Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel tentang situasi Zoo Negara yang semakin mendesak kerana kekurangan dana bagi menguruskan haiwan di sana. Sepanjang PKP, Zoo Negara tidak dibenarkan beroperasi dan ini bermakna tiada sebarang jualan tiket yang dapat dikumpul daripada pengunjung.
Lebih menyedihkan, negara kita sekali lagi diarahkan perlu menjalani PKP sehingga Jun nanti dan ini sedikit sebanyak melumpuhkan lagi keadaan di Zoo Negara.
Walau bagaimanapun, Hero Malaysia, Ustaz Ebit Lew sekali lagi turun padang untuk membantu haiwan-haiwan di Zoo Negara dengan membawa 200 kg daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai serta betik.
Usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit ini mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana senantiasa memberikan bantuan tidak kira kepada manusia mahu pun haiwan.
Ads
Ads
Korang juga boleh membantu dengan menyokong kempen haiwan angkat yang telah dianjurkan oleh pihak Zoo Negara.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang kita nak buat dengan 14 tiara dan 1,600 brooch?
Penulis pun keliru memikirkannya, namun itulah antara barangan mewah yang diberkas oleh pihak polis sepanjang siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak bulan lalu.
Rampasan barang mewah yang bernilai sehingga RM1.1 billion itu turut melibatkan barang kemas bernilai RM880 juta, termasuklah tiara dan brooch tersebut.
Dalam sidang media hari ini bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, pihak polis ingin memberi kenyataan rasmi mengenai barang rampasan yang terbabit.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Rampasan telah dilakukan di Putrajaya dan 4 lokasi di Kuala Lumpur (iaitu di 3 buah apartmen Pavilion Residence Bukit Bintang dan di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, Taman Duta.)
Polis berkata, seramai 150 anggota polis memerlukan tempoh dari 21 Mei hingga 25 Jun untuk mengira dan menyiasat barangan yang diambil. Hampir sebulan diambil kerana jumlah barang yang terlampau banyak, iaitu sebanyak 72 beg dan 284 buah kotak.
Ini adalah statistik barang yang dikenal pasti dalam rampasan ini, jangan terkejut tau!
25 daripada 72 beg mengandungi 12,000 barang kemas.
2,200 cincin, 2,800 anting-anting, 1,600 brooch dan 14 tiara.
Barang kemas paling berharga adalah rantai emas putih dan berlian bernilai RM6.4 juta.
567 beg tangan daripada 37 jenama mewah seperti Hermes, Prada dan Chanel, kira-kira bernilai RM51.3 juta.
Sebelum bersurai, pihak polis berkata mereka seterusnya akan mendapatkan kenyataan daripada Datuk Seri Najib dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
P.S: Kami masih terfikir, siapa nak pakai tiara-tiara tu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemberian vaksin secara ‘walk in’ buat penduduk di sekitar Lembah Klang telah pun berkuatkuasa semalam dan terdapat 10 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah ditetapkan.
Menerusi satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Twiter, @taylorxx99x telah pun memuat naik ciapan mengatakan sesiapa yang masih belum mendapatkan temu janji vaksin di MySejahtera, boleh terus datang untuk walk ini di Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya.
Sesiapa yang tak dapat date vaccine lagi kat MySejahtera , boleh WALK IN kat Tropicana Garden Mall, PJ . hari ni kami expect more than 4k people yg datang untuk walk in but sikit sangat yang dtg . Please spread this out so that semua org boleh dapat vaccine cepat 💉🇲🇾 pic.twitter.com/sTuBMzCE5S
Menurutnya, mereka menjangkakan lebih 4,000 individu yang belum divaksin akan datang untuk walk in tetapi malangnya hanya sedikit sahaja yang mengunjungi PPV itu.
Korang yang belum mendapatkan vaksin dos pertama bolehlah terus ke Tropicana Garden Mall, PJ dan sebelum itu pastikan korang download aplikasi SELANGKAH.
Program Vaksinasi Covid-19 kerajaan negeri Selangor kini dibuka secara pra-pendaftaran “Walk-In” bagi mempercepatkan sasaran pencapaian imuniti kelompok.✨
Jelas @taylorxx99x lagi, ia terbuka kepada individu yang masih belum mendapatkan temu janji vaksin dan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Difahamkan, PPV ini dibuka sehingga jam 5 petang nanti. Bagi yang berdekatan dengan pusat membeli-belah itu, masih ada masa untuk korang ke sana.
Kebelakangan ini kita sering dengar berita tentang individu yang cuba ‘mengambil’ nyawa sendiri dengan percubaan terjun dari tempat yang tinggi.
Semalam sahaja, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor berjaya menyelamatkan seorang wanita yang cuba terjun daripada tingkat 32 sebuah kondominium di Sungai Buluh, Selangor.
Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.52 malam dan seramai 19 anggota dengan satu jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan lokasi.
“Sewaktu tiba di tempat kejadian didapati seorang wanita berada di tepi bangunan di tingkat 32 kondominium berkenaan dipercayai cuba bunuh diri. Bagaimanapun, tindakan pantas bomba berjaya memujuk dan selamatkan mangsa.
Penulis faham, dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk elak kes Covid-19 semakin menular mengubah 360 darjah corak kehidupan majoriti masyarakat apabila ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan sekali gus menjadi punca kepada peningkatan penyakit jiwa atau mental.
Korang harus ingat bahawa penyakit ini masih boleh diubati dan sebenarnya dah ramai individu yang pulih daripada masalah ini setelah menjalani rawatan.
Depresi bukan gila. Ia hanyalah satu penyakit mental yang boleh dirawat. Jangan malu untuk berjumpa pakar, sebaliknya terlebih dahulu cuba korang check simptom-simptom yang mungkin dialami sekiranya mempunyai masalah depresi.
1. Rasa kosong
Sedih tidak, happy pun tidak. Perasaan takut mati pun tiada. Hidup tak ubah seperti mayat.
2. Susah untuk senyum
Pura-pura senyum tu boleh, tapi bukan senyum yang datang dari hati.
3. Mudah marah
Silap sikit saja boleh mengamuk. Kadang hal yang remeh pun boleh membuatkan korang marah.
4. Cepat letih
Buat kerja tak banyak mana pun, tapi letih tu macam baru balik dari panjat bukit. Letih otak, letih badan. Simptom ini jugalah yang membuatkan pesakit boleh dimasukkan ke dalam wad. Tak demam, tidak buat apa-apa aktiviti berat tapi badan tak bermaya.
5. Rambut gugur
Bangun tidur, 10 helai rambut atas bantal. Tepi katil pun banyak. Bukan gugur dua, tiga helai tetapi boleh dikatakan selak sikit rambut ada saja yang dapat di tangan.
6. Lenguh badan
Setiap minggu kalau boleh nak pergi berurut. Sakit leher, sengal pinggang dan migrain pun ada.
7. Malas bangun tidur
Ini paling ketara. Kalau boleh nak baring saja atas katil. Tak nak buat kerja atau apa-apa aktiviti langsung.
8. Tidak rasa segar walaupun selepas mandi
Letih yang sama, panas yang sama, ketidakselesaan yang sama. Walaupun sudah pergi memanjakan diri di spa, tapi masih tidak rasa seronok.
9. Tidur yang tidak puas
Nak tidur bukan main susah. Dah tukar bantal khas untuk imsomnia, tukar tilam khas untuk tulang belakang dan try minum green tea sekali pun tetap tidak berkesan. Tapi kalau tidur lama pun, tak rasa macam tidur.
10. Ingin bersendiri
Tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa pun. Tutup Facebook, tutup Instagram, tutup phone, tutup pintu.. Berdiam dalam bilik. Rasa nak lari dari rumah, rasa nak mati.
11. Suka berbual dengan diri sendiri (dalam kepala)
Lebih suka bersendiri dan bermonolog. Macam-macam discussion ada dalam kepala. Seronok layan kepala sendiri, tak nak berbual dengan manusia.
Ha, ada yang mengalami simptom-simptom seperti ini tak? Nah, kalau ada pun korang tetap kena pergi berjumpa dengan doktor dulu untuk mengesahkannya. Tapi penulis tak setuju kalau korang jadikan tekanan hidup ini sebagai alasan untuk korang ‘mengambil’ nyawa sendiri.
Sumber: Harian Metro, Zeeda Aziz via FB Depresi Bukan Gila
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.