Penggunaan panggilan video berkumpulan yang tinggi ketika virus pandemik Covid-19 ketika ini menyebabkan aplikasi Facebook meningkatkan keupayaan panggilan video.
Facebook sebelum ini telah pun mengumumkan bakal menawarkan perkhidmatan panggilan video telesidang melalui Messenger, dinamakan sebagai Messenger Rooms. Lanjutan daripada pengumuman, kini Messenger Rooms telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.
Menariknya, Messenger Rooms membolehkan pengguna melakukan panggilan video dengan mudah. Pada sesuatu masa, sehingga 50 orang boleh menyertainya. Tiada had masa yang ditetapkan, selain ia ditawarkan secara percuma. Wow!
Ads
Pengguna yang ingin memulakan Messenger Rooms perlu mempunyai akaun Facebook. Sebaik sahaja suatu bilik dicipta dan panggilan dimulakan, korang akan diberikan suatu pautan khas untuk menjemput kawan-kawan lain. Mereka boleh menyertai panggilan video berkenaan walaupun tidak mempunyai akaun Facebook.
Ads
Ciri ini masih diperkenalkan secara berperingkat, dan korang akan dapat melihatnya pada akaun anda dalam masa terdekat ini. Untuk memulakannya, hanya perlu memulakan panggilan video melalui Messenger, dan kemudian menjemput rakan-rakan anda menyertainya.
Sepanjang 7 tahun berada dalam pasaran, aplikasi penghantaran mesej iaitu Telegram semakin digemari ramai disebabkan oleh kualiti penghantaran mesej, foto, video serta penggunaan yang mudah.
Malah, ramai pengguna Telegram yang menyukai faktor keselamatan aplikasi itu disebabkan fungsi end-to-end encryption.
Setakat ini, Telegram belum lagi pernah berhadapan dengan mana-mana isu ‘hackers’ daripada pihak ketiga yang tidak bertanggung jawab.
Namun menurut pihak mereka, Telegram akan mula mengenakan pembayaran bermula tahun 2021.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengasas Telegram iaitu Pavel Durov, mereka melakukan sedemikian setelah mendapati syarikat mereka memerlukan dana besar demi mempertahankan perkhidmatan kepada para pengguna.
Malah, Pavel juga mendakwa terpaksa menggunakan dana peribadi untuk memastikan Telegram tidak ‘berkubur’.
Buat masa ini, aplikasi Telegram masih boleh digunakan secara percuma. Namun mulai tahun hadapan, pengguna akan dikenakan kaedah ‘paid features’ dalam aplikasi. Jangan risau, perkhidmatan mesej di Telegram masih kekal percuma. Namun sekiranya korang ingin menggunakan beberapa fungsi lain, korang perlulah melakukan pembayaran seperti aplikasi-aplikasi lain.
Dengan mengenakan bayaran ini, Telegram boleh menjamin perkhidmatan terbaik kepada hampir 500 juta orang penggunanya yang aktif pada masa hadapan.
Untuk pengetahuan, jumlah tersebut masih rendah berbanding pengguna aplikasi mesej WhatsApp yang sudah mencapai angka 7 bilion pengguna di seluruh dunia.
Ada berbagai cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan. Kata-kata yang indah, memberikan hadiah, lakukan kejutan dan pelbagai cara lagi kita lakukan untuk menunjukkan kasih sayang. Tapi momen paling indah biasanya di akhiri dengan lamaran, satu tindakan menunjukkan betapa kita ingin hidup bersamanya sehingga ke akhir hayat.
Di zaman mak ayah kita dahulu, sebentuk cincin, sejadah, beg tangan, sepatu antara barangan dibawa ketika bertunang kerana barangan tersebut di anggap akan digunakan oleh bakal isteri.
Tapi di zaman millennial ini segalanya sudah berubah dan tentu korang tak boleh brain, hadiah apa yang patut diberi kepada pasangan. Hahaha.
Di negara jiran Indonesia, satu pasangan kekasih Ervan Pratama dari Surabaya, Jawa Timur telah menghadiahkan satu set hardware pc gaming high end untuk kekasih hatinya, Tiara. Lebih unik lagi, kedua-dua pasangan ini memang kaki gaming dan hadiah hantaran itu dianggap berbaloi dengan minat keduanya.
Inilah sehati sejiwa. Penat-penat nanti boleh main Battlefields sama-sama bila dah nikah.
Pergh, rasa boleh brain ke korang tentang hantaran sebegini? Tapi bagus jugakan, kalau boring-boring korang boleh main games sama-sama bila dah bernikah nanti. Dengan motherboard gigabyte yang agak besar, tak adalah masalah sangkut-sangkut.
Menurut Ervan, dia dan pasangannya sama-sama menyukai game Battlefield.
“Saya hadiahkan dirinya barang hantaran seperti Motherboard Gigabyte Aorus Elite B450M, prosesor AMD Ryzen 5 3600, VGA Gigabyte AMD Radeon RX 5700 XT dan power supply Corsair HX750,” katanya memaklumkan ada sejumlah kompenan pc lain diserahkan seperti casing, CPU, RAM dan SSD,” katanya mengakui hadiah-hadiah ini bernilai 10 juta rupiah atau lebih kurang RM3000.
Kata Ervan lagi, tujuan dia menghadiahkan kompenan pc gaming itu adalah untuk membahagiakan hati kekasihnya.
“Kami sepakat untuk memberi hantaran begini. Ia keinginan Tiara dan keinginan peribadi dari diri saya sendiri,” katanya yang bertunang Ahad, 18 hb lalu.
Bukan biasa-biasa nie kalau taraf pc dah sampai set bangsawan
Masa yang sama, Ervan mengakui tujuan dia memberikan kompenen-kompenen itu adalah melepaskan Lelah bila balik dari kerja. Boleh main game atau tonton filem kalau suka,” katanya mengakui orang tuanya tiada bantahan malah menyokong niat murninya itu.
Ervan pun mengaku memiliki tujuan tersendiri mengapa ia memberikan komponen-komponen PC gaming tersebut ke Tiara.
“Boleh main game atau tengok filem nanti. Saya tak peduli apa orang kata tentang hantaran berbeza ini asalkan kami menyukainya dan ia membuat kami berdua senang,” katanya yang selalu bermain permainan Battlefield bersama kekasihnya itu.
So, korang, dah terfikir ke nak hadiahkan apa pada kekasih time korang tuning atau menikah nanti. Nampaknya hadiah-hadiah seperti sepatu, beg tangan, jam atau sebagainya mungkin sudah kurang sesuai untuk anak-anak muda yang begitu bergaya pada hari ini.
Sumber : Tribun News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Telefon yang menyokong rangkaian 5G pertama dilancarkan di Malaysia.
Kali ni korang mesti teruja dengan Vivo Nex 3 sebab ciri utama iaitu POLED Waterfall FullView Display dengan lengkungan sisi dan skrin 99.6% dan hanya 6.89 inci.
Vivo Malaysia sekali lagi melancarkan telefon pintar baru selepas melancarkan Vivo V17 Pro dengan 6 kamera awal bulan ini. Sama seperti sebelumnya, NEX 3 sudah tentu menampilkan beberapa ciri-ciri serba baru yang tidak terdapat pada telefon pintar lain.
Dengan pelancaran Vivo Nex 3 5G di Malaysia, ia menampilkan skrin ‘air terjun’ yang melengkung di kedua-dua sisi hingga hampir ke belakang, dengan nisbah skrin ke badan setinggi 99.6%. Ia menggunakan skrin Super AMOLED berukuran 6.89-inci, tanpa takuk dan lubang.
Untuk Yang Gemar’Selfie’
.
Tetapi kamera yang lebih menarik ialah kamera depannya. Ia menggunakan sensor 16MP yang berpasangan dengan LED Flash dan dipasang pada modul pop boleh sembunyi. Modul pop up ini mengambil masa hanya 0.65 saat untuk keluar, lebih pantas dari sistem pop up mereka sebelum ini.
Tarikan lain pada NEX 3 ialah sistem tri-kamera belakang gabungan 64MP + 13MP + 13MP yang dipanggil Lunar Ring Camera System.
Bateri Tahan Lebih Lama
Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran teratas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Kapasiti bateri (4500mAh) membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa. Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat. NEX 3 disediakan dengan storan dalamn 256GB.
Audio Yang Wow!
Cip audio bebas AK4377A menyampaikan pengalaman Vivo Hi-Fi yang menakjubkan khas untuk kenikmatan audio yang unggul dimana para pengguna boleh menghidupkan semula konsert kegemaran atau merenung jauh sambil mendengar lagu kegemaran.
Vivo NEX 3 5G ini dijual pada harga hanya RM3899. Secara tidak langsung, peranti ini adalah peranti 5G pertama di Malaysia. Cuma sayang sekali, tiadak sokongan 5G lagi di Malaysia.
A post shared by vivo (@vivo_global) on Oct 17, 2019 at 4:58am PDT
Tapi tak apa, tak lama lagi 5G nak sampai ke negara kita kan. So kalau korang yang tengah mencari telefon pintar. Vivo Nex 3 ini memang pilihan yang berbaloi untuk korang yang tak rajin transfer gambar ke hardisk!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!