GSC Movies dengan bangganya membawakan filem komedi-drama Indonesia, Tunggu Aku Sukses Nanti ke pawagam Malaysia bermula 16 April 2026. Naskhah arahan Naya Anindita ini mengetengahkan kisah yang dekat dengan realiti kehidupan termasuk tekanan keluarga, pencarian arah hidup serta makna sebenar kejayaan.
Diterajui oleh Ardhit Erwandha bersama barisan pelakon seperti Lulu Tobing, Afgansyah Reza, Ariyo Wahab, Adzana Ashel dan Fita Anggriani Ilham, filem ini mengisahkan perjalanan seorang anak muda yang bergelut untuk membuktikan dirinya di tengah ekspektasi keluarga dan masyarakat.
Dengan gabungan elemen humor dan emosi, ia tampil sebagai sebuah naskhah yang sangat dekat dengan penonton di Malaysia dan mampu menyentuh hati.
Sentuhan Naya Anindita, Ringan Tapi Bermakna
Nama Naya Anindita bukanlah asing dalam industri perfileman Indonesia. Selepas kejayaan filem Komang, beliau sekali lagi membuktikan keupayaannya mengolah isu kehidupan dengan pendekatan yang ringan tetapi penuh makna.
Gaya penceritaan yang menggabungkan elemen drama dan komedi menjadikan kisah berat terasa lebih dekat dan mudah dihayati oleh penonton pelbagai latar belakang.
Menariknya, sejak ditayangkan di Indonesia, filem ini berjaya menghampiri lebih 3 juta penonton dalam tempoh singkat, satu pencapaian yang mencerminkan sambutan hangat serta kekuatan jalan ceritanya.
Ads
Malam Gala Meriah Di Mid Valley
Malam gala tayangan perdana filem ini berlangsung meriah di GSC Mid Valley Megamall dengan kehadiran istimewa Afgansyah Reza dan pengarahnya, Naya Anindita.
Kedua-dua mereka turut meluangkan masa berinteraksi bersama peminat dan pihak media yang hadir, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan acara tersebut.
Turut memeriahkan malam gala ialah kehadiran tetamu kehormat, Raden Dato’ Mohammad Hascarya Kusumo, Duta Besar Republik Indonesia.
Diinspirasikan Dari Kisah Kehidupan Sebenar
Menurut Naya Anindita, filem ini merupakan cerminan kepada kehidupannya sendiri serta realiti budaya masyarakat Indonesia.
Ads
Beliau berkata demikian ketika malam gala tayangan perdana yang berlangsung di GSC Mid Valley semalam bersama Afgansyah Reza, sambil menjelaskan bahawa jalan cerita tersebut diilhamkan daripada pengalaman seharian.
“Saya melihatnya dalam keluarga saya, saya juga melihatnya dalam kebanyakan keluarga besar saya.
“Apabila saya berbual dengan rakan-rakan, kami mempunyai ‘peraturan tidak bertulis’ yang sama, iaitu perkara yang tidak pernah kami bincangkan.
Ads
“Saya merasakan sangat penting untuk mengangkat isu ini dan membincangkannya. Saya berharap filem ini akan membawa perubahan,” katanya pada sidang media.
Filem ini diterbitkan oleh Rapi Films, Screenplay Films dan Legacy Pictures, serta diedarkan di Malaysia oleh GSC Movies bersama Suraya Filem.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Tunggu Aku Sukses Nanti di pawagam berhampiran anda bermula 16 April 2026.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini ramai yang mengenali Robert Downey Jr. dengan watak Iron Man di dalam filem-filem Marvel. Namun, selebriti ini telah pun muncul dengan watak berbeza, iaitu doktor Dolittle yang mempunyai kelebihan boleh bercakap dengan haiwan.
Filem ini mengisahkan tentang seorang ahli fizik, Doktor Dolittle yang mendapati dirinya mampu untuk berkomunikasi dengan haiwan. Satu hari, wakil dari Istana Buckingham telah menjemputnya untuk merawat penyakit misteri tuan permaisuri.
Pada mulanya, Dr. Dolittle tidak mahu dirinya terbabit dengan manusia lagi, namun atas pujukan haiwan-haiwan yang ada bersamanya, dia mengambil keputusan untuk pergi ke istana.
Selepas merawat permaisuri, Dr. Dolittle memerlukan sejenis tumbuhan untuk menyembuhkan permasuri tersebut. Dia kemudiannya bergegas dalam ekspedisi mencari tumbuhan tersebut, diikuti dengan haiwan-haiwan peliharaannya.
Perjalanan mereka kemudiannya mendapat tentangan dan adakah Dr. Dolittle berjaya mendapatkan tumbuhan tersebut dan merawat tuan permaisuri? Ha, korang kenalah tengok sendiri kan. Hiks!
Karakter lucu
Bagi individu pencinta haiwan, kami pasti korang akan terhibur dan menyukai filem ini. Menariknya, pelakon suara yang terlibat bukan calang-calang ya. Mereka terdiri daripada Selena Gomez, John Cena, Tom Holland, Rami Malek dan Octavia Spencer.
Karakter lucu yang dibawa oleh mereka memang menghidupkan penceritaan menjadi lebih baik dan tidak mendatar. Ada sahaja babak yang boleh buat korang tergelak sakan.
Paling kami suka adalah wata Chee-Chee, seekor gorilla yang dialih suara oleh Rami Malek. Karakternya penakut walaupun berbadan besar menjadi bahan ketawa satu panggung.
Secara keseluruhannya, kami rasakan watak-watak haiwan dalam filem ini sangat membantu menguatkan lagi jalan cerita dan sangat menghiburkan.
Korang boleh menonton sendiri filem Dolittle yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Januari 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, Arab Saudi yang suatu ketika dahulu pernah mengongkong kaum perempuan daripada bergerak secara bebas di kawasan umum kini semakin bersift terbuka.
Buktinya jelas apabila sekeping foto kini tular di Twitter setelah ia dimuat naik oleh Putera Sattam Bin Khalis Al Saud, salah seorang ahli kerabat negara tersebut.
Dalam foto itu, seorang pegawai pengawal perempuan dilihat sedang sama-sama bertugas di samping pengawal lelaki lain di hadapan mintu masuk ke sebuah bilik.
Walaupun foto tersebut mungkin kelihatan remeh di mata pemerhati Barat, namun untuk mereka yang mengetahui sejarah ‘ketidak stabilan jantina’ di Arab Saudi, foto itu adalah petanda bahawa kaum perempuan di sana semakin diiktiraf.
— سطام بن خالد آل سعود (@sattam_al_saud) June 25, 2020
Foto di atas juga disertakan dengan caption berbunyi, “Momen bersejarah di regimen pegawai diraja Saudi. Terima kasih kepada Putera Mahkota, Yang Mulia Mohammed Bin Salman Bin Abdulaziz Al Saud.
Setelah foto ini berlegar dan dikongsikan beribu-ribu kali di media sosial, ia mendapat pujian dan membuatkan ramai pihak gembira malah bangga dengan perlantikan pengawal wanita tersebut.
Ia menandakan perubahan ke arah positif sedang berlaku di Arab Saudi sejak bulan Oktober tahun lalu apabila regimen Saudi mula membuka lebih banyak peluang kepada kaum perempuan di sana.
Putera Mahkota Mohammed Bin Salman yang membuatkan dunia semakin selesa untuk berhubung dengan Arab Saudi. Dari Kiri : Bersama bekas Perdana Menteri United Kingdom, Theresa May dan Ratu Elizabeth II.
Perubahan itu termasuklah penerimaan perempuan dalam bahagian pentadbiran di pelbagai bahagian termasuklah pasukan ketenteraan laut Arab Saudi, pasukan peluru berpandu strategik dan perkhidmatan perubatan angkatan tentera.
Kaum perempuan di sana bagaimanapun masih perlu diuji dalam beberapa peringkat dan disenarai pendek, sama seperti kaum lelaki. Ini menunjukkan keadilan dilaksanakan di Arab Saudi dan perempuan yang terpilih tidak hanya menjawat posisi penting hanya disebabkan kuota bagi jantina tersebut.
*
Situasi ini jauh berbeza berbanding beberapa tahun dahulu di mana perempuan di Arab Saudi tidak dibenarkan untuk memandu sehinggalah tahun 2018.
Bagaimanapun, Arab Saudi masih bertindak tegas ke atas golongan transgender yang mengancam kestabilan dan keharmonian masyarakat di sana.
Pelakon dan penyanyi Fattah Amin baru-baru ini telah pun memuat naik hantaran di laman Instagramnya yang seakan-akan memberi ‘hint’ bakal melancarkan single terbaharu tidak lama lagi.
Menerusi muat naik yang mula dibuat pada empat hari lalu, Fattah memperdengarkan sedikit teaser lagu tersebut yang berjudul Hamba. Fattah juga dilihat bakal digandingkan bersama penyanyi rap KMY KMO yang popular dengan lagu 7 Nasihat.
Ramai warganet yang terkejut dan menyifatkan Fattah melakukan kerja secara ‘senyap-senyap’ dan tiba-tiba sudah ingin melancarkan lagu baharu.
Wah, ramai yang dah tak sabar menantikan kemunculan lagu terbaharu dari Fattah Amin ini. Apa-apa pun Remaja terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah buat Fattah dan teamnya.