Terbaru, pengaruh bintang terkenal, V BTS, terus melangkaui dunia muzik apabila peminatnya sekali lagi membuktikan sokongan mereka melalui inisiatif kebajikan yang bermakna. Apabila berjaya mengumpul dana sebanyak USD 20,000 (RM 81,160) bagi memasang bangku khas yang dinamakan sebagai ‘V Bench’ di Central Park, New York.
Difahamkan, inisiatif tersebut diadakan bersempena sambutan hari jadi V atau pemilik nama sebenar Kim Taehyung (30) yang bakal disambut pada 30 Disember ini. Hal ini turut mencatat sejarah peribadi buat penyanyi itu kerana merupakan sambutan hari jadinya yang pertama selepas tamat latihan khidmat tentera, sekaligus menjadikan projek ini lebih signifikan buat para peminat.
Dalam pada itu, projek kebajikan ini digerakkan oleh THV Girls & Boys Give iaitu sebuah organisasi amal yang diasaskan oleh peminat V di Amerika Syarikat dan kumpulan ini sememangnya dikenali aktif menyokong pelbagai inisiatif kebajikan sebagai tanda penghargaan terhadap nilai positif yang sering dibawa oleh pelantun lagu ‘Slow Dancing’ dan ‘Love Me Again’ itu.
Ads
Lebih menarik lagi, Central Park yang terletak di Manhattan merupakan antara mercu tanda paling ikonik di bandar New York dan menerima kira-kira 25 juta pengunjung setiap tahun. Bangku khas tersebut ditempatkan berhampiran tasik buatan berdekatan Davis Center, sebuah fasiliti baru yang siap dibangunkan pada Mei lalu, sekaligus menawarkan suasana yang tenang serta pemandangan indah kepada pengunjung.
“Di tengah-tengah kota New York, Central Park kini mempunyai sebuah bangku yang didedikasikan khas untuk Kim Tae Hyung. Ia merupakan sebuah ruang yang tenang di mana para peminat dan pengunjung dapat merasai kehadirannya yang kekal, saling berhubung serta mengimbau kembali kenangan yang dikongsi bersama,” tulisnya.
Ads
Di samping itu, pemasangan ‘V Bench’ ini dilaksanakan menerusi program Adopt-A-Bench yang diperkenalkan oleh Central Park. Program tersebut memberi peluang kepada individu, keluarga atau organisasi untuk menderma dan meletakkan plak peribadi pada bangku terpilih di taman berkenaan, dengan segala sumbangan diuruskan oleh Central Park Conservancy.
Ads
Plak yang diukir secara khas ini hanya akan dipasang pada bangku yang tersedia dan akan dipelihara secara kekal dalam kawasan Central Park. Menurut pihak Central Park Conservancy, penyertaan dalam program ini turut membantu penyelenggaraan lebih 10,000 buah bangku di taman tersebut.
Sementara itu, inisiatif ini sekali lagi mencerminkan bagaimana pengaruh seorang selebriti mampu menggerakkan peminat untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan legasi positif. Bagi peminat BTS khususnya ARMY, ‘V Bench’ bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi juga ruang refleksi yang menghubungkan seni, kenangan dan nilai kemanusiaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkembangan industri hiburan Korea yang melanda dunia sudah tidak dapat disangkal lagi, terutamanya sepanjang tahun 2020 ini. Dengan lagu Dynamite dari kumpulan popular BTS mendomnasi dan mengukir sejarah di carta muzik Billboard, Blackpink yang telah memenangi hati para peminat dan juga jenama-jenama terkemuka dunia; dan juga filem “Parasite” yang berjaya merangkul kemenangan terbesar disalah satu anugerah perfileman berprestij.
Kejayaan ini diteruskan dengan meraikan acara besar Mnet Asian Music Awards (MAMA) yang bakal kembali dengan lebih bertenaga tahun ini. Apa yang menariknya, anugerah berprestij ini akan dianjurkan secara maya, sekali gus mengeratkan lagi hubungan para peminat dan artis kesayangan mereka.
EXOMAMAMOO
Buat kali kelima berturut-turut, MAMA 2020 bakal disiarkan menerusi platform muzik Joox dengan terjemahan sari kata secara serentak yang dibawakan oleh teknologi AI. Ia untuk memastikan peminat tidak akan terlambat menonton momen-momen penting artis K-pop kegemaran mereka tanpa halangan bahasa.
MAMA 2020 akan disiarkan pada 6 Disember 2020 (Ahad) secara online buat julung kalinya. Antara selebriti yang dijangka membuat persembahan pada majlis itu adalah BTS, GOT7, IZ*ONE, MAMAMOO, MONSTA X, NCT dan ramai lagi.
BTSNCT
Wah, mesti gempak punya!
Jadi jangan lupa guys, save the date. Kita lihat siapa yang berjaya merangkul anugerah hasil undian peminat ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial popular, Cik B mencuri perhatian warganet apabila dilihat mencuba untuk menutup aurat dengan mengenakan hijab.
Anak perempuan kepada jutawan sensasi, Datuk Seri Vida itu memuat naik video di platform TikTok yang memaparkan dirinya sedang dipakaikan tudung berona hitam oleh seorang penata hijab.
“Macam ini ke? Tak tahulah bila akan terbuka hati nak berhijab. Lambat laun kena pakai juga kan,” katanya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet memuji dan memberi sokongan buat Cik B agar suatu hari nanti dia akan menutup aurat dengan sempurna.
“Ya Allah Cik B ke ini… sumpah ayunya… semoga dibukakan pintu hati untuk bertudung,” komen seorang pengguna.
“Cantik adik bertudung… semoga dipermudahkan urusan mu…” komen lagi seorang pengguna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kumpulan popular Pop Rock antarabangsa, Panic! At The Disco (PATD) mengumumkan mereka sudah tidak lagi bergerak sebagai sebuah kumpulan, selepas 20 tahun bersama.
Perkara tersebut dikongsikan oleh vokalis kumpulan itu, Brendon Urie, menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut vokalis yang popular dengan lagu I Write Sins Not Tragedies itu, kini adalah waktu yang tepat untuk mereka membawa haluan masing-masing selain dirinya juga mahu memberi tumpuan penuh terhadap keluarga tercintanya.
“Membesar di Vegas, saya tidak pernah bayangkan ke mana takdir hidup ini akan membawa saya. Begitu banyak tempat di seluruh dunia dan ramai kawan yang saya temui di sepanjang perjalanan itu.
“Tetapi adakalanya sebuah perjalanan harus dihentikan agar sebuah perialanan baharu dapat bermula. Kami sudah lama menyimpan perkard ini dan mungkin ada yang sudah mendengar bahawa saya dan isteri, Sarah, akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Saya ada tanggungjawab baharu dan perjalanan untuk membina keluarga ini sangat mengujakan buat saya. Saya kena letakkan fokus dan tenaga kepada keluarga sebab keutamaan itu pada mereka. Jadi dengan itu, secara rasminya, PATD tidak akan lagi ada,” katanya.
Di kesempatan itu juga, Brendon menitipkan penghargaan buat semua yang tidak pernah berhenti menyokong kumpulan itu, dari seawal penubuhannya hingga ke hari ini.
“Terima kasih kerana telah menyokong kami selama ini. Agak lama juga untuk saya menyusun ayat terbaik untuk memberitahu mengenai perkara ini. Sukar untuk saya kerana anda semua tahu betapa kumpulan ini juga amat bermakna untuk saya.
“Kami sangat berbesar hati dapat berkongsi pentas dengan ramai bakat-bakat hebat selama ini selain menghargai semua peminat,” ujarnya panjang.
Dalam pada itu, Brendon juga memaklumkan konsert jelajah United Kingdom (UK) dan Eropah yang dijadual berlangsung pada Februari dan Mac ini tetap akan dijalankan mengikut perancangan asal.
Sekadar informasi, PATD mula ditubuhkan oleh Brendon pada tahun 2004 bersama rakan baiknya, Urie, Ryan Ross, Spencer Smith dan Brent Wilson. Antara lagu hits Panic! At The Disco ialah House Of Memories, High Hopes, Nine in the Afternoon, Death of a Bachelor dan Me!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.