Di saat lepasan SPM sudah menarik nafas lega setelah memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada minggu lalu, kelompok calon Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pula sedang ‘bergelut’ dengan beberapa kertas serta sesi ujian yang kini sedang dilangsungkan.
Meski ia bukanlah sebuah ujian utama di Malaysia, bagaimanapun kita tidak dapat menidakkan peluang serta ruang yang lebih cerah akan diperolehi oleh pelajar yang menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu bercita-cita untuk melebarkan sayap ke luar negara dan ingin berkhidmat di syarikat berpangkalan luar negara, Bahasa Inggeris adalah kunci kepada kemampuan seseorang untuk menggapai impian itu.
Anyway, berbalik kepada ujian MUET tadi, tentunya calon ujian inginkan skor band 6 bagi melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Bagaimanapun, usahlah letakkan tekanan ke atas diri sendiri sebelum menduduki ujian. Letakkan harapan untuk mendapat skor tertinggi itu, namun ketahui jugalah skor minimum yang diperlukan untuk diserap masuk ke jurusan impian dalam fakulti korang.
Menerusi sesi langsung di Instagram baru-baru ini, pelakon dan hos Uyaina Arshad berkongsi serba-sedikit mengenai pengalamannya sewaktu menuntut dalam jurusan perundangan di Universiti Malaya (UM) dahulu.
Ads
“Di UM bagi pelajar undang-undang, kami perlu sekurang-kurangnya memperolehi skor band 4 bagi MUET sebelum layak untuk meneruskan pengajian dalam Sarjana Muda Perundangan.
“Alhamdulillah, Uyaina capai band 5 untuk MUET. Lain universiti lain aras kelayakannya. Jurusan berlainan pun memerlukan aras kelayakan berbeza. Jadi korang perlu ambil tahu dahulu perkara itu walaupun semua inginkan skor band tertinggi,” ulasnya sewaktu ditanya oleh pengikutnya di Instagram.
Tambah Uyaina lagi, proses persediaan sebelum menduduki MUET dilakukannya sama seperti pelajar lain. Namun, ada satu tip yang baginya boleh membantu calon.
Ads
“Banyakkan bercakap, mendengar dan menulis dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh, mulakan tabiat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris lebih awal lagi supaya korang sudah terbiasa.
“Khususnya bagi ujian mendengar, tingkatkan practice korang untuk mendengar kepada percakapan individu berlainan bangsa. Kadangkala mereka tetapkan slanga orang asing tapi kadangkala, mereka juga boleh menggunakan dialog rakyat tempatan berlainan bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Jadi, biasakanlah dengan dialek local speakers. Familiarize dengan cara percakapan individu berbeza,” nasihatnya.
Kepada calon-calon ujian MUET yang masih belum tamat menduduki kertas atau sesi ujian masing-masing, REMAJA ucapkan all the best dan hadapilah ia dengan tenang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang rakyat Malaysia berkongsi dirinya menerima bayaran dengan harga yang tinggi ketika menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat di Hong Kong.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Malaysianpaygap, dia yang berbangsa Cina itu merupakan pelatih aktuari dari Malaysia yang kini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat besar di sana dengan bayaran HKD 12,000 iaitu hampir RM7,000.
Dia memulakan langkahnya ke sana selepas berjaya mencatat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah ditawarkan peluang yang lebih baik oleh kerajaan Hong Kong.
Namun di sebalik gaji yang tinggi, dia berkongsi juga bukan mudah untuk bekerja di Hong Kong kerana budaya kerja di sana sangat pantas.
Selain itu, dia yang kini berusia 22 tahun itu turut menekankan kepentingan bahasa Mandarin, kerana banyak organisasi atau syarikat di sana mengharapkan kakitangan mereka berbahasa Mandarin dengan baik, walaupun tinggal di negara berbahasa Kantonis.
Pelajar itu menyarankan juga agar pelatih dan graduan baharu untuk belajar bersungguh-sungguh dan bekerja di luar negara untuk meluaskan pengalaman mereka.
Selain mengesyorkan sukatan pelajaran Malaysia perlu dikemas kini seperti di Hong Kong seperti memberi lebih perhatian kepada subjek sains seperti statistik dan kalkulus.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika sebelum ini kami pernah menyiarkan tentang aiskrim coklat ‘kayangan’ Ferrero Rocher yang dijual di beberapa negara Eropah, kini rakyat Malaysia sudah boleh mendapatkannya di sini.
Pembelian boleh dibuat melalui peniaga tempatan di aplikasi Shopee tapi nampaknya hanya perisa Classic dan Dark Chocolate sahaja yang dijual. Kalau di luar negara, ais krim coklat hazelnut dari Itali ini dihasilkan dengan tiga perisa, termasuk White Chocolate.
Tapi, tidak mengapalah sekurang-kurangnya kita masih boleh merasa kenikmatan aiskrim coklat ‘kayangan’ ni kan? Hiks!
Menurut penjual di Shopee, aiskrim ini hanya terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Mungkin juga kerana seller berada di Lembah Klang dan sukar untuk membuat penghantaran ke negeri-negeri lain.
Harga yang ditawarkan adalah sekitar RM13.90 hingga RM49.90. Ha, lepas ni tak perlulah korang nak craving lagi kan. Semuanya kini boleh didapati di negara kita tapi dengan kuantiti terhad. Tinjauan kami mendapati bahawa aiskrim ini telah pun habis dijual. Tapi penjual masih membuka pre-order yang dijudualkan akan dapat pada Ogos ini.
Subhanaallah! Bumi berdepan situasi getir apabila agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) secara rasmi mendedahkan bahawa satu asteroid terbesar yang disenaraikan merbahaya akan melintasi Bumi.
Sumber Gambar : Sky Earth
Menurut NASA, asteroid yang dinamakan 2001 FO32 itu bergerak mengorbit Matahari sepenuhnya setiap 810 hari. Pada jarak terdekatnya, ia akan berada pada jarak 0.3 unit astronomi (AU) dari Matahari, sementara jaraknya 3.11 AU dari Matahari.
Bagi Bumi, asteroid FO32 2001 hanya berjarak sekitar 2 juta km pada 21 Mac 2020.
Adakah ia berpotensi berlanggar dengan Bumi?
Menurut laporan Earth Sky. Walaupun dari segi jarak, ia tidak kelihatan bahaya, namun ia tetap termasuk dalam kategori asteroid yang berpotensi berbahaya. Bukan hanya dikira sebagai asteroid terbesar, tetapi juga ia diklasifikasikan sebagai asteroid terpantas di sekitar planet kita pada tahun 2021.
Dikhabarkan setelah melalui Bumi pada bulan Mac 2021, asteroid ini bakal menghampiri planet kita pada 31 tahun akan datang, iaitu pada 22 Mac 2052. Namun, jarak terdekat antara asteroid ini dan Bumi hanya akan berlaku setelah 200 tahun akan datang.
Apa pun, segalanya datang dari Allah dan manusia hanya pengantara untuk membuat kajian demi kajian.