
Dah viral di media sosial tentang #InMyFeelingsChallenge atau #KekeChallenge yang mana korang kena menari di luar kereta yang sedang bergerak.
Challenge ini turut mendapat perhatian daripada selebriti Malaysia, antaranya adalah Janna Nick, Hafidz Roshdi, Didi Astillah dan ramai lagi.
Memang nampak macam style tetapi perbuatan ini boleh mendatangkan mudarat jika korang tersilap langkah.
Bukan saja di Malaysia, #KekeChallenge ini juga dah viral satu dunia lebih kurang dua minggu yang lepas, terutamanya di kalangan remaja.
Ada diantara mereka yang sanggup mencederakan diri semata-mata ingin melakukan cabaran viral ni. Haishh..
Tak caya? Tengok ni!
i almost died #Kekechallenge #KIKIDOYOULOVEME pic.twitter.com/ZkEExvN9ep
— Barbara Kopylova (@baabsxx) July 15, 2018
That makes two of us ?? pic.twitter.com/VzRQ2gcRKn
— rene (@imcorrtes) July 15, 2018
LMFAOOOOO pic.twitter.com/iUCVN19qWm
— carolina? (@caarolin9) July 15, 2018
Had to do it to them ??? #inmyfeelingschallenge #inmyfeelings #dotheshiggy @Drake @theshiggster ?: @joshleyva @hipablo pic.twitter.com/7YbbobcbCr
— J. David Alvarez (@DavidAlvareeezy) July 11, 2018
Walaupun kereta dipandu dengan perlahan, namun ia tetap tidak menjamin keselamatan korang. Kalau bukan korang, mungkin ia mengganggu pengguna jalan raya yang lain pula. So, sebelum buat tu harapnya korang fikir dulu la eh? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Allah Bersamamu”, Video Tentera Zionis Tahan Adik Ikon Pejuang Palestin Tersebar Di Media Sosial

Bayangkan, kita ditahan tanpa asbab kesalahan. Pasti marahkan. Namun bagi remaja Palestin yang sekian lama ditindas zionis Israel, kemarahan itu hanya mampu disuarakan melalui doa kepada Allah taala.
Semalam, Mohamad iaitu adik kepada Ikon Pejuang Kebebasan Palestin, Ahed Tamimi, 17 tahun yang pernah viral di seluruh dunia kerana menendang dan menampar tentera zionis ketika usianya kecil ditangkap oleh zionis tanpa sebab kukuh.
Jika sebahagian dari kita pasti merasa takut tapi ternyata Mohamad yang berusia 15 tahun sempat lagi minum air sambil dirinya dipeluk oleh ibu dan ayahnya buat kali terakhir.
Rakaman penahanan tanpa sebab kukuh ini turut tersebar di media sosial dan pastinya ramai yang marah saat melihat situasi berkenaan. Malah di pihak keluarga Ahed sendiri menyuarakan rasa marah tersebut.

Laporan dari AP yang memetik kenyataan bapa kepada Mohamad berkata, tentera Isreal memecah masuk ke rumah mereka pada awal pagi dan menangkap anaknya, Mohamed,” kata bapanya Bassem Tamimi.
Ibu remaja berkenaan, Nariman berkata, pasukan tentera Israel telah menyerbu kediaman mereka di Kampung Nabi Sali berhampiran Ramallah dan menahan anak remajanya tanpa sebab kukuh.
Menurut Bassem, anaknya pada hujung minggu lalu mengalami patah lengan ketika melarikan diri dari semburan gas pemedih mata pada satu protes yang diadakan di kampung mereka di mana dia disyaki telah membaling batu ke arah tentera Israel.
Apa pun alasan penahanan remaja berkenaan masih tiada sebab jelas.

BACA SINI : Remaja 17 Tahun Ini VIRAL & Satu Dunia Mengenalinya. Dia Terkenal Kerana BERANI
Nama keluarga ini begitu terkenal malah pernah dijemput oleh kelab bola sepak Sepanyol, Real Madrid ke Stadium Santiago Bernabeu di Madrid bertemu bekas penyerang, Emilio Butragueno, dan menerima jersi bola sepak kerana mereka kagum dengan semangat keberaniannya menentang dan menampar tentera zionis Israel.
Jika nasib adiknya belum diketahui dan bila akan dibebaskan, Ahed Tamimi pernah duduk dalam penjara Israel selama lapan bulan lamanya. Ternyata semangat juang remaja Palestin menentang kekejaam zionis Israel tidak pernah pudar.
Allah sentiasa bersamamu Mohamad dan seluruh rakyat Palestin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Serena Williams Pun Terkejut, Bekas Pemain Tenis China ‘Ghaib’ Selepas Dedah Serangan Seksual?

Biarpun pernah ‘mengharamkan’ beberapa aplikasi media sosial yang berasal dari negara Barat, pengaruh media sosial di China sememangnya memainkan peranan penting 1.4 bilion penduduknya.
Segala tindak-tanduk, ayat dan status yang dimuat naik oleh para selebriti berkelas A di China pada laman media sosial masing-masing pastinya akan mendatangkan impak positif mahupun negatif secara menyeluruh dalam kalangan penduduk di sana.
Disebabkan itulah, sebilangan selebriti di China lebih memilih untuk tidak berkata-kata secara semberono di media sosial kecuali apabila perlu sahaja demi memastikan kata-kata mereka itu tidak memakan diri sendiri.
Sebagai contoh, aktres Zhao Wei dan YouTuber terkenal, Li Ziqi pernah dilaporkan ‘hilang’ dan ‘senyap’ secara tiba-tiba. Ramai mempercayai ia kesan daripada perbuatan mereka di media sosial sebelum itu.
Zhao Wei yang popular dengan drama My Fair Princess sebelum ini merupakan pelakon yang bernilai berjuta-juta Yuan dan memiliki berjuta orang peminat setia. Namun, Beijing bertindak untuk ‘melenyapkannya’ daripada radar internet negara itu disebabkan oleh beberapa skandal yang dihadapi olehnya dan syarikat miliknya. Hasilnya, seolah-olah dirinya tidak pernah wujud.
Terbaru, seorang lagi individu terkenal dari China berdepan isu yang sama. Ia tidak lain tidak bukan ialah bintang tenis negara republik tersebut bernama Peng Shuai.

Hal ini setelah pemain berusia 35 tahun itu membuat penuduhan serangan seksual yang pernah dilakukan seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.
Bekas pemain tenis beregu wanita pertama China ini dahulunya membuat hantaran di laman sosial China dan mendakwa bekas Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli pernah memaksanya secara seksual sebanyak dua kali.
Setelah ura-ura yang mengatakan bintang tenis itu dalam bahaya, satu kenyataan yang dikatakan mewakili Peng berkata dirinya kini selamat dan segala ura-ura itu adalah tidak benar. “Saya cuma telah berehat di rumah dan semuanya baik-baik saja.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘Peng Shuai’ itu bagaimana menimbulkan tanda tanya dan dikatakan adalah palsu. Seperti yang disebut oleh pengerusi dan CEO Women’s Tennis Association (WTA) iaitu Steve Simon, kenyataan itu hanya menimbulkan lebih kegusaran ke atas keselamatan dan di mana sebenarnya lokasi Peng sekarang.
Jelas Simon, beliau telah menerima jaminan dari kerajaan China bahawa atlet tersebut selamat. Begitupun tiada sesiapa dari pihak WTA dapat menghubunginya untuk mengesahkan perkara tersebut.

Sementara itu, bintang tenis Amerika Syarikat Serena Williams yang merupakan rakan kepada Peng berkata dia, “Sedih dan terkejut,” dengan kes yang menimpa pemain tenis China itu apabila keberadaannya masih menjadi misteri dan menimbulkan kebimbangan pengikut sukan tenis antarabangsa.
Di Twitter, Serena meluahkan rasa khuatirnya sambil menyertakan tanda pagar #WhereIsPengShuai.
“Saya harap dia selamat dan kita semua tidak harus senyap.”
I am devastated and shocked to hear about the news of my peer, Peng Shuai. I hope she is safe and found as soon as possible. This must be investigated and we must not stay silent. Sending love to her and her family during this incredibly difficult time. #whereispengshuai pic.twitter.com/GZG3zLTSC6
— Serena Williams (@serenawilliams) November 18, 2021
Sebelum ini China dikatakan sedang menghasilkan satu undang-undang untuk mengawal pengaruh media sosial apabila seseorang bersuara menentang kerajaan.
Akta ini adalah sebahagian daripada kempen Parti Komunis dengan menyasarkan entiti swasta. Kononnya, dsebanyak 10,000 akaun media sosial telah dipadam pada tahun 2018 saja dan mungkin lebih banyak akaun lain yang dipadam sepanjang tiga kebelakangan ini.
Untuk pengetahuan, Peng merupakan bekas pemain beregu nombor satu dunia yang pernah memenangi dua gelaran Grand Slam iaitu pada Wimbledon 2013 dan kejohanan Terbuka Perancis 2014 bersama pemain Taiwan, Hsieh Su-wei.
#WhereIsPengShuai pic.twitter.com/t8SPCrqnMl
— wta (@WTA) November 18, 2021
. #WhereIsPengShuai pic.twitter.com/51qcyDtzLq
— NaomiOsaka大坂なおみ (@naomiosaka) November 16, 2021
Selain Serena, atlet lain seperti Naomi Osaka, Jessie Pegula, Jennifer Brady dan Gerard Pique turut meluahkan rasa sedih mereka terhadap kes ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
40 Hari Solat Subuh & Isyak Berjemaah, Masjid Tawar Hadiah Motosikal Pula

Jika sebelum ini Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu menawarkan hadiah basikal kepada kanak-kanak yang hadir solat Subuh berjemaah 40 hari berturut di masjid, kini masjid itu sekali lagi mencuri perhatian apabila menawarkan motosikal pula kepada jemaah.
BACA: Masjid Tawar Ganjaran Basikal Kepada Kanak-Kanak Yang Hadir Solat Subuh Berjemaah
Menurut pengerusi masjid berkenaan, sebanyak empat buah Modenas Kriss MR3 berharga RM16,000 akan menjadi milik jemaah yang layak. Syaratnya, jemaah perlu memenangi empat kategori dipertandingkan pada Program Istiqamah Subuh dan Isyak berjemaan 40 hari bermula 1 Mac hingga 9 April 2022.

Kategori pertama bagi program masjid ini adalah khusus untuk anak kariah, kedua kategori terbuka kepada penduduk luar manakala kategori tiga dan empat adalah untuk pegawai syarak, jawatankuasa dan pekerja masjid serta jemaah wanita.
Walaupun program belum dimulakan, namun pihak masjid sudah menerima lebih 30 penyertaan bagi kesemua kategori yang terbuka kepada semua umat Islam berumur 16 tahun ke atas dan memiliki lesen motosikal.
Menerusi program itu peserta diwajibkan berjemaah Subuh dan Isyak di masjid selama 40 hari berturut-turut. Selain itu mereka juga boleh mendapatkan mata tambahan jika berjemaah untuk semua waktu atau program lain anjuran masjid yang akan meningkatkan peluang kemenangan.

Jelas pengerusi masjid lagi, semakin hari semakin ramai orang kampung yang berjemaah di masjid. Mereka datang bukan sebab motosikal kerana bukan semua akan dapat dan program juga baru sahaja diuar-uarkan. Keempat-empat motosikal itu berharga RM4,000 setiap satu dan disumbangkan oleh individu dermawan serta tidak menggunakan sebarang dana tabung masjid.
Semoga dengan cara ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat masyarakat untuk mengimarahkan masjid dan jika ada rezeki, bolehlah mereka bawa pulang sebuah motosikal nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

