Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos caudatus, tanaman ulaman yang paling terkenal dan mudah untuk dibiakkan. Sambal belacan adalah padanan terbaik untuk menjamu ulaman ini sebagai juadah.
Bukan sahaja enak di makan, malah tinggi khasiat untuk kesihatan dan telah diamalkan secara tradisional sejak dulu kala.
Petikan artikel dari website Majalah sains menjelaskan, Ulam Raja didapati mempunyai tinggi kandungan flavonoid dan antioksidan serta beberapa lagi kompaun aktif yang boleh bertindak sebagai agen pelindung neuron, selain daripada didapati bermanfaat sebagai antidiabetes, anti-inflamasi, anti-obesiti, antimikrobial, antihypertensi, dan antikanser. Dari segi kandungan nutrien, 100g tanaman ini membekalkan antara lainnya 18 kkal tenaga, 1.6g fiber, 270mg kalsium, 426g potassium dan 64.6mg vitamin C.
Dalam satu kajian terbaru yang diterbitkan pada awal tahun 2021 di dalam jurnal Nutrients, para pengkaji dari Universiti Kebangsaan Malaysia melaporkan bahawa pengambilan Ulam Raja dapat mempengaruhi fungsi otak. Dalam kajian tersebut, 48 orang warga tua berumur dalam lingkungan 60 hingga 75 tahun yang mengalami masalah kognitif yang ringan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi makan kapsul yang mengandungi 500 mg serbuk Ulam Raja selama 12 minggu manakala kumpulan kedua bertindak sebagai kumpulan kawalan, hanya diberi kapsul yang tidak mengandungi serbuk Ulam Raja.
Ads
Berikut 3 ringkasan dari kajian yang telah dilakukan:
MEMPERBAIKI FUNGSI OTAK DAN TAHAP KOGNITIF
ULAM RAJA BERPOTENSI MENGURANGKAN STRES
Tanaman ini didapati memberi kesan positif terhadap stres dan gangguan mood kerana kandungan flavonoid di dalamnya mempunyai kesan anti-depresi serta mampu mengurangkan rasa cemas (anxiety)
ANTIOKSIDAN DAN MENGURANGKAN RADIKAL BEBAS
Kajian pada tahun 2012 oleh para penyelidik dari Universiti Sains Malaysia turut mendapati tanaman ini mempunyai kapasiti antioksidan yang tertinggi jika dibandingkan dengan daun selom, daun kari, petai dan pegaga.
RESEPI Kerabu Ulam Raja
Ads
Bahan-bahan:
1 ikat daun ulam raja ( dihiris halus)
½ biji kelapa ( santan)
1 inci halia-ditumbuk
3-4 batang serai-ditumbuk
10 biji cili Melaka-ditumbuk
Udang direbus-ditumbuk sedikit
2-3 sudu air asam jawa
1 peket kerisik
½ inci belacan
Bawang besar- dihiris nipis
Bunga kantan -dihiris
Garam, gula dan sedikit serbuk perasa
Cara membuat: 1. Masukkan bahan yang ditumbuk, kerisik dan belacan digaul bersama santan. 2.Masukkan air asam jawa,garam, gula dan serbuk perasa. Rasa mengikut citarasa masing-masing. 3. Masukkan daun ulam raja,bunga kantan dan bawang besar. Gaul sebati.
Sedapnya ulam raja ni, makan dengan nasi panas memang tak pandang kiri kanan dah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai menegur dan juga mengecam tindakan mereka kerana mampu jadi punca kebarakan dan insiden yang meragut nyawa.
Bahaya Masak Mi Segera Di Stesen Minyak,
Sehubungan itu, individu yang dikenali sebagai Pakcik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani terpanggil untuk berkongsi kepada orang ramai berkenaan mengenai perkara ini.
Bahaya Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Pakcik Shell Jelas Sebabnya!
“Ada yang kata, ‘jauh dari pam tak apa’. Jangan…kerana wap minyak boleh mengalir sejauh 10 meter dari punca seperti pam, tempat turun minyak dan vent pipe”
Dalam satu hantaran video di Instagram milik @pakcikshell, yang juga Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, dia menjelaskan bahawa terdapat risiko wap minyak merebak dari pam petrol, tempat turun minyak dan vent pipe.
Individu yang dikenali sebagai Pakcik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani
“Wap minyak boleh bergerak jauh, sejauh 10 meter,” katanya dalam video.
Tambahnya, beliau juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil berat terhadap perkara itu.
**Jadi jangan fikir seronok je okay, fikir juga keselamatan diri dan orang sekeliling.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini isteri kepada Tunku Mahkota Johor pernah bersuara untuk menuntut keadilan bagi kes penderaan yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak sindrom down yang bernama Bella. Menurut YM Che’ Puan Besar Khaleeda, beliau akan menggunakan kuasa yang ada bagi mendapatkan keadilan untuk adik Bella.
Bella dibawa menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 hingga hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun juga tinggal di situ. Penghuni Rumah Bonda sempat berkenalan dan bermesra dengan Bella yang menetap di sana untuk tempoh lebih kurang empat bulan.
Tamat saja tempoh itu, Bella kemudiannya dibawa menetap bersama Siti Bainun di kondo miliknya. Sejak itu, sukarelawan di Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang berita tentang Bella.Tidak lama kemudian, sebuah video tular telah membongkar keadaan sebenar Bella yang dikatakan telah didera. Sejak dari itu, ramai yang mula mengambil berat dan menuntut keadilan buat remaja istimewa itu.
Terbaharu, Che’ Puan Besar Khaleeda dalam satu hantaran di laman instagramnya memuat naik foto berjumpa dengan Bella dan rakan-rakannya di Taman Tema Legoland Malaysia Resort hari ini.
Menerusi foto yang di muat naik, jelas sekali Bella berada dalam keadaan yang baik dan gembira dengan kehidupannya sekarang. Orang ramai turut meluahkan rasa syukur melihat perkembangan terbaharu remaja itu dan berharap agar kesnya itu mendapat keadilan yang sewajarnya.
Kami di Remaja turut mendoakan kesejahteraan adik Bella dan semoga kisah sebenar dapat dibongkar dan diberikan keadilan buat anak istimewa itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecemerlangan demi kecemerlangan dituai oleh penerjun kebangsaan, Nur Dhabitah Sabri di Sandwell Aquatics Centre, Birmingham.
Dhabitah yang merupakan sebahagian daripada skuad terjun negara yang kini berada di Kejohanan Dunia Sukan Komanwel Birmingham 2022 terlebih dahulu meraih pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirama bergandingan bersama Wendy Ng Yan Yee, baru-baru ini.
Nur Dhabitah, Maddison Keeney dan Mia Jolie Doucet Vallee bergambar bersama pada majlis penyampaian pingat dalam acara 3m Papan Anjal Wanita Akhir di Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Sandwell Aquatics Centre, pada Ahad. –fotoBERNAMA
Terbaru, atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan pingat perak kedua pula kepada Malaysia dalam acara 3m Papan Anjal Wanita Akhir di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Beliau yang mendahului carta selepas terjunan ketiga dengan 207.90 mata, menampilkan gerakan kurang kemas pada terjunan keempatnya yang hanya mengutip 55.50 mata dan akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
Saingan terdekatnya Maddison Keeney dari Australia meraih 75.95 mata menerusi terjunan keempat untuk merampas kedudukan teratas.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu bangkit untuk memperoleh 67.50 mata selepas terjunan kelima dan terakhir, bagaimanapun sudah terlewat untuk mengatasi Keeney yang terus mempamerkan aksi mantap bagi memikat para juri dengan 72.00 mata sekali gus membawa pulang emas buat Australia.
Seorang lagi atlet terjun negara Ong Ker Ying menduduki tempat ke-12 dengan 231.60 mata. Nur Dhabitah yang ditemui selepas pusingan akhir 3m papan anjal di Sandwell Aquatics Centre itu bagaimanapun berpuas hati dengan keputusan tersebut.
“Untuk Sukan Komanwel kali ini, memang saya tak fokus sangat (pada) acara ini (3m papan anjal) kerana saya lebih tumpu kepada acara 10m platform dan seirama,” katanya kepada Bernama.
Terdahulu, kali terakhir beliau beraksi dalam acara tersebut ialah pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lepas dengan kedudukan di tempat keempat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!