18 murid cilik gabungan Sekolah Antarabangsa Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras tampil membanggakan Malaysia apabila berjaya merangkul dua anugerah emas menerusi pertandingan koir sedunia ‘Sing For Gold’ yang dilangsungkan di Calella dan Barcelona, Sepanyol baru-baru ini.
Dua anugerah berkenaan dimenangi menerusi kategori Koir Kanak-Kanak dan kategori Pop, Jazz & Gospel.
Untuk pengetahuan, ‘Sing For Gold dianjurkan oleh INTERKULTUR iaitu penganjur terbesar dunia bagi Festival dan Pertandingan Koir Antarabangsa sebegini.
18 murid yang mewakili kumpulan Vocal Pizzest itu berada di Sepanyol dari 24 higga 28 Oktober lalu untuk memberi saingan kepada 51 kumpulan koir lain dari 33 buah negara.
Tambah membanggakan apabila wakil negara ini terdiri daripada murid berusia 8-14 tahun sekaligus menjadi kumpulan peserta termuda yang mewakili rantau Asia Tenggara.
Ads
Menerusi kategori Koir Kanak-Kanak, Vocal Pizzest menyanyikan lagu-lagu rakyat popular Malaysia dan lagu-lagu medley yang dipetik daripada persembahan muzikal Cempaka Performing Arts Company, Alice’s Wonderland ciptaan komposer tempatan, Nick Choo
Apa yang membuatkan persembahan Vocal Pizzest menawan di mata juri adalah apabila suara merdu murid-murid ini yang bergema di dewan Konservatori Muzik Liceu Barcelona diharmonikan dengan penggunaan alat muzik tradisional seperti kompang.
Ads
Tampil dalam persalinan songket serta aksesori seperti cucuk sanggul emas bagi murid perempuan dan tanjak serta samping untuk murid lelaki; Vocal Pizzest membawakan lagu-lagu rakyat termasuklah Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang, Sayang Kinabalu dan Chan Ma Li Chan dengan koreografi tarian Melayu yang sopan lagi memukau mata yang memandang.
Turut memainkan peranan penting ialah pemimpin koir, Cik Melinda Si yang sangat baik dalam memberi arahan di atas pentas.
Sementara itu bagi kategori Pop, Jazz & Gospel; Vocal Pizzest mempersembahkan lagu-lagu medley daripada persembahan Spooks, juga ciptaan Nick Choo. Kali ini, mereka menukar gaya untuk menyesuaikan diri denga genre kategori tersebut.
Selain Vocal Pizzest dari Malaysia, antara negara-negara lain negara lain yang turut menghantar wakil peserta ialah Great Britain, Amerika Syarikat, Mexico, Korea, Zimbabwe, Peru, Finland, Sepanyol, Itali, Jerman, Sweden, Bulgaria, Norway dan Denmark.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mohamad Aniq Kasdan melakar kejayaan apabila dia meraih pingat gangsa acara clean & jerk kategori 61 kilogram (kg) dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini.
Pemuda berusia 21 tahun itu juga cemerlang memecahkan rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 291kg selepas mengangkat bebanan 125kg bagi acara snatch.
Ini kali kedua Aniq memenangi pingat dalam Kejohanan Dunia selepas meraih perak clean & jerk kategori 55kg pada edisi 2021 di Uzbekistan.
Selepas menyertai Kejohanan Asia di Jinju, Korea Selatan, Grand Prix Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) di Havana, Cuba dan Kejohanan Dunia (kejohanan kelayakan wajib ke Olimpik), Aniq berada pada kedudukan kesembilan keseluruhan.
Sekadar informasi, angkatan 166kg membolehkan juara Sukan Komanwel 2022 itu memenangi gangsa di belakang pemenang dari Amerika Syarikat, Hampton Morris (168kg), manakala Li Fabin dari China meraih perak 167kg.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Benih yang baik dicampak ke laut, jadi pulau akhirnya…
Kekangan pembelajaran ketika pandemik Covid-19 tidak mematahkan semangat Chong Jia Xin untuk berjaya dalam pengajiannya. Graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Sistem Komputer) ini cemerlang apabila dia dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pro-Canselor ketika Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang kali ke-17.
Berkongsi mengenai cabaran pengajiannya, “Saya masih ingat lagi, pada waktu itu kami diwajibkan menghadiri kelas secara dalam talian. Ia menyebabkan kekurangan dalam komunikasi secara bersemuka.”
Namun perkara tersebut tidak menjadi satu halangan buat dirinya, sebaliknya Jia Xin menggunakan kaedah tersendiri bagi memahami sesi pembelajaran yang diajar oleh pensyarah. Kongsinya, “Untuk mengatasi masalah itu, saya akan menonton rakaman video kuliah dengan berulang kali dan bertanyakan kepada penyarah jika mempunyai sebarang pertanyaan.”
Jia Xin sangat konsisten dalam pengajiannya, dia bukan sahaja mendapat anugerah dekan setiap semester bahkan dia pernah meraih Anugerah Emas ketika mengikuti pengajian Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) sebelum ini. Dia yang aktif dalam bidang penyelidikan turut pernah meraih pingat Perak dalam 12th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX 2022).
Turut aktif dalam bidang kokurikulum, Jia Xin diberi kepercayaan untuk memegang jawatan seperti Ketua Bahagian Teknologi Kejuruteraan Institusi Jurutera Malaysia Seksyen Pelajar, Naib Presiden, Persatuan Bahasa Mandarin, Ketua Peraturan di UMP IEM’VENTION’21 dan lain-lain lagi.
Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik ini mendedikasikan anugerah tersebut kepada kedua ibu bapanya yang telah banyak berkorban dan memberikan sokongan untuk melihat dia berjaya. Bapanya yang bekerja sebagai seorang mekanik semestinya bangga dengan pencapaian anak perempuannya itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedua-dua mereka memiliki persamaan, sama-sama bergelar Miss Eco Malaysia, bezanya si adik, Prasana Shri merupakan Miss Eco Malaysia 2022 manakala si kakak pula, Thanu Shri merupakan Miss Eco Malaysia 2023.
Sudah tersurat mereka bakal menggalas tugas back-to-back untuk membanggakan nama negara di persada antabangsa. Prasana awal tahun lalu berjaya menggondol tempat ke lima di pentas Miss Eco International 2021 yang diadakan di Mesir. Thanu Shri pula akan mewakili negara tahun hadapan.
Satu lagi fakta menarik, mereka juga sama-sama bergraduasi tahun ini. Prasana telah bergraduasi pada penghujung November lalu, manakala Thanu Shri baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Malaya dan telah pun menghadiri majlis konvokensyen universiti tersebut dua hari lalu.
“Saya selalunya memakai mahkota, tetapi hari ini topi konvokesyen ini sudah memadai. Ya saya telah bergraduasi, sangat bersyukur untuk segala-galanya,” ujar Thanu Shri dalam salah satu hantaran di laman Instagramnya.
Tampil cantik dan ayu dalam persalinan kebaya songket rona ungu dan disulam indah perincian, gadis anggun ini tampil bangga menggayakan busana tradisi tersebut. Tidak lengkap majlis graduasinya tanpa kehadiran adik tersayang. Prasana juga dilihat turut hadir memberikan meraikan hari bahagia kakaknya.
Tidak kalah bergaya, Prasana turut menggayakan busana tradisi baju kurung riau yang diperbuat dari songket bunga tabur. Usai majlis konvokesyen, kedua-dua beradik ini mencuri masa merakam memori bersama.
Meninjau ke laman Instagram Prasana, dia mendedikasikan satu hantaran buat kakak tersayang. Ujarnya, “Tahniah kepada kakak saya, Thanu Shri atas majlis konvokesyen anda. Saya sangat berbangga dengan pencapaian anda. Saya merupakan adik yang akan sentiasa menceriakan dan ada untuk awak walau apa pun yang terjadi. Anda adalah erti jiwa yang memberikan inspirasi.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...