
Perubahan perancangan sepanjang baki tahun 2020 dijangka berlaku kepada banyak sektor dan tidak ketinggalan ialah sektor pendidikan akibat dari virus pandemik COVID-19.

Baru sebentar tadi, menerusi sidang media yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin mengenai peperiksaan awam yang bakal berlangsung pada tahun ini akan ditunda hingga tarikh yang diberitahu.
Manakala, UPSR dan PT3 pada tahun 2020 akan dibatalkan.
Dalam sidang media itu, beliau turut memaklumkan hanya kelas yang akan menduduki peperiksaan sahaja akan dibuka. Namun, aspek kebersihan amat dititik beratkan sepanjang tempoh tersebut.
Tarikh SPM,SPMV ditunda ke suku tahun 2021
KPM turut mengumumkan bahawa tarikh SPM,SPMV (serta yang sewaktu dengannya) akan ditunda ke suku tahun 2021. Manakala peperiksaaan semester 2 STPM akan dibuat pada Ogos 2020 dan STAM serta STPM semester 3 akan ditunda ke suku akhir 2021.
Untuk peperiksaan UPSR dan PT3, Dr. Mohd Radzi memberitahu bahawa KPM telah membatalkan peperiksaan tersebut pada tahun ini.
Sumber : Astro Awani / Youtube
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rugi RM239 Juta Impak COVID-19, Kilang Tayar Silverstone Bakal Tamatkan Operasi

Tayar merupakan satu-satunya komponen kenderaan yang benar-benar menyentuh tanah dan kepentingannya tidak boleh diabaikan. Pemilihan tayar yang betul adalah penting mengikut keperluan dan situasi pemanduan korang. Tersalah pilih tayar akibatnya akan menyesal kelak.
Diantara tayar yang popular dan mampu milik di Malaysia ialah Silverstone. Siapa sangka, lebih 30 tahun kilang Silverstone beroperasi di Kamunting, Taiping, kilang ikonik ini diumumkan bakal ditutup seawal Jun ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu penutupan kilang milik Silverstone Malaysia Bhd (SSM) yang merupakan anak syarikat Toyo Tire Corporation sememangnya tidak dapat dielakkan.
Hal ini disebabkan impak daripada pandemik COVID-19, tahun lalu sahaja Toyo Tire mengalami kerugian luar biasa dengan jumlah sebanyak 6.27 bilion yen (~RM239 juta).
Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia. Harapnya selepas kita semua divaksin, tiada lagi berita penutup jenama besar lagi.
Sumber : Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gara-Gara Wabak Pandemik, KFC Buang Slogan ‘Finger Lickin’ Good’

Saban tahun, ada saja resepi baru yang diperkenalkan oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) agar pelanggan tak mudah bosan.
Ternyata pandemic COVID-19 memberikan kesan yang bukan sedikit ke atas dunia perniagaan baik kepada syarikat yang sudah berjenama besar dan dikenali ramai.

Terkini, Kentucky Fried Chicken (KFC) yang cukup familiar dengan slogan finger lickin’ good atau sedap sehingga menjilat jari terpaksa menukar slogannya gaga-gara pandemik COVID-19.
Walau bagaimanapun, KFC mungkin terpaksa melupakan penggunaan slogan yang terpahat dalam minda orang ramai ini buat sementara waktu.
Hal ini demikian kerana slogan tersebut dilaporkan telah menimbulkan kebimbangan kepada segelintir pelanggan KFC terutamanya dengan penularan pandemik COVID-19.

Atas sebab itu, KFC telah membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan slogan mereka buat sementara waktu untuk menjaga sensitiviti pelanggan.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada pelanggan juga tidak mempunyai masalah dengan slogan yang telah digunakan KFC buat satu tempoh yang lama.
Dalam pada itu, Harland Sanders mengasaskan KFC pada tahun 1930-an. Walau bagaimanapun, KFC membuka francais pertama pada tahun 1950-an dan menggunakan slogan berkenaan sejak waktu itu.
Walau bagaimanapun, ia tidak lagi menggunakan slogan pada akhir tahun 1990-an. Slogan itu bagaimanapun dibawa semula pada tahun 2008.

Buat anda yang merindui slogan ini, KFC memaklumkan pihak mereka pasti akan menggunakan slogan ini apabila tiba masanya. Setakat ini, KFC mempunyai sekitar 22,500 cawangan di seluruh dunia.
Penulis berharap agar pandemik maut ini cepat la hilang dari bumi. So tak perlu nak tukar slogan KFC yang dah tersemat dekat jiwa kita ni. Tapi kalau KFC ni tukar slogan apa yang korang rasa sesuai?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Prosedur Nak Putih & Gebukan Kulit Di Klinik Tak Bertauliah”, Doktor Dedah Risiko Ini Boleh Undang Maut

Ramai yang cukup terpengaruh nak putih dan gebu. Konon untuk semakin cantik. Sikap mempercayai klinik yang tidak berdaftar dengan kementerian kesihatan bagi prosedur i kulit putih dan gebu ternyata mendapat perhatian serius dari Doktor Rafidah Abdullah yang juga seorang Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang.
Menurutnya, sebagai doktor pakar, dia pelik dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak pernah mengambil serius hal ini biar sudah banyak artikel diketengahkan demi memberi pemahaman kepada masyarakat.
Bagi Remaja, mungkin mereka yang terlalu berani ini tidak menyedari bahawa kulit orang Asia adalah sawo matang dan kita tak akan sesekali dapat memiliki kulit seperti penduduk di negara Eropah. Mungkin bagi bagi pengambilnya, dia teringin menjadi “minah salleh” celup tanpa tahu dan memahami risiko yang berlaku.
Ketahui apa risiko bila buat prosedut nak putih dan gebu di klinik tidak bertauliah ini dan kesan di sebalik prosedur ini seperti ditulisnya di facebook miliknya.
Mempertaruhkan nyawa sebab nak putih & gebu?
Saya perhatikan makin tak logik masyarakat kita ini. Anda tidak pernah dengar ke jangkitan kuman melalui prosedur injeksi IV macam ini?
Anda nampak tak kemerahan kulit atas yang dibulatkan di gambar kanan? Itu menunjukkan kemungkinan kuman masuk dan menyebabkan reaksi kemerahan di kulit.
Kami, pengamal perubatan dilatih, dilatih dan terus dilatih untuk mengamalkan “universal precaution” iaitu cara yang steril (sangat bersih) bila mengendalikan prosedur IV macam ini. Anda tengok lah cara plaster itu diletak. Sangat mengundang kuman masuk sekali ke dalam badan manusia.
Bila kuman dah masuk badan, maksudnya ia boleh merebak seluruh badan dengan sekelip mata. Jantung kita pam darah 5L seminit. Jadi, jangan terkejut kuman boleh hinggap ke otak (jadi sawan, tidak sedar dan koma), injap jantung (dah melekat disini, fungi jantung terjejas dan mungkin perlu pembedahan untuk ganti injap baru sebab dah rosak), hati, buah pinggang dan macam-macam lagi. Kuman yang biasa adalah Staphylococcal Aureus dan sampai tahap begini, ianya boleh membawa maut [1].

Kuman boleh masuk melalui beberapa portal (saya letak anak panah merah):
- Bahan yang dimasukkan boleh membahayakan anda kerana cara ianya dicampur kita tidak tahu. Pengamal perubatan ada prosedur dan langkah-langkah (kami panggil SOP – standard operating procedure) perlu diikuti untuk mengelakkan kuman masuk. Mereka ini ada SOP ke?
- Melalui tiub panjang dimana bahan itu mengalir sebelum masuk badan pun kuman boleh hinggap. Melalui jarum (kami panggil venflon/venofix) dan cara ianya dimasukkan ke dalam vena anda juga mengundang kuman jika kawasan kulit tidak dicuci dengen betul / yang menyucuk itu tidak memakai sarung tangan dan macam-macam lagi [2].
- Plaster yang berserabut begitu, tak payah cerita lah. Saya tengok pun takut.
Ini belum diceritakan komplikasi entah ubat apa yang masuk dalam badan, itu lagi masalah.
Prosedur ini HANYA BOLEH DILAKUKAN di hospital, klinik dan premis berdaftar (maaf, medispa BUKAN klinik berdaftar) dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Yang cucuk anda itu MESTI ada kelayakan dan sudah melalui proses kredentialing-sila minta sijil dan dokumen mereka sebelum dok menghulurkan tangan dan merisikokan badan dan nyawa anda.
Pengamal perubatan berhati-hati membuat prosedür ini di fasiliti kesihatan; tapi anda senang-senang tadah tangan kepada orang yang TIDAK BERTAULIAH? Sungguh mudah nak mempertaruhkan nyawa ya.
Mari kita sama-sama doakan penjual ini mendapat kesedaran supaya berhenti memudharatkan (mungkin membunuh) orang lain.
Pembeli? Pendapat saya 2×5, 5×2 sahaja. Kenapa nak gebu, putih bagai? Cuba terima sahaja diri kita ini seadanya. Kalau tiada pembeli maka tiada lah penjual.
Apa nak jadi, saya pun tidak tahu.
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Buah Pinggang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

