Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Ke-18, telah pun berlangsung baru-baru ini. Apa yang menarik perhatian media adalah apabila anak seorang pemandu E-hailing telah dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja.
Iszuzuldin (tengah) meraikan kejayaan menerima Anugerah Pelajaran Diraja bersama kedua orang tuanya, baru-baru ini.
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri dan Robotik), Iszuzuldin Amirull Mohd Janudin, 25, berkata, ayahnya, Mohd Janudin Salleh, 57, cukup gembira dengan kejayaan yang diraih.
Menurut anak kelahiran Kuala Lumpur ini, kehidupan sederhana mereka sekeluarga bukanlah satu halangan untuk dia tampil cemerlang dalam pelajaran.
“Ayah dan ibu, Noraisah Ahmad, 50, sebak dan gembira dengan penganugerahan ini.
Ads
“Mereka sempat berpesan agar saya terus belajar dengan baik dan mencipta kecemerlangan di masa akan datang,” ujar Iszuzuldin yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.60 sekali gus menjadikannya antara penuntut cemerlang dalam majlis konvokesyen tersebut.
“Setiap orang ada ujian masing-masing. Kerana itu, saya sentiasa amalkan berfikiran positif, yakin dan percaya pada kemampuan diri serta berdoa kepada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.
Iszuzuldin (kiri) dan Chi Yuan masing-masing dinobat sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen UTeM Ke-18.
Iszuzuldin adalah antara 3,149 graduan yang menerima diploma, ijazah, ijazah sarjana dan ijazah Doktor Falsafah (PhD) masing-masing pada Majlis Konvokesyen UTeM Ke-18.
Ads
Majlis Konvokesyen UTeM Ke-18 yang berlangsung selama tiga hari dan membabitkan enam sesi itu telah menganugerahkan Profesor Emeritus kepada bekas Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Datuk Dr Mohd Nor Husain atas sumbangan dan pencapaian hebat beliau kepada universiti dan negara.
Tidak kiralah sama ada kita hidup dalam serba kekurangan atau pun tidak, paling penting adalah usaha dan semangat untuk berjaya dalam bidang akademik. Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Iszuzuldin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh di media sosial bahawa kita bakal berdepan dengan satu krisis lain yang menambah ‘bencana’ Covid-19 yang belum temui titik noktahnya.
Belum reda lagi dengan wabak Covid-19, satu pasukan penyelidik di China memberitahu bahawa mereka telah menemui satu wabak selesema babi baharu yang mampu mencetuskan pandemik.
Dinamakan sebagai G4, hasil kajian daripada jurnal Prosiding Akademik Sains Kebangsaan (PNAS) mendedahkan genetik yang berasal daripada strain H1N1 mampu mencetuskan pandemik baharu dan memiliki semua ciri yang mampu menjangkiti manusia.
Antara tahun 2011 hingga 2018, para penyelidik telah mengambil 30,000 sampel daripada rongga hidung babi dari rumah penyembelihan di wilayah China dan hospital haiwan yang membawa kepada pengasingan 179 sampel virus selesema.
Kumpulan penyelidik kemudiannya membuat pelbagai eksperimen termasuklah terhadap musang yang banyak digunakan dalam kajian selesema kerana musang mengalami simptom yang sama seperti manusia.
Hasil daripada itu, penyelidik mendapati genetik G4 sangat senang untuk menular dan menirus sel manusia yang menyebabkan berlakunya gejala yang lebih serius kepada musang berbanding virus lain.
Keputusan turut menunjukkan sebarang imuniti manusia yang diperoleh daripada selesama bermusim tidak mampu membentuk halangan daripada G4.
Lebih daripada seorang antara 10 (10.4%) pekerja ladang dijangkiti terdedah kepada wabak berkenaan melalui ujian darah yang dilakukan.
Wabak H1N1 yang pernah mencetuskan pandemik pada 2009 merupakan pandemik selesema pertama dalam tempoh 40 tahun mula dikesan di California pada 15 April 2009.
Awal Februari lalu, wabak selesema babi Afrika dikesan di Filipina dikatakan berpunca daripada aktiviti penyeludupan babi dari China.
Allahu, moga kita semua di Malaysia dilindungi dan dijauhkan dari ancaman wabak-wabak yang meragut nyawa ini.
Bersempena Hari Guru yang disambut pada setiap 16 Mei, sudah pasti bukan setakat para guru yang seronok nak meraikannya. Malah, para pelajar juga ada yang excited untuk membeli hadiah bagi menghargai jasa seorang yang bergelar pendidik.
Baru-baru ini, tular satu video di Tiktok @nurashikindin yang berkongsi kisahnya membeli barang perhiasan gelang tangan untuk diberikan kepada 10 orang guru kepada anaknya sempena sambutan hari guru.
Kredit: Tiktok nurashikindin
“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya”
Difahamkan, ia sudah menjadi rutin buat mereka sekeluarga setiap tahun, untuk meraikan para guru dengan menyediakan pelbagai jenis hadiah istimewa. Malah, hadiah yang diberikan agak menarik dan kadang-kadang disediakan dalam kuantiti yang banyak.
Dia juga sempat berterima kasih kepada pekerja kedai barangan perhiasan berkenaan kerana membungkuskan hadiah-hadiah tersebut dalam keadaan yang cantik.
Kredit: Tiktok nurashikindin
Di dalam ruangan komen pula, ramai yang memuji tindakan Ashikin kerana kesungguhan dan kesanggupan mereka sekeluarga menyediakan hadiah istimewa dan agak mahal itu buat guru-guru anaknya.
Bak kata orang, kalau ada rezeki lebih itu memang seronok untuk dikongsi gitu!
Kredit: Tiktok nurashikindin
“Bapakkkkkkk, betul orang kaya ni, cikgu2 dapat cincin habib.. 😭” – @ainaa_ismail96
“bukan adik ni yang viral bagi beg smiggle dlu tu ke..🥰” – @yatieyat23
“Saya baru pesan kat anak murid saya..jangan bagi hadiah dekat saya kalau tak mampu..cukup belajar rajin2..sebab saya sekolah kampung. saya takut susahkan waris.. Lagipun dia orang dah banyak habis duit beli buku kerja..harap depa berjaya” – @asmak_84
Dalam pada itu, menurut Ashikin sebelum ini abang kepada anaknya, Hafiz Harith pernah tular memberikan hadiah barangan jenama Smiggle kepada rakan kelas dan juga barangan jenama Kate Spade kepada guru sekolah sebelum berpindah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, kesemua 13 resolusi yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV Holdings Berhad (FGV) telah diluluskan oleh majoriti pemegang sahamnya.
Menurut Astro Awani, antara resolusi tersebut termasuk menaikkan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah. Difahamkan, elaun Pengerusi Bukan Eksekutif FGV dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM480,000 sekali gus menjadikan elaun bulanan RM40,000 sebulan berbanding RM25,000 sebelum ini.
Tidak hanya itu, elaun Pengarah Bukan Eksekutif FGV bagi tempoh sama juga naik daripada RM120,000 kepada RM150,000 atau daripada RM10,000 sebulan kepada RM12,500.
Hal ini telah mendapat perhatian ramai, terutamanya beberapa pemimpin politik yang khuatir tentang agenda AGM FGV yang kini sedang tular. Antara yang menyuarakan pendapat adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah memuat naik ciapan di twitter dengan mempersoalkan ‘Gaji dah tinggi, dia naikkan lagi. Peneroka FELDA tak dapat apa-apa. Orang atasanndapat semuanya’.
GAJI DAH TINGGI, DIA NAIKKAN LAGI.
Peneroka FELDA tak dapat apa-apa. Orang atasan dapat semuanya.
Elaun Pengerusi FELDA naik dari RM300,000 ke RM480,000 setahun.
Saya betul-betul risau. FELDA ini adalah syarikat milik kerajaan.
Tambah Syed Saddiq lagi, beliau betul-betul risau kerana FELDA adalah syarikat milik kerajaan, jadi duit FELDA duit peneroka FELDA, iaitu duit rakyat. Elaun Pengerusi FELDA naik dari RM300,000 ke RM480,000 setahun.
Menerusi ciapan Twitter yang dikenali Fakta Bukan Auta juga, ramai warganet yang kesal dengan kenaikan elaun pengerusi ini tatkala rakyat menderita gara-gara subsidi minyak tidak lagi diberikan.
Hm, diharap pihak FGV membuat pemakluman lanjut berkaitan dengan hal ini untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!