Baru-baru ini, ucapan kemenangan penyanyi terkenal, Billie Eilish di Anugerah Grammy 2026 mencuri perhatian dunia apabila beliau secara terbuka menyuarakan pendirian politik dan kemanusiaan yang tegas, sekaligus mencetuskan perbincangan meluas di peringkat antarabangsa.
Memetik laporan Haberler, Billie atau nama sebenarnya Billie Eilish Pirate Baird O’Connell ketika menerima anugerah Lagu Terbaik Tahun Ini (Song of the Year) menerusi lagu Wildflower, beliau sempat menggunakan pentas berprestij tersebut untuk menyentuh isu keadilan sosial, hak imigran dan sokongannya terhadap Palestin. Ucapan tersebut dilihat melangkaui konteks muzik dan memberi kesan besar terhadap wacana sosial global.
Dalam pada itu, Billie yang naik ke pentas bersama abangnya Finneas, memulakan ucapannya dengan kenyataan kuat, merujuk kepada isu penindasan terhadap golongan imigran dan sejarah penjajahan, yang menurutnya masih memberi kesan sehingga hari ini.
Ads
“Tiada siapa yang haram di atas tanah yang dirampas, kita mesti terus berjuang dan menyuarakan pendapat kita.” katanya ketika berucap.
Dalam ucapannya, penyanyi berusia 25 tahun itu turut mengkritik keras Immigration and Customs Enforcement (ICE) iaitu sebuah agensi penguatkuasaan sempadan Amerika Syarikat yang sering dikaitkan dengan dasar imigresen yang ketat. Selain itu, Billie mendakwa tindakan agensi tersebut telah menyebabkan kematian ramai individu tidak berdosa.
Sepanjang siaran langsung Anugerah Grammy 2026, ucapan pelantun yang popular menerusi lagu ‘Bad Guy’ itu dilaporkan telah ditapis beberapa kali oleh pihak penyiaran, terutamanya ketika beliau menggunakan bahasa kesat terhadap ICE. Namun begitu, kenyataannya tetap menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir di dewan acara.
Ads
Pada masa yang sama, media antarabangsa menafsirkan tindakan Billie bukan sekadar sebagai pendirian politik peribadi, sebaliknya satu bentuk solidariti terbuka terhadap gerakan hak imigran dan keadilan kemanusiaan. Ucapannya turut dianggap sebagai seruan agar masyarakat terus bersuara dan tidak berdiam diri terhadap penindasan.
Ads
Sementara itu, beberapa selebriti popular lain yang turut menghadiri majlis tersebut, termasuk Bad Bunny dan Olivia Dean, juga mengambil kesempatan untuk menekankan kepentingan hak asasi manusia dan sumbangan besar golongan imigran dalam membentuk industri seni serta masyarakat global.
Di media sosial, tindakan Billie Eilish itu menerima reaksi positif daripada ramai peminat yang memuji keberaniannya bersuara di pentas besar dunia. Ramai berpendapat Eilish, sebagai antara penyanyi muda paling berpengaruh generasinya, telah menggunakan platform dan pengaruhnya dengan penuh tanggungjawab untuk mengetengahkan isu kemanusiaan dan keadilan sosial.
Sokongan yang diterima itu sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Billie Eilish bukan sahaja sebagai ikon muzik global, tetapi juga sebagai suara generasi muda yang berani dan peka terhadap realiti dunia semasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Henry Golding sekali lagi tersenarai dalam membintangi sebuah filem Holywood yang berjudul The Gentlemen. Jejaka yang berasal dari Sarawak ini membuktikan bahawa kemampuannya untuk beraksi di Hollywood adalah sesuatu yang tidak mustahil.
Selepas filem Last Christmas yang ditayangkan pada November lalu, Henry Golding kini melakonkan filem aksi bersama pengarah Guy Ritchie dalam The Gentlemen.
Filem ini mengisahkan tentang Mickey Pearson, seorang ekspatriat Amerika yang menetap di London, menjadi kaya raya dengan menjual ganja di bandar itu. Kini dia merancang untuk menjual empayar ganja yang menguntungkan itu, dengan menawarkan nilai USD400 juta kepada kenalan-kenalan Amerikanya.
Namun apabila orang lain, termasuk gangster dari kartel dadah Oriental, mendapat tahu mengenai tawaran itu, mereka mula merancang untuk merampas haknya. Ia telah menyebabkan pertumpahan darah yang Pearson tidak jangkakan.
Jalan cerita tak cliche
Cara penyampaian cerita diceritakan semula orang seorang wartawan yang bernama Fletcher. Karakter yang dilakonkan oleh Hugh Grant ini mampu menghiburkan penonton dan bagi kami, wataknya juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan lagi jalan cerita.
Tidak seperti filem jenayah yang lain, rata-ratanya memaparkan kisah penjahat dengan pasukan polis, namun walaupun melakukan jenayah bisnes dadah, filem ini tidak langsung mengaitkan polis sebagai teraju utama.
Secara ringkasnya filem ini bukanlah cerita cliche penjenayah yang diburu polis dan akhirnya tertangkap.
Oh, tidak.
Disebabkan itu kami tertarik dengan The Gentlemen, selain daripada ceritanya yang straight forward dan ditambah dengan babak-babak lucu dari setiap watak.
Lakonan Henry Golding tidak mengecewakan
Jika sebelum ini kita sering menyaksikan Henry Golding memegang watak romantis, namun jejaka ini telah pun membuktikan bahawa dia seorang pelakon serba boleh dan memegang watak penjahat dalam filem ini.
Memaparkan seorang penjenayah berbangsa Cina, kini rasanya masyarakat Malaysia boleh berbangga apabila pelakon dari negara kita telah dipilih untuk memegang watak yang biasanya dimonopoli oleh pelakon dari Hong Kong atau China.
Walaupun wataknya tidak terlalu menonjol, namun lakonan mantap yang diberikan Henry tetap harus dipuji.
Okay tak bolehlah kami nak cerita panjang-panjang kan. Kalau nak tahu best ke tidak filem The Gentlemen ini, korang boleh saksikan sendiri di pawagam bermula 13 Februari nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cosplay atau dalam bahasa Jepunnya Kosupure adalah gabungan daripada perkataan Custome Play. Cosplay ini kita boleh anggap sebagai satu persembahan seni yang mana disertai oleh Cosplayers yang memakai costumes dan fashion accessories bagi mewakili watak-watak kegemaran mereka.
Kos untuk setiap pakaian cosplay itu sudah tentu boleh tahan mahal juga harganya. Tetapi lelaki kreatif ini membuat parody anime hanya dengan diy benda disekeliling kita je.
Anucha 'Cha' Saengchart, yang berasal dari Bangkok Thailand ini mempunyai minat mendalam dengan permainan cosplay. Ini membuatkan dia berfikir kenapa tidak membuat cosplay dari low-budget diy sahaja kan?
Selalu upload gambar-gambar lucu dirinya sendiri lengkap dengan pakaian aneh yang dicipta dari segala benda di sekeliling rumahnya, semuanya dalam nama cosplay berjimat cermat.
Jom kita lihat hasil idea kreatif diy 'ala kadar' cosplay ini.
Super Saiyan 3
Monkey D.Luffy
MAJIN BUUU
Bermula tahun 2013, Anucha telah meniru banyak watak popular dari anime yang popular, watak-watak Disney dan pelbagai watak cartoon. Dan pagenya kini telah menjadi sangat popular di kalangan peminat anime, ia juga dibanjiri dengan perkongsian gambar dari peminat cosplay yang lain.
Tetapi hasilnya bukan sahaja kelakar tetapi juga kelihatan cantik hampir sama dengan watak cosplay utama yang ditiru. Dari meniru pakaian Super Saiya sehinggalah pelbagai watak lagi, idea kreatif itu tidak pernah henti.
Apa pendapat korang dengan idea kreatif Anucha ini? Awesome kan!
Korang boleh check out lebih banyak watak-watak cosplay menarik daripada dekat Facebook dan juga Instagram Anucha ni k.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas peserta Hero Remaja 2021/2022, Amir Ahnaf tampil dengan pendapatnya mengenai tindakan segelintir netizen melabel segelintir selebriti sebagai ‘muka awam’.
Menerusi ciapan di platform X, pelakon naskhah popular Projek: High Council itu berkata seseorang selebriti yang memiliki ‘muka awam’ iaitu merujuk kepada rupa paras yang tiada tarikan, sebenarnya mempunyai kelebihan untuk membawa sesuatu watak.
“Nak tahu sesuatu tak? Mierul pernah borak dengan Amir, muka awam kita ini iaitu Melayu akan banyak membantu untuk pemain melakonkan watak.
“Kerana dalam kehidupan kita seharian ini memang tak lari daripada realiti. Hari-hari kita tengok rupa orang awam. Jadi kita dah terbiasa. Bila kita dah terbiasa, otak akan ‘setting’ sebegitu rupa,” ciapnya.
Mengulas lanjut, pelakon berusia 23 tahun itu turut menyifatkan dengan memiliki wajah sebegitu, secara tidak langsung ia dapat memberi impak yang baik terhadap penonton kerana mereka akan lebih memahami lakonan aktor tersebut.
“Ia perkara yang baik, bila orang awam memainkan watak sebab mereka boleh pamerkan realiti dalam bentuk karakter.
“Rasa itu lagi menusuk jiwa penonton sebab bentuk rupa yang tak lali dari perhatian. Hari-hari tengok kan, kau betul-betul ‘feel vibes’ nusantara itu,” coretnya lagi.
Sementara itu, pelakon berbakat besar, Nadhir Nasar juga dilihat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menekankan bakat lakonan adalah lebih penting berbanding penampilan.
“Sebenarnya, dipanggil ‘muka awam’ tetapi memiliki pengikut dengan apa yang kita sajikan di kaca televisyen adalah satu pujian. Sebab orang tak tengok paras rupa tetapi bakat yang hendak ditunjukkan. Jalan terus!” tulisnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tasha Manshahar menggalakkan muslimah menghadiri majlis ilmu dan kelas tadabbur al-Quran sebagai langkah membina istiqamah dalam hijrah serta mendekatkan diri kepada Allah.