Bukan mahu mendiskriminasikan, tetapi jika bercakap soal penjagaan kereta, ramai lelaki yang memandang rendah terhadap kemampuan wanita.

Bukan semua, tapi rata-rata daripada mereka menganggap bahawa wanita hanya pandai memandu tetapi tidak dalam soal penjagaan dalaman kereta. Jadi, untuk tidak lagi dilabel sebagai typical ‘lady driver’, Remaja nak kongsikan panduan yang diberikan oleh Azbi Centre sebagai info buat perempuan tentang perkara-perkara yang patut mereka ambil tahu tentang hal yang berkaitan dengan kereta.

1. Ketahui model, tarikh keluaran dan pembuatan

Ini 6 Info Penting Tentang Kereta Yang Perempuan Wajib Tahu

Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila korang tidak tahu tentang tahun keluaran model keret, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut.

2. Kenali bahagian asas kereta dan fungsinya

Ini 6 Info Penting Tentang Kereta Yang Perempuan Wajib Tahu

Terdapat beberapa bahagian asas kereta yang memang korang wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor, korang dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.

IKLAN

3. Tayar, tayar dan tayar

Ini 6 Info Penting Tentang Kereta Yang Perempuan Wajib Tahu

Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta korang ke mana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membahayakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalan raya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta.

4. Sediakan jadual servis kereta

Ini 6 Info Penting Tentang Kereta Yang Perempuan Wajib Tahu

IKLAN

Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi korang kena sentiasa berwaspada kilometer kereta, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian korang nanti.

5. Belajar cara ‘jump’ bateri kereta

Ini 6 Info Penting Tentang Kereta Yang Perempuan Wajib Tahu

Sentiasa pastikan kabel jumper berada di dalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Matikan enjin kereta. Letakkan pengepit berwarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup.

IKLAN

Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berbahaya. Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang mati.

6. Simpan nombor telefon mekanik

Ini 6 Info Penting Tentang Kereta Yang Perempuan Wajib Tahu

Siapa tahu mungkin berlaku kecemasan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik di tempat yang sentiasa menghantar kereta. Cuma pasti kan korang sudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidak lah akward untuk minta tolong.

Okay sis, kalau tak boleh nak repair kereta atleast korang kena tahu 6 perkara asas ni ya. Barulah tak dilabel sebagai bimbo. Buktikan perempuan cantik pun tahu pasal kereta. Hiks!

Sumber: Azbi Centre

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI