Buat kali pertama, suasana kenduri kahwin dalam sebuah permainan video popular GTA V. Menariknya!
.
Kita sedia maklum, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memuatkan semua kegiatan terbantut termasukklah yang melibatkan perhimpunan besar seperti acara dan kenduri kahwin dilarang demi memutuskan rantaian COVID-19.
Pastinya, suasana kenduri kahwin yang dihadiri orang ramai sama ada kenalan sendiri atau ibu bapa dirindui sepanjang PKP berlangsung. Namun, ia tidak menjadi penghalang kepada seorang pemain video ini apabila tampil dengan idea kreatif memaparkan suasana kenduri kahwin dalam sebuah permainan video popular GTA V.
Ads
Oleh sebab pengubahsuaian khusus dibenarkan oleh permainan, ia membolehkan pemain ini mengadakan konsep bertemakan majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang turut disiarkan secara langsung di Facebook dan kemudian dimuat naik di laman Youtube GTA 5 Malaysia.
.
Kenduri kahwin yang dilangsungkan melalui GTA 5 ini menarik perhatian netizen memandangkan rakyat Malaysia sudah lama tidak dibenarkan untuk melangsungkan kenduri kahwin untuk membendung COVID-19.
Ads
Bukan sekadar kenduri kahwin biasa, majlis tersebut lengkap dengan rombongan pengantin dan sesi berbalas pantun. Turut mencutikan hati, terdapat tarian zapin yang dipersembahkan.
Tempat kejadian dilengkapi dengan khemah besar, meja dan kerusi, bufet, ruang makan khas untuk keluarga pasangan, pelamin, dan pemain mengenakan pakaian seragam Rela untuk menambahkan sedikit realisme. Ya, seperti majlis kahwin dalam dunia sebenar!
Memetik laporan Malay Mail, salah seorang pemain yang terlibat dengan majlis perkahwinan maya ini, Noor Azwan Mohd Noor berkata perkahwinan itu diadakan melalui pelayan MYRP iaitu pelayan tempatan yang dikhaskan untuk menerapkan identiti Malaysia dalam GTA V melalui pengubahsuaian khas.
Ads
Kata Azwan, mereka dalam proses menyesuaikan modifikasi ‘Hari Raya’ dan kini sedang membuat pemandangan kampung tradisional Malaysia.
Permainan video GTA V masih lagi ditawarkan secara percuma oleh Epic Games, bolehlah cuba berjinak dalam dunia permainan video ini.
So korang tak teringin ke nak join permainan online ni?
Sumber : Malay Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak tahulah remaja masa kini berminat atau tidak dalam politik.
Tapi nampaknya kemelut “sindir menyindir” yang berlaku di antara Tunku Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya semakin panas.
Panas bila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq bertanya kenapa bila satu dunia kenali Malaysia sebagai negara kleptorkasi, TMJ tidak suruh ‘tukar Najib’. Tetapi sekarang ini, suruh pula perdana menteri yang diberikan mandat oleh rakyat untuk ‘ditukar’.
OMG! Seram juga statement nie!
Syed Saddiq dilihat selalu memberikan pandangan apabila isu Perdana Menteri disentuh
Masa yang sama, tindakan TMJ itu turut mendapat respon dari Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Rais Yatim yang mengajak TMJ untuk masuk politik kalau benar-benar mahu bersuara mengenai politik.
“TMJ banyak cakap politik. Tolong rentikan sindir mahukan PM diganti. Itu hak rakyat biasa. Kalau mahu cakap politik sila daftar masuk parti politik,” katanya dalam kenyataan di Twitter.
Lagi panaskan statement nie! Adakah cabaran ini mahu disambut?
Semalam Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan ini mengajak TMJ untuk masuk politik jika ingin berkata sesuatu mengenai politik
Untuk pengetahuan, sejak dulu Raja-Raja berperanan sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri manakala DYMM SPB YDPA sebagai ketua negara. Masa yang sama menurut Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan, anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan fungsi yang berikut, iaitu:
(a) memilih Yang di-Pertuan Agong atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya, atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong
(b) memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan;
(c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja.
Bagi anak muda, untuk lebih mudah faham, amat jarang sekali Raja-Raja di negara ini terlibat dalam politik negara kerana berpaksikan perlembagaan persekutuan, Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem demokarasi, hanya parti politik yang dipilih oleh rakyat akan memerintah negara.
Ala, macam korang pilih Pakatan Harapan la sebab nak tumbangkan UMNO dahalu. Sebab itulah PH memerintah sekarang selama sepenggal (5 tahun sebelum pilihanraya diadakan semula).
Di sebalik kemelut politik yang hanya ahli politik saja faham sepak terajangnya, carian REMAJA mendapati hanya seorang anak raja sahaja iaitu puteri pertama almarhum Raja Bhumibol Adulyadej iaitu Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavasi iaitu kakak kepada kakak kepada Raja Thailand sekarang iaitu, Maha Vajiralongkorn yang memakai gelaran Rama X untuk cuba memasuki dunia politik khususnya bagi negara Asean.
Inilah Ubolratana kakak kepada Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn. Cubaannya mengumumkan bertanding jawatan Perdana Menteri Mac lalu bagaimanapun terhenti selepas adiknya menitahkan sesuatu. Kata baginda, institusi beraja tidak sesuai mengikut tradisi.
Beliau cuba bertanding bagi jawatan Perdana Menteri Thailand menentang Prayuth Chan-ocha dan mewakili sebuah parti Thai Raksa Chart iaitu serpihan Pheu Thai iaitu parti yang memperjuangkan agenda Thaksin Shinawatra, bekas PM Thailand dari 2001-2006.
Bagaimana pun niat itu terhenti selepas adiknya Raja Thailand Maha Vajiralongkorn menitahkan, penglibatan anggota keluarga di raja dalam politik tidak sesuai mengikut tradisi, kebiasaan, kebudayaan dan kerana tidak sesuai kerana arenanya menjadi sangat tidak pantas,” kata raja.
Erm, baru nak join politikkan. Adakah tahun 2019 semua orang bebas menyuarakan pandangan? Of course la kan tapi jangan sampai menghina satu sama lain.
Apa pun, penglibatan kerabat di raja dalam politik seperti Ku Li dan lain-lain nama adalah hal biasa dalam arena politik.
Namun untuk Raja-Raja atau Tengku Mahkotanya bertanding politik belum pernah terjadi dalam sejarah negara. Adakah kemelut hari ini akan ada satu perubahan di mana TMJ menyahut seruan tersebut?. Apa pun kita tunggu dan lihat.
TMJ dilihat mengeluarkan kenyataan agar PM ditukar dari menukar Mora jurulatih JDT selepas tewas dalam bola sepak. Reaksi ini mendapat pelbagai pendapat
Sebelum itu isu terdahulu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata hanya rakyat boleh memutuskan untuk menukar perdana menteri Malaysia.
Dr Mahathir membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan pemberita yang bertanya berhubung klip video yang tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan Tunku Ismail menyebut: “Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri.”
Mora yang dimaksudkan Tunku Ismail dalam video itu dipercayai adalah Benjamin Mora, iaitu jurulatih JDT.
Klip video itu dirakam ketika Tunku Ismail beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium di Larkin, Johor selepas pasukan bola sepak JDT tewas 1-0 kepada Shandong Luneng pada perlawanan Kejuaraan Liga AFC pada malam Rabu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun membangunkan sebuah aplikasi bagi membantu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam kalangan umat Islam kembali kepada fitrah diri.
Namun begitu, aplikasi tersebut dikatakan telah dikeluarkan oleh Google Play. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), perkara ini dimaklumkan kepadanya oleh agensi di bawah Hal Ehwal Agama dan ternyata ia adalah perkara yang sangat mendukacitakan.
Jelasnya, aplikasi itu bertujuan untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan yang mulia tetapi dinafikan pihak tertentu. Banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat berleluasa dengan megah di peranti yang semakin merosak jiwa umat Islam dan anak muda.
Beliau juga telah mengarahkan JAKIM berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan penjelasan dan tindakan lanjut. Umat Islam juga diminta untuk berdoa agar usaha kecil Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi utama iaitu JAKIM ini dipermudahkan oleh Allah.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya disebabkan oleh nafsu yang tidak tentu arah, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah disabitkan di bawah akta Kanak-Kanak dan Orang Muda di Singapura.
Remaja terbabit yang tidak didedahkan identitinya itu mengaku bersalah di atas dakwaan merakam video lelaki bertelanjang di kawasan tandas awam di Singapura dan menyebarkannya sebagai klip lucah.
Dia telah ditangkap semasa melakukan kesalahan tersebut pada Oktober 2019 ketika masih berusia 15 tahun.
Pada hari kejadian, seorang kanak-kanak lelaki dan ayahnya telah berkunjung ke tandas di Kompleks Sukan Sengkang untuk menukar pakaian selepas latihan berenang. Anaknya itu telah berjaya menangkap perbuatan remaja tertuduh dan ayah mangsa tersebut mendapatkan staf kompleks sukan terbabit untuk memanggil pihak polis.
Sengkang Sports Complex di Singapura. Sumber Foto : MyActiveSingapore
Selepas mereka tiba di tempat kejadian, siasatan mendapati remaja itu mempunyai sejumlah 58 klip lucah. Antara klip tersebut menunjukkan mereka lelaki tidak berbaju di bilik menyalin pakaian di Kompleks Sukan Sengkang.
Lapor The Straits Times, dia telah mengaku bersalah terhadap 10 dakwaan (bersamaan 10 klip lucah) yang dijatuhkan ke atasnya. Sementara itu, 48 lagi dakwaan lain sedang dipertimbangkan. Timbalan Pendakwa Raya memohon agar mahkamah menyiapkan laporan percubaan (probation) buat tertuduh memandangkan dia masih muda.
Bagaimanapun, remaja masih perlu menunggu tarikh 27 April untuk menanti keputusan.
Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan tentang perbuatan pelik demi memuaskan nafsu peribadi.
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.