
Harga rumah yang terlalu tinggi merupakan antara faktor ramai gagal memiliki rumah terutamanya anak muda.
Mungkin anda rasa mustahil di usia muda, anda boleh membeli rumah pertama. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti. Malah hajat anda untuk membeli rumah pertama juga akan dipermudahkan jika kena dengan caranya.
Bagi yang berhajat nak membeli rumah pertama di usia muda, anda boleh baca perkongsian Harith Faisal ini. Semoga perkongsiannya tentang 10 tip membeli rumah pertama di usia 25 tahun ini bermanfaat untuk anda miliki rumah pertama sendiri.
Bukan lagi fantasi, tapi realiti!
10 Tip : Beli rumah pertama pada usia 25 tahun.

Ramai sebenarnya yang dah beli rumah sebelum usia 25 tahun.


Wujudkan Kesedaran
Duit Simpanan
Buat ASB Financing
Ilmu Hartawan & Kewangan

Kerja Secepat Mungkin
Cari Kerja Berstatus Tetap

Jangan Beli Kereta Dulu
Beli Rumah Ikut Kemampuan

Jaga Hubungan Dengan Allah


Semoga berkongsian ini memberi manfaat terutamanya korang yang dalam perancangan untuk membeli rumah pertama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan Bergantung Kepada Vaksin, WHO Beri Bayangan Bakal Ada Pandemik Lagi Buruk 2021?

COVID-19 bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan, malah hampir melumpuhkan ekonomi dunia.

Sejak berlakunya penularan pandemik COVID-19, beberapa negara dunia telah mengambil langkah bagi mengkaji vaksin untuk mengekang penyebaran virus berkenaan.
Jika sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.
Perdana Menteri berkata ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.
Namun. baru-baru ini Ketua Teknikal WHO untuk COVID-19, Maria Van Kerkhover menggesa dan memaklumkan dunia agar lebih bersiap sedia menghadapi krisis kesihatan di masa hadapan dengan petugas kesihatan terlatih serta memanfaatkan sepenuhnya teknologi inovatif.

Kenyataan mereka mengulangi kenyataan Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus yang mendesak negara dunia tidak bergantung sepenuhmnya kepada vaksin dan mempertingkatkan sistem kesihatan bagi menangani krisis kesihatan seterusnya.
Hmm…tapi mungkin juga sebab sebelum ini tular mengenai isu kemunculan Covid-19 yang diklasifikasikan sebagai jenis varian, strain dan mutasi di dalam serta luar negara.
Hal ini menyebabkan orang ramai dari seluruh negara berasa gelisah dan resah, dengan kemunculan virus dalam kelas yang baharu ini.Banyak-banyak la berdoa agar dunia kembali selamat dari pelbagai virus maut!
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinjauan Kajian Kesihatan Lapor Hampir 500,000 Rakyat Malaysia Alami Kemurungan

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan mereka merasa sedih berpanjangan, keletihan dan tiada tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Menurut Harian Metro, dianggarkan hampir 500,000 individu rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan ketika ini.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mewujudkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Nasional bagi membantu memberi pertolongan kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

BACA: Depresi Bukan Gila, Ini Simptom-Simptom Yang Perlu Korang TahuKemurun
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pusat berkenaan bukanlah tempat penyelidikan sebaliknya beliau mahu ia dijadikan sebagai lokasi kebolehcapaian berkaitan isu kesihatan mental.
Selain kesihatan fizikal, KKM juga turut menitikberatkan isu kesihatan mental kerana kedua-duanya adalah sangat penting. Jadi, dengan adanya pusat kesihatan mental ini, mereka yang mempunyai masalah boleh datang bagi mendapatkan bantuan.
Pihak kementerian juga akan menambahbaik aplikasi MySejahtera supaya individu yang mempunyai masalah kesihatan mental ini boleh mendapatkan bantuan melalui aplikasi berkenaan.
Mengenai kesihatan mental di negara ini, Khairy berkata, laporan Tinjauan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati prevalen kemurungan dalam kalangan masyarakat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas adalah 2.3 peratus, ini bermakna dianggarkan hampir 500,000 individu berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan.

Pandemik Covid-19 mengakibatkan kebanyakan masyarakat terkesan daripada segi emosi dan kesihatan mental. Isu kesihatan mental kini menjadi satu pandemik senyap (silent pandemic) dengan berlakunya perubahan dalam kehidupan masyarakat.
Antara isu kesihatan mental yang dikesan merangkumi masalah emosi dan tingkah laku termasuk tekanan perasaan (acute stress disorders), kemurungan (depression), keresahan (anxiety), letih upaya (burnout) serta tingkah laku bunuh diri (suicide).
Jika korang mengalami simptom-simptom kemurungan, segera dapatkan bantuan atau kongsi masalah korang bersama dengan individu yang dipercayai.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
14 Jun Hari Penderma Darah Sedunia, Ini 6 Kelebihan Menderma Darah

Tahukah korang bahawa satu pain darah yang mengandungi kira-kira 450 ml darah boleh menyelamatkan tiga nyawa? Mungkin ramai yang tidak tahu tentang fakta ini dan kerana itu juga pentingnya aktiviti menderma darah bagi mendapatkan bekalan secukupnya.
Malah, setiap tahun, 14 Jun telah dai pilih dan diisytiharkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, bagi menggalakkan masyarakat menderma darah untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan.
Menerusi perkongsian Facebook KKM hari ini turut menyatakan tema tahun ini : ‘Derma Darah, Kukuhkan Perpaduan’

Terdapat banyak kegunaan darah antaranya menyelamatkan nyawa semasa pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, pesakit jantung, penyakit hati, hemophilia dan lain-lain.
Berikut adalah sebab mengapa korang patut menderma darah:

1. Menderma darah bukan hanya dapat membantu pesakit yang memerlukannya, tetapi dapat menjaga kesihatan si penderma
Sebelum menderma darah, petugas perubatan di pusat derma darah akan memberikan anda pemeriksaan kesihatan secara ringkas. Mereka akan memberitahu anda beberapa petunjuk penting seperti kumpulan darah, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, darah yang diderma akan ditapis terlebih dahulu untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya.
2. Menderma darah mengurangkan risiko sakit jantung
Sejak 30 tahun lalu, penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, dengan menderma darah, dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit jantung.
Ini kerana penyakit jantung dikaitkan dengan kandungan zat besi di dalam darah dan zat besi yang berlebihan akan menjadikan darah pekat dan mengakibatkan kerosakan arteri dalam jangka panjang. Jadi, jika menderma darah, akan mengeluarkan zat besi daripada tubuh serta mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri.
3. Menderma darah juga mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser
Kanser adalah penyakit yang paling ditakuti oleh orang ramai bahkan di malaysia sahaja, jumlah kes kanser didapati semakin meningkat. Risiko kanser meningkat setiap kali kita mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan menghirup udara yang tercemar akan tetapi dengan menderma darah secara berkala, boleh mengurangkan risiko kanser pada bahagian usus, perut, hati dan tekak.
4. Menderma darah dapat membakar kalori di dalam badan
Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti.
Namun begitu, menderma darah ada hadnya di mana penderma hanya boleh menderma sekali dalam tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma.
5. Menderma darah dapat menggantikan sel-sel darah yang baru
Bukan itu sahaja, menderma darah turut mengurangkan jumlah sel darah merah di dalam tubuh anda dan memaksa sumsum tulang untuk menghasilkan sel baru. Tubuh anda akan menjadi lebih bertenaga, dapat berfungsi dengan lebih baik dan badan berasa lebih segar!
6. Menderma darah dapat menyatukan manusia sejagat
Inilah sebab paling utama untuk menderma darah bahawasanya ia mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama. Kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi satu faktor apabila berhadapan dengan kecemasan, terutamanya yang melibatkan rawatan perubatan.
Dengan menderma darah, kita dapat menyelamatkan nyawa tanpa mengira agama, budaya dan juga boleh dianggap sebagai suatu sedekah, dan terdapat pahala dalam bersedekah.

Oleh itu, jadikanlah aktiviti menderma darah sebagai satu rutin setiap 3 bulan, kerana banyak manfaat yang boleh diperoleh darinya!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

