Semoga Allah terus memurahkan rezeki Ustaz Ebit Lew.
Menerusi fbnya sebentar tadi, Ustaaz Ebit Lew berkongsi food bank yang boleh diambil siapa saja tanpa mengira agama atau bangsa.
Malah katanya, ia juga niat utamanya ketika membuka Elewsmart yang kini sudah bercambah kepada beberapa cawangan.
Menariknya, setiap hari Food Bank ini akan menyediakan beberapa barangan asas yang boleh diambil siapa sahaja yang kurang berkemampuan. Malah bagi mereka yang berkemampuan dan ingin berkongsi rezeki, boleh juga menyumbang ke food bank ini.
Ads
Baca catatannya.
Doakan ya. FoodBank di semua cawangan
Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.
Ads
Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free je. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini.
Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.
Terkini, England pula akan mengikut langkah Sweden, mengikut laporan semua sekatan Covid-19 akan dimansuhkan mulai hari ini. Ia termasuk keperluan kuarantin kendiri bagi pesakit Covid-19.
Hidup Bersama Virus Maut
Menerusi temu bual bersama BBC, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memaklumkan, penarikan semua sekatan Covid-19 ini bakal menjadi kayu pengukur untuk melihat sama ada rakyat England boleh hidup dengan virus maut itu atau sebaliknya.
“Covid-19 tetap ada dan menjadi satu daripada jangkitan paling berbahaya di dunia, namun kita juga sudah sampai ke satu tahap yang menyaksikan kita boleh menyeimbangkan jangkitan dengan kehidupan harian.
“Selepas ini, bergantung kepada anda semua bagaimana untuk menjalani kehidupan dengan Covid-19 dan anda juga menentukan bagaimana untuk mengelak atau menghindari jangkitan,” katanya.
Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memantau penularan berdasarkan data dan capaian sebelum ini, sama seperti menguruskan penyakit kritikal yang lain. Ujian calitan Covid-19 dan kit air liur juga tidak lagi diberikan secara percuma, termasuk bayaran 500 pound (RM2,850) kepada kumpulan pekerja berpendapatan rendah yang perlu menjalani kuarantin.
Antara sekatan dan bantuan yang dimansuhkan:
Individu positif Covid tak tertakluk dalam undang-undang untuk mengasingkan diri atau kuarantin.
Tapi mereka tetap dinasihatkan untuk duduk di rumah dan asingkan diri dari orang sekurang-kurangnya lima hari.
Rutin pengesanan kontak rapat akan ditamatkan, jadi bagi individu kontak rapat yang lengkap vaksinasi dan individu bawah 18 tahun tak diperlukan untuk membuat ujian saringan setiap hari selama tujuh hari
Bantuan £500 untuk individu berpendapatan rendah ketika tempoh kuarantin kerana positif tidak akan diberikan lagi.
Peruntukan cuti sakit untuk Covid akan diteruskan untuk sebulan lagi
Alamak, bantuan untuk rakyat juga dimansuhkan ke?huhu….
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh di media sosial tentang isu bedak talkum yang menjadi punca kanser ovari kepada seorang wanita di Los Angeles baru-baru ini.
Rasanya, bukan pertama kali isu bedak talkum Johnson & Johnson dipersalahkan kerana produknya menyebabkan kanser kepada pengguna, malah ada juga yang menyarankan supaya jenama produk ini diboikot.
Persoalannya, adakah memang benar bedak talkum ini yang menjadi punca kanser ovari?
Jom kita dapatkan ulasan daripada golongan yang lebih arif dalam membincangkan isu viral ini.
Apa itu bedak talkum?
Bedak talkum diperbuat dari talc yang mengandungi bahan galian seperti magnesium, silikon dan oksigen. Talc mempunyai sifat menyerap air yang sangat berkesan dan dapat mengurangkan geseran.
Talc di dalam bentuk asalnya mengandungi asbestos. Ada juga yang berpendapat asbestos adalah bahan sampingan yang diperoleh semasa talc diambil daripada lombongnya.
Asbestos dikaitkan dengan beberapa jenis kanser seperti kanser paru-paru dan kanser pundi kencing.
International Agency in Research of Cancer (IARC) telah mengkategorikan talc yang mengandungi asbestos sebagai mungkin karsinogenik, iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser kepada manusia (possibly carcinogenic to humans) jika digunakan pada kemaluan wanita.
Namun, kini talc yang ada dalam bedak talkum Johnson & Johnson sudah TIDAK mengandungi asbestos. Asbestos hanya dikesan di dalam talc sebelum tahun 1973. IARC telah mengklasifikasikan talc tanpa asbestos sebagai BUKAN karsinogenik.
Sebelum tahun 1973, talc di dalam bedah talkum memang mengandungi asbestos dan pada masa tersebut bedak digunakan di bahagian kemaluan untuk tujuan mengurangkan kesan geseran dan juga bau. Ianya digunakan ke atas bayi dan juga oleh orang dewasa.
Penyelidik telah mendapati ada kemungkinan wujudnya kaitan di antara penggunaan bedak talkum sebelum tahun 1970 an dengan kanser ovari. Ini dikaitkan dengan kandungan asbestos di dalam bedak tersebut dan apabila ianya digunakan ke atas kemaluan dalam jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, penggunaan bedak talkum pada bahagian lain badan adalah selamat.
Kaitan antara bedak talkum dan kanser ovari
Terdapat beberapa bukti bahawa kaitan di antara penggunaan bedak talkum dengan kanser ovari adalah sangat lemah. Di antara bukti-bukti tersebut adalah seperti berikut:
a. Semua dakwaan mengaitkan bedak talkum dengan kanser ovari adalah berdasarkan kepada kajian-kajian epidemiologi dan kebanyakannya adalah ”case-control study” yang dilakukan secara retrospektif iaitu data-data diambil daripada pesakit-pesakit terdahulu. Maklumat diperoleh hanya berdasarkan kepada ingatan pesakit.
b. Pada pandangan pakar kanser, ”case-control study” dan kajian retrospektif bukanlah kaedah kajian yang tepat untuk mengaitkan di antara penggunaan bedak talkum dan kanser ovari kerana kajian seperti ini mempunyai kelemahan daripada pelbagai sudut.
c. Kajian yang lebih berwibawa iaitu kajian prospektif yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik ke atas 121,700 orang wanita di Amerika yang bermula pada tahun 1976 (responden berusia 30-55 tahun), telah mendapati bahawa terdapat seramai 30,000 orang wanita menggunakan bedak talkum yang mengandungi asbestos.
Daripada jumlah tersebut, penyelidik mendapati bahawa kadar kejadian kanser ovari dalam kalangan wanita yang menggunakan bedak talkum adalah SAMA dengan wanita-wanita yang tidak menggunakan bedak talkum.
d. Teori yang mengatakan bedak talkum yang digunakan ke atas kemaluan akan menyebabkan asbestos naik ke organ peranakan atas sehingga ke ovari juga meragukan.
Malah, kajian daripada Gertig GM mendapati tidak terdapat perbezaan kadar kanser ovari di antara wanita (yang menggunakan bedak talkum) yang telah menjalani tubal ligation (ikat tiub falopian) dengan wanita yang tidak menjalani pembedahan ini.
Apabila tiub falopian diikat maka asbestos tidak boleh sampai kepada ovari kerana ia perlu melalui tiub falopian terlebih dahulu.
Jadi sepatutnya wanita yang menjalani pembedahan ini tentu mempunyai risiko yang lebih rendah. Tapi ini tidak berlaku, jadi teori yang digunakan untuk mengaitkan bedak talkum dan kanser ovari telah dinafikan.
Tiada kaitan
Berdasarkan kepada 4 alasan yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa kaitan di antara penggunaan bedak talkum berasbestos dengan kanser ovari adalah sangat lemah.
Pihak IARC tetap mengekalkan status bedak talkum berasbestos sebagai berpotensi menyebabkan kanser ovari, walaupun menyedari kaitannya sangat lemah.
Sebenarnya banyak pihak yang mempertikaikan kaedah IARC mengkategorikan bahan penyebab kanser berdasarkan proses pengelasan yang mereka gunakan, terutama bahan seperti bedak yang sangat sukar untuk mengukur kuantiti dan pendedahan sebenar (dose-exposure).
Pihak Johnson & Johnson pernah bayar pampasan
Dengan pendirian IARC ini, maka sesiapa yang menghidap kanser ovari dan pernah menggunakan bedak talkum sebelum tahun 1973 boleh mengambil peluang ini untuk mendakwa bahawa kanser ovari yang mereka hidapi adalah disebabkan oleh asbestos yang terkandung di dalam bedak talkum tersebut.
Inilah yang berlaku ke atas syarikat Johnson & Johnson yang menjadi sasaran ramai penghidap kanser ovari sehingga syarikat ini perlu membayar pampasan berjuta-juta dolar Amerika kepada plaintif.
Saman pertama dilakukan oleh serorang wanita bernama Diane Berg pada tahun 2009, diikuti dengan banyak lagi saman berikutnya. Pada hari ini jumlah saman sudah mencecah berbilion dolar Amerika.
Hakim dan pihak juri mengambil keputusan untuk menyebelahi plaintif hanya berasaskan kepada kegagalan syarikat untuk memberi amaran walaupun pada pandangan pakar kanser, kaitan di antara bedak talkum dengan kanser ovari adalah sangat lemah.
Nampaknya pihak plaintif berjaya menggunakan kebijaksanaan peguam untuk mempengaruhi keputusan Hakim walaupun beban pembuktian sebenarnya lebih berat kepada pihak mereka.
Gambar hiasan
Meragukan, cuma mitos
Pada pandangan Pakar kanser, keputusan Hakim ini adalah sangat memeranjatkan kerana walaupun mungkin syarikat gagal memberi amaran, sebenarnya kaitan di antara bedak talkum yang mengandungi asbestos dengan kanser ovari adalah sangat lemah dan meragukan. Hampir mustahil untuk membuktikan bahawa bedak talkum tersebut adalah penyebab kanser ovari.
Malah, terdapat ahli sains yang berpendirian bahawa mengaitkan bedak talkum dengan kanser ovari adalah satu mitos semata-mata. Mereka ini menganggap bahawa kanser ovari yang dihidapi oleh wanita-wanita ini adalah secara kebetulan.
Kesimpulannya kaitan di antara bedak talkum berasbestos dengan kanser ovari adalah sangat lemah dan ianya hanya berasaskan kepada kajian epidemiologi dan kajian case-control. Lebih banyak bukti yang menolak kaitan ini. Walau bagaimanapun kegagalan pihak syarikat memberi amaran tentang penggunaan bedak talkum pada bahagian kemaluan dengan kanser ovari menyebabkan mereka terpaksa membayar dengan kos yang terlalu tinggi.
Korang semua tak perlu risau sebab bedak talkum yang ada hari ini dah tak mengandungi asbestos. Syarikat pengeluar bedak juga telah mengeluarkan produk yang bukan berasaskan kepada talc tetapi serbuk yang dihasilkan daripada tepung jagung (cornstarch), sebagai pilihan kepada pengguna.
Semoga penjelasan ini dapat memberi pencerahan untuk korang semua. Tak perlu la ragu-ragu nak guna bedak talkum lagi ye gaiss!
Siapa sangka, Iceland pasukan yang pertama kali melakukan kemunculan di Piala Dunia seperti Iceland berjaya mengikat Juara 2 kali Piala Dunia yang turut membariskan pemain-pemain bintang dunia seperti Lionel Messi, Sergio Aguero dan Angel Di Maria.
Kebangkitan negara yang beriklim sejuk luar biasa ini sebenarnya kanlah perkara. Malah mereka telah melakukan kejutan yang cukup hebat ketika kejohanan Euro 2016. Dalam edisi tersebut Iceland telah menumbangkan England dan berjaya mengikat Portugal seri satu sama.
Mereka telah layak hingga ke peringkat suku akhir sebelum ditewaskan oleh Perancis. Bermjla dari situlah ramai pihak mula menbuka mata dan kagum dengan pembangunan bola sepak negara yang suatu masa dahuli dianggap sebagai kerdil dan belasahan di peringkat Eropah.
Apakah yang korang tahu tentang pasukan yang diberi gelaran Strákarnir okkar (Our Boys) oleh peminat mereka?
01
Kira-kira enam tahun yang lalu, pasukan bola sepak Iceland menduduki ranking ke-130. Dan kini mereka telah melonjak ke tangga 22 ranking rasmi FIFA.
02
Negara Iceland merupakan negara terkecil pernah layak ke Piala Dunia dengan hanya kira-kira 330,000 orang penduduk. Dan dengan jumlah itu mereka mempunyai lebih 20 ribu pemain bola sepak yang berdaftar.
03
Pengurus dan jurulatih kebangsaan Iceland, Heimir Hallgrimsson mengambil alih tugas pada tahun 2013. Dia merupakan seorang doktor gigi sambilan di sebuah pulau Vestmannaeyyjar. Hebat!
04
Penjaga gol Iceland yang menyelamatkan sepakan penalti Lionel Messi iaitu Hannes Haldorsson merupakan seorang pengarah filem dan hanya aktif secara sepenuh masa dalam bola sepak pada usia 29 tahun!
05
Tahukah korang mengapa semua pemain Iceland berakhir dengan ‘sson’ atau ‘ssen’? Ini kerana orang Iceland menggunakan sistem nama tadisionalNordic yang membawa nama pertama ayah (atau ibu) dengan tambahan ‘of daughter/son. Nowyou know!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!