Selain menggunakan aplikasi WhatsApp, rasanya ramai diantara kita yang menggunakan Telegram sebagai medium komunikasi antara satu sama lain.
Namun baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila WhatsApp telah memperkenalkan kemaskini kepada perkongsian data mereka – sekaligus menimbulkan pelbagai keraguan dikalangan pengguna, dan ramai yang beralih ke perkhidmatan permesejan alternatif lain.
Tapi buat korang yang risau data yang berada di aplikasi whatsApp hilang. Satu perkongsian di Twitter ini mungkin membantu. Menurut perkongsian All Gadgets Malaysia
@AllGadgetsMY altenatif ini boleh simapan chat di cloud tanpa backup dan juga boleh lihat chat di kedua-dua device. iOS dan juga Android.
Ini langkah-langkahnya :
Sumber Gambar : All Gadgets Malaysia
Ads
Pertama : Buku aplikasi WhatsApp dan pilih mesej mana yang ingin di transfer ke Telegram
Sumber Gambar : All Gadgets Malaysia
Kedua : Tekan Export Chat
Sumber Gambar : All Gadgets Malaysia
Ketiga : Pilih aplikasi Telegram
Ads
Sumber Gambar : All Gadgets Malaysia
Keempat : Pilih chat dan tunggu sehingga siap download. So settle la step ini.
Sumber Gambar : All Gadgets Malaysia
Ini bagi penguna peranti Android.
Ads
Sangat mudah kan, dan korang tak perlu risau sebabnya selepas export mesej ke telegram, korang masih boleh mengunakan aplikasi whatsApp seperti biasa. Cuma ini langkah berjaga-jaga je, kalau korang takut privasi korang tersebar jika mengunakan whatsApp.
Dah ramai yang teruja dengan sistem update ios 15 bagi pengguna iPhone.
Ada yang dah update ke. Amacam best tak? Namun, bagi mereka yg belum update software terbaru ini, dan tidak menerima notis mengenainya, boleh memuat turun secara manual dengan pergi ke Settings > General > Software Update dan pilih download iOS 15. Saiz muat turun untuk iOS 15 adalah 3.12GB dan pastikan bateri korang cukup atau mengecas ketika mahu memulakan muat turun.
1. Focus
Foto Via macrumors.com
Focus membolehkan anda memberikan tumpuan mengikut situasi. Jika korang tidak mahu diganggu oleh notifikasi atau deringan dari iPhone dek memfokuskan mengejar tarikh akhir laporan kerja, sedang bersenam, memandu atau sedang tidur.
Pengguna iPhone boleh menetapkan siapa dibenarkan menghubungi, notifkasi mana boleh dipaparkan dan apakah aplikasi yang boleh diakses mengikut mod yang dipilih. Paling menarik jika anda tidak mahu diganggu, pengguna iPhone lain boleh melihat anda mengaktifkan mod fokus di dalam aplikasi pemesejan seperti Messages.
2. Account Recovery
Pada iOS 15 terdapat ciri baharu Account Recovery yang membolehkan pengesahan diberikan kepada kontak rapat yang dipercayai. Pengguna juga boleh memiliki kontrak rapat sebagai Legacy Contact yang boleh mengakses akaun Apple ID pemilik yang telah meninggal dunia. Gambar yang disimpan di iCloud misalnya boleh dimuat turun ke akaun peribadi sebagai kenang-kenangan.
3. Live Text
Live Text ialah ciri menarik yang selama ini memerlukan pengguna iOS menggunakan Google Photos atau Google Lens. Dengan Live Text kesemua ciri ini ditawarkan secara terbina pada aplikasi kamera iPhone dan pelayar Safari. Pada aplikasi kamera apabila ia mengesah teks, ikon membaca teks akan muncul. Pengguna kemudian boleh salin tampal teks alamat, nama perniagaan atau nombor telefon pada papan iklan misalnya.
4. Find My
Find My ditambah baik dengan ciri mengesan kedudukan peranti walaupun selepas ia dimatikan atau telah ditetapkan semula selepas hilang. Menurut Apple lokasi peranti masih boleh dijejak sehingga 24 jam selepas ia dimatikan atau ditetapkan semula oleh insan yang mungkin telah mencurinya.
5. FaceTime Dengan Bukan Pengguna Di Luar Ekosistem Apple FaceTime Link
Paling menarik, kini ciri eksklusif FaceTime pada peranti Apple kini akhirnya boleh diakses juga oleh pengguna peranti dengan sistem operasi yang lain. Kini tanpa peranti Apple sekalipun mereka boleh menggunakan FaceTime.
6. FaceTime Dipertingkat – Audio Spatial, Mod Portret,
Foto Via macrumors.com
Kepada pengguna ekosistem Apple pula, FaceTime semakin ditambah baik seperti akhirnya wujud mod potret yang mengaburkan latar belakang, audio spatial juga disokong bagi memberikan pengalaman perbualan dan mikrofon pula menyokong mod audio yang membolehkan bunyi latar disenyapkan supaya lebih jelas atau mod Wide Spectrum yang membenarkan audio persekitaran didengari sekiranya perlu.
7. SharePlay
SharePlay pula membolehkan kandungan video, muzik, gambar atau laman web bersama rakan secara atas talian. Apabila menonton video misalnya video boleh dikawal oleh kesemua pihak yang dijemput. Antara aplikasi yang menyokong ciri SharePlay ialah Apple TV+, TikTok, NBA, Twitch dan MasterClass.
8. Memoji
Foto Via macrumors.com
Memoji dipertingkatkan lagi dengan pelbagai gaya rambut, penutup kepala, aksesor, alat bantuan pendengaran dan 40 jenis pakaian. Pengguna kini boleh menghasilkan Memoji yang semakin hampir kelihatan seperti diri mereka sebagai ganti di alam maya. Orang Malaysia pun boleh pilihan tudung dan baju melayu tau. Menarik bukan?
9. Notifikasi
Notifikasi dikemaskini lagi oleh Apple dengan ikon aplikasi yang lebih besar dipamerkan. Notifikasi yang paling penting akan diberikan kepentingan supaya pengguna boleh memberikan perhatian kepada apa yang paling perlu dilakukan terlebih dahulu.
10. Safari
Tab yang dibuka disusun dalam bentuk grid yang lebih mudah dilihat. Kini Safari lebih menyerupai Chrome. Kesemua tab boleh dikumpulkan secara setempat dan diselarikan diantara peranti-peranti Apple lain yang dimiliki pengguna. Dengan ini penggunaan Safari merentas platform lebih sekata. Akhir sekali cari menggunakan arahan suara pada Safari turut boleh dilakukan bagi mereka yang tidak mahu menaip.
11. Wallet
Aplikasi Wallet semakin berguna kerana boleh menyimpan maklumat kunci elektronik, kunci hotel, kad pengenalan, kad vaksinasi Covid-19, kad pelajar dan juga kunci kereta. Dengan Wallet, iPhone menjadi pengganti kepada kunci-kunci fizikal. Perkongsian kunci antara ahli keluarga, anak-anak dan rakan sekerja juga boleh dilakukan sekiranya mereka juga mempunyai sebuah iPhone.
12. Photos
Photos meminjam beberapa ciri yang selama ini ditawarkan oleh Google Photos secara terbina. Ciri menghasilkan video memori, bagi yang mungkin tidak menyukai lagu yang disediakan, keseluruhan katalog Apple Music boleh digunakan sebagai muzik latar sekitar pengguna melanggan kepada perkhidmatan penstriman ini.
13. iCloud – iCloud+ Private Relay, Menyorokkan Alamat Emel Sebenar dan Storan Sementara
Foto Via macrumors.com
iCloud ialah perkhidmatan storan awanan perlu bagi semua pengguna ekosistem Apple. Dengan iOS 15, perkhidmatan ini dipertingkatkan dengan ciri Private Relay yang membolehkan pengguna melayari web dengan lebih selamat.Malah, iCloud turut membenarkan sandaran melebihi storan dilakukan ketika melakukan kemas kini peranti. Isu tidak cukup storan untuk melakukan sandaran sebelum kemas kini selesai.
14. Apple Health
Apple Health membolehkan data kesihatan dikongsi dengan ahli keluarga terdekat dengan selamat. Ini adalah ciri penting untuk memantau kesihatan ibu bapa yang berusia di kampung misalnya menerusi data yang dikumpul oleh Apple Watch. Ahli keluarga boleh dihubungi jika anomali dilihat pada degupan jantung misalnya.
Aplikasi Health juga boleh melihat perubahan trend kesihatan tubuh yang menjadi semakin baik ataupun buruk. Analisa kestabilan langkah juga boleh direkod dan dianalisa oleh pengguna. Amaran akan diberikan jika kestabilan langkah berkurangan dikesan.
15. Accessibility – Ciri Ketercapaian Untuk Golongan OKU Lebih Baik
Akhir sekali ciri ketercapaian (accessibility) membolehkan peranti dikawal dengan menggunakan bunyi pop, ee atau bunyi klik dari mulut. Ini membolehkan OKU yang tidak boleh menyentuh skrin masih boleh menggunakan iPhone. Data audiogram turut boleh diimport bagi membolehkan sistem audio iPhone menguatkan frekuensi tertentu berdasarkan ujian telinga yang telah dilakukan.
Selamat mencuba!
Sumber : Amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama telefon bimbit Nokia pernah menjadi antara pilihan favorite pengguna di Malaysia kerana ketahanan dan model yang hadir dengan pelbagai rekaan menarik. Namun, hari demi hari jenama antarabangsa ini seperti sudah hilang taringnya kerana tidak dapat mengekalkan ‘takhta’ sebagai pilihan jenama telefon bimbit yang diguna oleh masyarakat ramai.
Walau bagaimanapun, Nokia masih lagi wujud dan kini telah melancarkan enam model telefon bimbit, disasarkan kepada pengguna yang mementingkan kos pemilikan yang rendah. Khabarnya, HMD Global turut mengekori trend Apple dan Samsung dengan tidak memberikan wayar pengecas dan fon kepala.
Kesemua telefon ini dijual dengan harga antara EUR75 ke EUR340 (RM370 ke RM1,700) dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Model paling C untuk harga paling rendah, model G untuk pertengahan dan X bagi model paling premium.
Antara fokus pemasaran model G10 dan G20 adalah bateri yang tahan selama tiga hari dan model premium X20 pula hadir dengan kamera Zeiss.
Penantian hampir 20 tahun akhirnya berakhir apabila Google mengumumkan bahawa penghantaran fail antara peranti Android dan iPhone kini boleh dilakukan menggunakan protokol QuickShare dan AirDrop. Pengumuman ini menjadi detik bersejarah kerana buat pertama kali dua ekosistem telefon pintar paling popular boleh “bercakap” secara terus tanpa aplikasi pihak ketiga.
Sebelum ini, pengguna hanya bergantung pada aplikasi seperti LocalSend untuk penghantaran rentas sistem operasi. Walaupun berfungsi, ia tetap kurang lancar dan tidak selesa berbanding ciri perkongsian fail terbina dalam seperti AirDrop. Kini, halangan itu akhirnya dihapuskan.
iPhone Muncul Dalam QuickShare, Android Muncul Dalam AirDrop
Menurut sumber dengan integrasi baharu ini, proses perkongsian menjadi jauh lebih mudah:
Dalam QuickShare, peranti iPhone akan muncul sebagai pilihan penerima.
Dalam AirDrop pula, peranti Android akan kelihatan dalam senarai peranti yang boleh menerima fail.
Ini bermakna pengguna Android dan iPhone kini boleh saling menghantar gambar, video, dokumen dan pelbagai jenis fail dengan kelajuan tinggi tanpa perlu menyentuh internet atau memuat turun aplikasi tambahan. Semua ini berlaku melalui gabungan protokol QuickShare dan AirDrop yang kini bersambung secara terus.
Terhad Kepada Peranti Pixel Baharu Buat Masa Ini
Walaupun ciri ini sangat dinantikan, ia belum tersedia untuk semua peranti Android.
Setakat ini, Google hanya mengaktifkan fungsi tersebut pada model:
Pixel 10
Pixel 10 Pro
Pixel 10 Pro XL
Pixel 10 Pro Fold
Google memaklumkan sokongan untuk Android lain akan ditambah dari semasa ke semasa pada masa hadapan. Untuk pengguna bukan Pixel, sabar dulu… tapi berita baiknya, ia memang sedang dalam proses untuk dikembangkan secara meluas!
Lebih Selamat & Stabil Berbanding Aplikasi Pihak Ketiga
Perkongsian fail menggunakan protokol QuickShare dan AirDrop pada tahap sistem menjadikannya:
Lebih selamat – perlindungan terbina pada sistem operasi
Lebih stabil – tiada isu pairing gagal seperti aplikasi luar
Lebih pantas – menggunakan Bluetooth + WiFi Direct seperti AirDrop sebenar
Tidak mengecilkan kualiti – fail dihantar dalam resolusi asal
Integrasi ini digelar ramai sebagai “penyatuan teknologi” yang sepatutnya berlaku sejak lama.
Apa Maknanya Untuk Remaja?
Untuk pengguna muda yang aktif dan sering berkongsi fail, ini adalah berita besar. Antaranya:
📸 Boleh kongsi gambar outing tanpa pecah
🎬 Video TikTok atau vlog boleh dihantar tanpa compress
🎓 Assignment & projek sekolah lebih mudah dipindahkan
🎮 Gamers boleh berkongsi rakaman permainan dengan cepat
📁 Pindah fail besar tanpa guna data atau internet
Ringkasnya — hidup digital remaja menjadi jauh lebih lancar berkat integrasi QuickShare dan AirDrop yang akhirnya menjembatani dua dunia telefon pintar.
Kesimpulan
Integrasi QuickShare dan AirDrop antara Android dan iPhone adalah langkah besar dalam dunia teknologi mudah alih. Walaupun kini terhad kepada Pixel 10 dahulu, masa depan jelas menunjukkan keserasian rentas sistem operasi akan menjadi standard baharu.
Penantian panjang akhirnya berbaloi dan dunia kini selangkah lebih dekat kepada teknologi yang benar-benar universal.