Baru-baru ini, ucapan kemenangan penyanyi terkenal, Billie Eilish di Anugerah Grammy 2026 mencuri perhatian dunia apabila beliau secara terbuka menyuarakan pendirian politik dan kemanusiaan yang tegas, sekaligus mencetuskan perbincangan meluas di peringkat antarabangsa.

Memetik laporan Haberler, Billie atau nama sebenarnya Billie Eilish Pirate Baird O’Connell ketika menerima anugerah Lagu Terbaik Tahun Ini (Song of the Year) menerusi lagu Wildflower, beliau sempat menggunakan pentas berprestij tersebut untuk menyentuh isu keadilan sosial, hak imigran dan sokongannya terhadap Palestin. Ucapan tersebut dilihat melangkaui konteks muzik dan memberi kesan besar terhadap wacana sosial global.

BACA: Artis K-Pop Akan Semakin ‘Mendonia’ Selepas Kemenangan Huntr/x Di Grammy 2026?

Ucapan Ditapis, Mesej Tetap Sampai! Tindakan Billie Eilish Guna Pentas Grammy 2026 Suarakan Isu Kemanusiaan Raih Pujian

Dalam pada itu, Billie yang naik ke pentas bersama abangnya Finneas, memulakan ucapannya dengan kenyataan kuat, merujuk kepada isu penindasan terhadap golongan imigran dan sejarah penjajahan, yang menurutnya masih memberi kesan sehingga hari ini.

Ads

“Tiada siapa yang haram di atas tanah yang dirampas, kita mesti terus berjuang dan menyuarakan pendapat kita.” katanya ketika berucap.

Dalam ucapannya, penyanyi berusia 25 tahun itu turut mengkritik keras Immigration and Customs Enforcement (ICE) iaitu sebuah agensi penguatkuasaan sempadan Amerika Syarikat yang sering dikaitkan dengan dasar imigresen yang ketat. Selain itu, Billie mendakwa tindakan agensi tersebut telah menyebabkan kematian ramai individu tidak berdosa.

Ucapan Ditapis, Mesej Tetap Sampai! Tindakan Billie Eilish Guna Pentas Grammy 2026 Suarakan Isu Kemanusiaan Raih Pujian

Sepanjang siaran langsung Anugerah Grammy 2026, ucapan pelantun yang popular menerusi lagu ‘Bad Guy’ itu dilaporkan telah ditapis beberapa kali oleh pihak penyiaran, terutamanya ketika beliau menggunakan bahasa kesat terhadap ICE. Namun begitu, kenyataannya tetap menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir di dewan acara.

Ads

Pada masa yang sama, media antarabangsa menafsirkan tindakan Billie bukan sekadar sebagai pendirian politik peribadi, sebaliknya satu bentuk solidariti terbuka terhadap gerakan hak imigran dan keadilan kemanusiaan. Ucapannya turut dianggap sebagai seruan agar masyarakat terus bersuara dan tidak berdiam diri terhadap penindasan.

Ucapan Ditapis, Mesej Tetap Sampai! Tindakan Billie Eilish Guna Pentas Grammy 2026 Suarakan Isu Kemanusiaan Raih Pujian

Ads

Sementara itu, beberapa selebriti popular lain yang turut menghadiri majlis tersebut, termasuk Bad Bunny dan Olivia Dean, juga mengambil kesempatan untuk menekankan kepentingan hak asasi manusia dan sumbangan besar golongan imigran dalam membentuk industri seni serta masyarakat global.

Di media sosial, tindakan Billie Eilish itu menerima reaksi positif daripada ramai peminat yang memuji keberaniannya bersuara di pentas besar dunia. Ramai berpendapat Eilish, sebagai antara penyanyi muda paling berpengaruh generasinya, telah menggunakan platform dan pengaruhnya dengan penuh tanggungjawab untuk mengetengahkan isu kemanusiaan dan keadilan sosial.

Sokongan yang diterima itu sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Billie Eilish bukan sahaja sebagai ikon muzik global, tetapi juga sebagai suara generasi muda yang berani dan peka terhadap realiti dunia semasa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads