyambut gembira berita kehamilan Lohan ini.
Seperti yang diketahui, Lindsay Lohan dan Bader Shammas telah mendirikan rumah tangga sejak 2 Julai 2022. Sebelum mereka nekad untuk berkahwin, mereka sudah bercinta dan mengenali selama tiga tahun.
Bagaimanapun, sebelum bersama Shammas, Lindsay Lohan pernah bertunang dengan ahli perniagaan Rusia, Egor Tarabasov pada 2016. Bagaimanapun, kedua-duanya berpisah pada 2017, kerana Lohan mengakui dia sering diseksa Tarabasov.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang diharapkan sejak Isnin lalu, penganjur Good Vibes Festival 2019 telah mengumumkan senarai penyanyi dan band yang bakal turun ke Kuala Lumpur untuk edisi tahun ini.
Bakal menemui korang semua pada 20 dan 21 Julai kelak di The Ranch@Gohtong Jaya, senarai awal ini nampaknya menepati expectation peminat muzik Malaysia apabila rata-rata respon yang diberikan mereka dalam ruangan comment adalah positif.
Ada juga yang berseloroh mengatakan pengunjung perlu membawa kotak tisu memandangkan ramai penyanyi bergenre ‘slow’ dan ‘sedih’ tersenarai.
Berikut adalah antara 10 persembahan yang membuatkan REMAJA excited untuk menonton secara langsung.
Cigarettes After S**
Sabrina Claudio
Daniel Caesar
Jai Wolf
Dean
Nothing But Thieves
Russ
Mura Masa
Midnight Fusic
6lack
Tiket akan mula dijual di laman web Good Vibes Festival bermula tarik seperti di bawah:
Isnin (25 Mac 2019) jam 12 tengah hari untuk pelanggan U Mobile saja. Korang perlukan kod promo daripada aplikasi MyUMobile untuk membeli tiket early bird dan VIP ini.
Selasa (26 Mac 2019) jam 11 pagi pula adalah untuk semua pembeli.
Melewati 25 tahun usia pembabitan dalam industri seni jelas menterjemahkan keselesaan yang memeluk penyanyi kelahiran Indonesia bersuara lunak, Datuk Seri Rossa.
Meski bersilih ganti bakat baharu hadir mewarnai pentas industri hiburan, keutuhan populariti Rossa atau nama lengkapnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani tidak pernah goyah.
Tidak hanya unggul sebagai antara penyanyi papan atas di negara kelahirannya, Rossa, 44, keampuhan popularitinya di negara jiran, terutama Malaysia terus kukuh apabila karya terbaru yang dihasilkan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati penggemarnya.
Justeru, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kemunculan terbaharunya menerusi konsert Another Journey: The Beginning di Zepp Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Julai lalu membekas pelbagai memori yang tidak mudah dilupakan peminat setianya.
Mengikut perancangan asal, konsert dalam siri Dream Festival Collaboration Vol. 3 hanya berlangsung pada 14 Julai. Namun, sambutan hangat peminat apabila tiket konsert habis terjual dalam tempoh singkat, membuatkan Rossa bersedia menambah satu lagi malam persembahan iaitu pada 13 Julai lalu.
Sambutan luar biasa itu membuktikan populariti Rossa tetap ampuh, malah kehadirannya sentiasa dinanti-nantikan peminat yang merindui gemersik suaranya mengalunkan lagu-lagu yang begitu dekat di hati mereka.
Tiada siapa yang mampu menidakkan kredibiliti Rossa di pentas. Kehadiran hampir 5,000 peminat untuk kedua-dua malam persembahan membuktikan namanya masih relevan dan karyanya sentiasa didahagakan peminat.
Magis keampuhan Rossa terletak pada untaian-untaian malar segar yang sehingga kini terus setia menemani ramai. Namun, di sebalik keselesaan itu, Rossa tidak pernah sesekali berpeluk tubuh.
Dia sebaliknya, sentiasa mencabar diri supaya lebih kreatif dan inovatif dalam menampilkan pembaharuan menerusi lebih 20 karya yang dipersembahkan sepanjang dua jam konsert berlangsung.
Meskipun kedatangan terbarunya membawa misi memperkenalkan lagu yang dirakamkan dalam album Another Journey: The Beginning yang dilancarkan Februari lalu, objektif Rossa tercapai apabila lagu-lagu itu sudah mula sebati di pendengaran penonton yabg sebahagian besarnya kelompok muda.
Mendekati kelompok penonton muda juga antara misi utama Rossa apabila memilih untuk beraksi di Zepp KL dengan konsep persembahan yang lebih santai, intim dan segar.
Membuka tirai persembahan dengan penuh bertenaga menerusi lagu Malam Pertama, Rossa tidak perlu menunggu lama untuk membuai emosi penonton. Dia seterusnya menyajikan himpunan lagu popular yang memahat kukuh namanya dalam kelompok penyanyi wanita hebat Indonesia.
Seleksi lagu galau seperti Aku Bukan Untukmu dan Jangan Hilangkan Dia yang menjadi trademark penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat membuat peminat tidak betah berdiam, sebaliknya turut bersama-sama menyanyi.
Turut sinonim sebagai penyanyi runut bunyi, Rossa tidak melupakan lagu wajib iaitu Takdir Cinta dan Ayat-Ayat Cintayang disampaikan secara medley. Bersama susunan muzik baharu, alunan bertenaga dan penuh ekspresi Rossa melarutkan penonton dalam keindahan vokalnya.
Rossa juga tidak melupakan runut bunyi terbaru yang dirakamkannya, Khanti ciptaan Melly Goeslaw yang diakui mampu mengulangi kecemerlangan yang dilakar Ayat-Ayat Cinta dan Takdir Cinta.
Rossa seterusnya membawa penonton melewati perjalanan yang dilaluinya ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 menerusi untaian terbaru yang dimuatkan dalam album Another Journey: The Beginning.
Bagai membentang naratif perjalanan peribadinya berkisar kehidupan, karier, cinta, Rossa memukau menerusi untaian lagu seperti Wanita, Masih, Terlalu Berharap, Akhirnya, Sekali Ini Saja selain Lupakan Cinta.
Setiap lagu, akui Rossa yang sesekali menyisipkan canda dalam celotehnya menyimpan makna tersendiri. Justeru, meskipun sinonim dengan lagu galau, Rossa tetap memastikan lagu nyanyiannya membawa mesej untuk dihayati pendengar.
Ruang Zepp KL gamat apabila Rossa menyanyikan lagu Hati Yang Kau Sakiti versi Korea. Pujian wajar diberikan kepada Rossa dan tenaga produksi konsert Another Journey:The Beginning yang bijak memancing energi penonton.
Harus diakui, evolusi Rossa sebagai penghibur jelas terpancar menerusi penampilan terbarunya ini. Improvisasi yang dilakukan dengan menyuntik nuansa EDM pada lagu popularnya seperti Pudar dan Hey Ladies sebagai penutup konsert membuktikan strategi Rossa dalam mencari kelompok peminat baharu berhasil.
Untuk malam pertama, Rossa tidak tampil bersendirian apabila mengundang penyanyi baharu, Betrand Putra Onsu sebagai artis pembuka menerusi lagu Takkan Berpaling Darimu dan Ku Menunggu.
Kemunculan Rizky Febian meskipun seketika, ia tetap mengesankan. Rizky membuat khalayak tidak keruan ketika mendendangkan dua lagu popularnya, Cuek dan Kesempurnaan Cinta.
Duetnya bersama Rossa menerusi lagu Bertengkar Manis mencatatkan kenangan yang cukup manis bagi 2,400 penonton yang memenuhi ruang Zepp KL pada malam pertama.
Malam kedua pula, Rossa membawa penyanyi muda yang sedang hangat mencipta nama, Mahalini. Meskipun cuma mempersembahkan dua lagu, kemunculan penyanyi kelahiran Denpasar, Bali itu membawakan Sisa Rasa dan Sial berjaya menambahkan lagi kemeriahan konsert.
Suasana konsert bertambah hangat apabila Mahalini berduet dengan Rossa menyanyikan lagu ciptaannya untuk penyanyi tersebut iaitu Lupakan Cinta.
Konsert pada malam kedua turut diserikan dengan penyanyi tempatan yang mencipta nama menerusi program, Vokal Mania, Zareef Sein yang mempersembahkan dua lagu termasuk Ku Menunggu.
Melewati 25 tahun usia kerjaya, konsert Another Journey: The Beginning adalah pembuktian kematangan Rossa sebagai penghibur yang berani, malah bijak beradaptasi dengan perubahan untuk sentiasa kekal relevan dalam industri seni.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!