Buat korang yang gemar untuk ke Indonesia, terutamanya ke ibu kota Jakarta setiap tahun, ada berita exciting untuk korang!
Kereta api kelas bisnes Jakarta – Bandung telah dibuka bermula kelmarin. Pembukaan tersebut diumumkan oleh PT KA Pariwisata dan pastinya, percutian korang kali ini dengan menggunakan kereta api akan terasa lain.
Selalunya untuk ke Bandung atau Jakarta, kita akan naik bus ataupun teksi persendirian saja kerana semua serba tahu, perkhidmatan kereta api di Indonesia kadangkala tidak begitu sesuai dengan expectation pelancong asing.
Ads
Perjalanan ini ditawarkan sekerap 4 kali sehari. Dari Bandung, kereta api akan bertolak pada pukul 5 pagi dan 2.45 petang menuju Jakarta. Dari Gambir Jakarta pula, ia akan bertolak pada pukul 8.45 pagi dan 6.45 petang.
Dengan harga tiket Rp200,000 seorang iaitu sekitar RM56.80, penumpang akan berkongsi gerabak dengan hanya 27 penumpang lain, mendapat kemudahan Video On Demand, WiFi dan minuman kopi percuma.
Ads
Menurut penumpang yang telah mencubanya semalam, merekaberkata bilik air kereta api ini juga sama standard-nya seperti di hotel.
Ads
Okaylah tu kan!
Buat masa ini, pihak PT KA Pariwisata akan menawarkannya dari 9 Mac sehingga 31 Mac ini. Jadi ini hanyalah tempoh percubaan, namun jika sambutannya menggalakkan, mereka akan menawarkannya secara tetap.
Perkhidmatan kereta api kelas bisnes seperti ini bukanlah perkara baru di Indonesia. Perlahan-lahan, PT KA Pariwisata telah membuka laluan baru seperti di Yogyakarta, Solo dan Surabaya untuk tujuan melancong.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika dilihat di pawagam kini, filem-filem bergenre seram boleh diibaratkan sebagai ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ apabila para pembikin filem seolah-olah berlumba-lumba menghasilkan naskhah seram untuk disajikan di pagawam mahupun aplikasi penstriman seperti Netflix dan sebagainya.
Siapa di antara anda yang gemar menonton cerita seram? Ini antara kesan apabila menonton terlalu banyak filem seram, thriller dan gore kepada kesihatan anda. Remaja menegaskan bahawa tidak salah menonton filem genre ini tetapi biarlah berpada, jangan sampai terlalu obses!
Jejas Kualiti Tidur
Meskipun adrenalin menyumbang kepada pengalaman keseluruhan filem, jika dirembeskan dalam kadar yang tinggi yang tinggi ia boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.
Pengarah Media Psychology Research Center, Dr. Pamela Rutledge berkata euphoria atau keseronokan yang dirasakan selepas menonton filem seram menyebabkan emosi dan tenaga badan menjadi lebih aktif, bukan menenangkan.
Justeru itu, meskipun mereka menikmati naik turun emosi dan saspens, ia akan menyebabkan kesukaran untuk tidur. Mendapatkan tidur malam yang nyenyak dan mencukupi adalah sangat penting untuk kesihatan mental dan fizikal.
Beri Gangguan Emosi Dan Mental
Kekurangan tidur pula akan menyebabkan kesihatan mental lebih teruk kerana ia akan menjejaskan cara otak memproses emosi pada hari berikutnya dan boleh meningkatkan emosi negatif.
Kajian juga membuktikan bahawa jika tidak tidur atau mengalami kesukaran untuk tidur selama tiga malam atau lebih berturut-turut boleh mengakibatkan kesukaran untuk membezakan realiti dan ilusi, khayal serta halusinasi.
Bagi individu yang lebih sensitif, mereka cenderung mencampur-adukkan imej atau babak dalam filem ke dalam mimpi. Ini bermakna seram pada skrin boleh mencetuskan mimpi ngeri, yang terbukti boleh mengganggu tempoh tidur nyenyak dan menyebabkan tidur terganggu atau tidak berkualiti.
Jika filem seram membuat anda terjaga pada waktu malam, mungkin berbaloi untuk mempertimbangkan semula pilihan tontonan anda.
Impak Kepada Fisiologi Manusia
Filem seram mengandungi helah psikologi yang mencipta ilusi ketegangan dan bahaya melalui pemanipulasian imej, bunyi dan cerita. Walaupun otak anda sedar bahawa ancaman itu bukan kenyataan, badan anda pada masa yang sama menterjemah keadaan itu seolah-olah ia benar berlaku.
Seorang pakar psikologi, Sally Winston menerangkan bahawa ketika menonton filem seram, jantung anda berdegup kencang, peningkatan adrenalin dan paras perhatian semakin menjadi semakin rendah, meskipun mempunyai kesedaran bahawa anda berada di rumah atau teater dan tidak diancam dalam dunia realiti.
Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Disebabkan filem seram dihasilkan untuk menimbulkan ketegangan, ketakutan, tekanan dan kejutan, ia juga boleh menyebabkan pembebasan hormon seperti norepinephrine, kortisol dan adrenalin daripada sistem saraf autonomi.
Anda mungkin dapat melihat tindak balas fisiologi daripada hormon ini melalui pembeliakan anak mata, peningkatan kadar denyutan jantung dan ketegangan otot.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat kali pertama sejak kelahiran puteri sulung Ayda Jebat dan Nabil Mahir pada 21 September lalu, pasangan selebriti itu telah berkongsi wajah bayi mereka menerusi Instagram.
Bayi seberat 2.77 kilogram semasa dilahirkan di sebuah pusat perubatan dekat Kuala Lumpur kelihatan cukup comel dengan sepasang mata berwarna seakan-akan kelabu cair. Sambil memuat naik foto tersebut, Ayda dan Nabil turut berkongsi nama yang diberikannya untuknya.
Bukan saja Ayda dan Nabil memuat naik foto Ana Nayla di akaun media sosial masing-masing, mereka juga telah mencipta akaun Instagram khas untuk Ana Nayla. Untungnya menjadi bayi popular bualan orang ramai, akaun tersebut telahpun mencecah 53.4 ribu pengikut (setakat artikel ini dikarang) biarpun usia Nayla baru mencecah seminggu.
Catat ‘Ana Nayla’, “Assalamualaikum uncle aunty. Ana Nayla sayang semua. Doakan Ana Nayla selalu ya!”
Di akaun Ayda pula, kapsyennya berbunyi, “Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya.”
Sebelum ini, Ayda dan Nabil sering menggelar puteri sulung mereka ini sebagai Baby Wuff. Proses pembedahan caesarean terpaksa dilakukan setelah bayi tersebut dilahirkan seminggu lebih awal berbanding jadual sebenar.
Penyanyi berasal dari Indonesia, Inka Christie, yang tersingkir pada minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), mengakui bahawa dia tidak pernah berpuas hati dengan setiap persembahan yang telah diberikan di atas pentas.
Dalam temubual selepas konsert, Inka memaklumkan lagu yang dibawakan pada malam semalam merupakan cabaran besar bagi dirinya.
“Sejujurnya saya tidak pernah berpuas hati dengan persembahan yang telah saya berikan. Setiap kali di atas pentas dan saya rakam, saya mempelajari di mana kesalahan yang saya lalukan.
“Untuk lagu yang saya bawa malam ini, sejujurnya tidak mudah kerana genre berbeza dengan genre lagu saya. Tapi ini adalah cabaran untuk saya keluar daripada genre rock dan balada yang saya selalu bawa,” katanya kepada Remaja.
Walaupun keputusan akhir terserah kepada juri, pelantun lagu popular Rela itu menerima penyingkiran berkenaan dengan hati terbuka.
Ketika ditanya mengenai peserta lain dalam GV11, Inka mengungkapkan ucapan teristimewa buat rakan-rakan seperjuangannya yang masih ‘bertarung’ di pentas gah tersebut.
“Untuk semua peserta lain yang masih ada di Gegar Vaganza ini, jangan lupakan saya dan saya tidak akan lupakan anda semua.
Semoga baik-baik sahaja. Sepanjang di sini, saya banyak belajar juga daripada mereka,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Inka Christie turut mendedahkan bahawa dia telah selesai merakamkan single terbaru yang dijangka akan dilancarkan selepas perayaan Aidilfitri tahun hadapan.
“Saya dah selesai hasilkan single terbaharu saya. Muzik video juga dah selesai tapi menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Kemungkinan tahun hadapan selepas perayaan Aidilfitri,” kongsinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa mengumumkan bahawa dia akan kembali aktif dalam dunia lakonan setelah selesai menjalani tempoh berpantang dan pulih sepenuhnya selepas melahirkan...