Petik saja nama Uyaina Arshad, tentu ramai terus terbayangkan karakter pelakon serta hos yang ceria telatahnya, punya buah fikiran yang bernas dan tentunya kecekapannya apabila melontarkan pendapat.
Uyaina terbaru, meluahkan rasa bosannya terhadap gelombang berita berkaitan dengan isu kecurangan dan kisah penyondol yang hangat diperkatakan dalam media sosial baru-baru ini. Rasa muak itu, katanya, timbul setiap kali dia melayari media sosial yang seringkali memaparkan berita-berita berkaitan dengan kontroversi rumah tangga artis tempatan.
Dalam satu rakaman TikTok, Uyaina menyatakan kebimbangannya terhadap arus berita yang sama yang terus-menerus mengisi ruang berita di platform itu.
“Saya sudah bosan dengan berita yang sama. Asyik-asyik cerita mengenai isu penyondol. Asyik-asyik berita pasal curang dan rumah tangga orang. Bila hendak habis ini? Berapa ratus episod?” katanya dengan nada kesal.
Ads
Sempat melontar pendapatnya, Uyaina memilih untuk menonton kandungan berkaitan agama daripada cerita kontroversi selebriti tempatan. Dia juga menasihatkan para pengikutnya untuk menyibukkan diri dengan aktiviti yang lebih bermanfaat.
“Pelik, buka Instagram, TikTok dan aplikasi X cerita yang sama. Tahun bila nak habis ini? Penatlah, baik buka kandungan mengaji al-Quran. Lebih bagus kan?” katanya.
Walaupun meluahkan rasa kesal dengan menggunakan bahasa ‘F’, Uyaina juga mencuri perhatian dengan kelancarannya dalam menggunakan bahasa tersebut. Teruja dengan kebolehannya menggunakan bahasa F dengan lancar, netizen tidak terkecuali dari memberikan pujian dan sokongan kepada selebriti itu.
Ads
@uyaina.arshadBo fo san fan ta fa hu fu tak fakkkkk 🥵 Bila nak habis niiiii 🫠
“Ingatkan Uyaina cakap dengan bahasa Turki atau Sepanyol, rupa-rupanya bahasa F. Seronok tengok dia lancar guna bahasa F. Ini bahasa rahsia zaman sekolah!” komen seorang pengikut.
Bahasa F, yang popular pada tahun 1990-an, sering digunakan untuk berbual tentang perkara yang enggan diketahui oleh pihak lain. Namun, dalam kes ini, ia digunakan sebagai alat untuk meluahkan rasa kesal yang dialami Uyaina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun sudah dilancarkan lebih kurang tiga bulan yang lalu, namun single Kill This Love nyanyian Blackpink masih lagi menjadi sebutan di seluruh masyarakat dunia.
Kalau korang masih ingat dengan kumpulan kanak-kanak dari Thailand yang dikenali sebagai Deksokrao, mereka pernah membuat cover lagu-lagu Blackpink sebelum ini. Memang real walaupun dengan bajet dan kemudahan yang ada disekeliling kampung saja.
Terbaru, mereka sekali lagi telah membuat cover muzik video Kill This Love yang baru tiga hari dimuat naik di YouTube sudah pun mendapat tontonan lebih daripada 2 juta viewers.
Cayalah dik!
Rata-rata netizen memuji kebolehan videographer dan video editor yang turut bekerjasama dalam menghasilkan video cover tersebut.
Ditambah pula dengan aksi si cilik yang menghiburkan, siapa saja yang menonton video cover mereka pasti kagum dan ternganga melihat bakat anak muda Thailand ini. hehe!
Apa-apa pun syabas kami ucapkan kepada effort yang ditunjukkan oleh Deksokrao dan team mereka. Kecil-kecil lagi dah berbakat. Thumbs up!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat korang yang gemar untuk ke Indonesia, terutamanya ke ibu kota Jakarta setiap tahun, ada berita exciting untuk korang!
Kereta api kelas bisnes Jakarta – Bandung telah dibuka bermula kelmarin. Pembukaan tersebut diumumkan oleh PT KA Pariwisata dan pastinya, percutian korang kali ini dengan menggunakan kereta api akan terasa lain.
Selalunya untuk ke Bandung atau Jakarta, kita akan naik bus ataupun teksi persendirian saja kerana semua serba tahu, perkhidmatan kereta api di Indonesia kadangkala tidak begitu sesuai dengan expectation pelancong asing.
Perjalanan ini ditawarkan sekerap 4 kali sehari. Dari Bandung, kereta api akan bertolak pada pukul 5 pagi dan 2.45 petang menuju Jakarta. Dari Gambir Jakarta pula, ia akan bertolak pada pukul 8.45 pagi dan 6.45 petang.
Dengan harga tiket Rp200,000 seorang iaitu sekitar RM56.80, penumpang akan berkongsi gerabak dengan hanya 27 penumpang lain, mendapat kemudahan Video On Demand, WiFi dan minuman kopi percuma.
Menurut penumpang yang telah mencubanya semalam, merekaberkata bilik air kereta api ini juga sama standard-nya seperti di hotel.
Okaylah tu kan!
28 orang penumpang saja dalam satu gerabak.
Buat masa ini, pihak PT KA Pariwisata akan menawarkannya dari 9 Mac sehingga 31 Mac ini. Jadi ini hanyalah tempoh percubaan, namun jika sambutannya menggalakkan, mereka akan menawarkannya secara tetap.
Perkhidmatan kereta api kelas bisnes seperti ini bukanlah perkara baru di Indonesia. Perlahan-lahan, PT KA Pariwisata telah membuka laluan baru seperti di Yogyakarta, Solo dan Surabaya untuk tujuan melancong.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mahu mendiskriminasikan, tetapi jika bercakap soal penjagaan kereta, ramai lelaki yang memandang rendah terhadap kemampuan wanita.
Bukan semua, tapi rata-rata daripada mereka menganggap bahawa wanita hanya pandai memandu tetapi tidak dalam soal penjagaan dalaman kereta. Jadi, untuk tidak lagi dilabel sebagai typical ‘lady driver’, Remaja nak kongsikan panduan yang diberikan oleh Azbi Centre sebagai info buat perempuan tentang perkara-perkara yang patut mereka ambil tahu tentang hal yang berkaitan dengan kereta.
1. Ketahui model, tarikh keluaran dan pembuatan
Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila korang tidak tahu tentang tahun keluaran model keret, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut.
2. Kenali bahagian asas kereta dan fungsinya
Terdapat beberapa bahagian asas kereta yang memang korang wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor, korang dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.
3. Tayar, tayar dan tayar
Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta korang ke mana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membahayakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalan raya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta.
4. Sediakan jadual servis kereta
Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi korang kena sentiasa berwaspada kilometer kereta, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian korang nanti.
5. Belajar cara ‘jump’ bateri kereta
Sentiasa pastikan kabel jumper berada di dalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Matikan enjin kereta. Letakkan pengepit berwarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup.
Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berbahaya. Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang mati.
6. Simpan nombor telefon mekanik
Siapa tahu mungkin berlaku kecemasan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik di tempat yang sentiasa menghantar kereta. Cuma pasti kan korang sudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidak lah akward untuk minta tolong.
Okay sis, kalau tak boleh nak repair kereta atleast korang kena tahu 6 perkara asas ni ya. Barulah tak dilabel sebagai bimbo. Buktikan perempuan cantik pun tahu pasal kereta. Hiks!