Rasanya sejak zaman kanak-kanak lagi kita sudah biasa mendengar kisah dongeng Hansel dan Gretel, dua beradik yang terperangkap bersama seorang nenek sihir.
Kisah dongeng ini juga sudah beberapa kali difilemakan dan bagi tahun 2020, sebuah lagi naskhah dari siri popular ini bakal ditayangkan di pawagam.
Gretel and Hansel menceritakan tentang seorang gadis muda, yang tinggal jauh di perkampungan, bercadang untuk membantu ibu bapanya dengan mencari kerja dan makanan. Dia telah mengembara ke dalam hutan tebal bersama dengan adik lelakinya. Malangnya, dua beradik itu telah diculik oleh seorang ahli sihir jahat selepas mereka menjumpai rumahnya yang terletak jauh di dalam hutan tebal tersebut.
Ads
Ha, nak tahu apa yang jadi seterusnya? Korang kenalah tonton sendiri Gretel and Hansel yang sudah pun berada di pawagam sekarang.
Tapi, ada berita baik untuk korang semua kerana Remaja nak beri merchandise percuma filem Gretel and Hansel arahan Oz Perkins ini kepada 5 pembaca bertuah.
Hanya jawab soalan mudah dibawah dan korang berpeluang untuk memenangi merchandise tersebut.
Peserta perlulah mereka yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang untuk memudahkan proses pengambilan hadiah. Pemenang akan diumumkan melalui DM di instagram.
Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara banyak peristiwa sedih dalam industri pembikinan sesebuah filem di Hollywood, salah satu darinya adalah kematian mengejut Paul Walker akibat kemalangan ketika dia masih lagi dalam penggambaran filem Fast & Furious 7.
Filem tersebut akhirnya disudahkan dengan menggunakan teknik CGI yang menyaksikan adik lelakinya membantu mengambil alih watak yang dilakonkan oleh Paul. Ketika meninggal dunia Paul memiliki anak perempuan yang berusia 14 tahun.
Meadow Walker yang kini sudahpun berusia 22 tahun membesar sebagai seorang gadis yang sangat berhati-hati dengan cerita peribadinya. Tidak gemar berkongsi dan tidak mahu menjadikan kehidupanya sebagai tumpuan kamera, dia lebih selesa untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan ayahnya menerusi penubuhan Paul Walker Foundation.
Gadis ini juga rapat dengan Vin Diesel dan memandang lelaki itu sebagai seorang figura ayah selepas pemergian bapa kandungnya. Tambahan pula, Vin yang merupakan teman rapat mendiang Paul sudah menjadi ‘godfather’ kepada Meadow sejak hari dia dilahirkan.
Vin mengambil berat tentang Meadow sejak kematian Paul Walker.
Terbaharu Meadow berkongsi kepada umum yang dia sudahpun bertunang dengan jejaka pilihannnya, Louis Thorton Allen. Mengumumkan perkara itu pada 9 Ogos 2021, dia memuat naik sebuah video di dalam kolam renang sambil menunjukkan cincin berlian dijarinya.
Kenangan bersama mendiang ayahnya.
Pertunangan itu diumumkan selepas seminggu pasangan ini secara rasminya membuat pengakuan umum yang mereka sedang bercinta. Ketika itu Louis memuat naik sebuah gambar mesra mereka dengan ungkapan ‘Best Friend’, dan kemudian Meadow membalas dengan ucapan ‘My Love’.
Selain menggerakkan yayasan yang didedikasikan khas kepada ayahnya. Gadis cantik ini juga merupakan seorang model dan pernah menghiasi kulit majalah serta kempen fesyen kepada jenama terkenal seperti Proenza Schouler.
Sumber gambar: Instagram Meadow Walker
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam Shivangi Pathak berusia 16 tahun diiktiraf sebagai remaja perempuan termuda berjaya mendaki Gunung Everest, puncak tertinggi dunia.
Anak kelahiran Hisar di Haryana yang terletak di Utara India ini membuktikan dirinya apabila berjaya menjejak kaki menawan puncak Everest pada ketinggian 8839 meter yang mana ramai tahu ada pendaki maut ketika menuju je puncak kerana angin kencang selain risiko terkena kereputan kerana semakin tinggi pendakian, oksigen semakin kurang.
Turut mencatat kejayaan bersamanya ini adalah beberapa pendaki dari negara seperti Poland dan India serta sherpa masing-masing turut berjaya sampai ke puncak pada hari sama dan ianya diakui Thaneswar Guragai dari Seven Summit Treks.
Gunung Everest setinggi 8848 meter adalah puncak tertinggi di duniaMampu menawannya adalah kejayaan terbesar bagi seorang pendakiShivangi Pathak berusia 16 tahun diiktiraf sebagai remaja perempuan termuda
Di sebalik kejayaan Shivangi sebenarnya ada lagi remaja yang telah berjaya menawan puncak tertinggi dunia. Paling muda berusia 13 tahun tetapi sayang kerana usianya terlalu kecil dia tidak diiktiraf kepada negara Nepal hanya mensyaratkan mereka berusia 16 tahun ke atas layak mendaki gunung tertinggi dunia itu. Bagaimana pun Tibet tidak kisah dengan usia.
Malavath Poorna – 13 tahun dari India
Anak seorang petani miskin, Malavath Poorna merupakan remaja termuda berjaya mendaki ke puncak Gunung Everest setinggi 8848 meter pada 25 Mei 2014. Malangnya, baik pemerintah dari China dan Nepal tidak memberikan pengiktirafan di atas kejayaannya kerana kerajaan Nepal mensyaratkan pendaki mestilah berusia 16 tahun ke atas.
Malavath berjaya mencapai puncak pendakian melalui pendakian dari Tibet yang agak berbahaya namun 10 sherpa ada bersamanya semasa pendakian tersebut dan dia berjaya memacakkan bendera India di puncak. Remaja itu berkata, dia mula berlatih 7 bulan sebelum memulakan ekspedisi tersebut. Ekspedisi yang memakan masa 52 hari itu dibiayai oleh sebuah organisasi,” katanya yang memiliki tubuh agak kecil.
“Pada hari pendakian ke puncak, saya menyaksikan enam jenazah sehingga timbul rasa gentar,” katanya yang menguatkan semangatnya meneruskan pendakian kerana tahu dia dari kasta rendah
Bagaimana pun kejayaannya sampai ke puncak diiktiraf oleh Himalayan Database sebuah badan berkredibiliti dalam soal sampai ke puncak.
“Malavath adalah remaja termuda berjaya menakluk Everest,” kata Jeevan Shrestha, yang membantu pakar pendakian Elizabeth Hawley menyusun data pendakian di Himalaya itu.
Temba Tsheri – 15 tahun warga Nepal
Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Nepal, Temba Tsheri, 15 tahun menjadi orang paling muda sampai ke puncak dalam cubaan keduanya. Sebelum ini seorang remaja Nepal, Shambhu Tamang yang berusia 16 tahun berjaya melakukannya pada tahun 1973.
Ini adalah percubaan kedua Tsheri di mana pada Mei tahun lalu dia hanya 22 meter dari puncak Everest tetapi terpaksa berpatah balik ekoran kabus tebal. Bagaimanapun dia kehilangan tiga jarinya.
Alyssa Azar – 19 tahun warga Australia
Seorang remaja perempuan, Alyssa Azar menjadi kebanggaan Australia apabila berjaya menakluk Gunung Everest pada usianya 19 tahun sekaligus mencatat sejarah sebagai warga Australia melakukannya pada usia muda.
Berasal dari Queensland, dirinya mula naik ke puncak pada jam 4.00 pagi pada ketinggian 800 meter dari puncak sebelum sampai beberapa jam kemudian. Ini percubaan ketiganya. Dalam dua percubaan sebelum ini iaitu pada tahun 2014, berlaku runtuhan salji di base camp Khumbu yang mengorbankan 16 sherpa.
Pada April 2015, sekali lagi dirinya berusaha untuk melakukan pendakian dan ketika berada di base camp, kota Nepal dilanda gempa bumi yang mengorbankan 3218 orang. Kejayaan remaja ini amat dibanggakan kerana dia berusaha tiga kali dan semangat yang tak pernah putus. Dirinya juga seorang yang sangat tekad. Mula mendaki pada 2005 melintasi Jalur Kokoda di Papua New Guini dan telah mendaki 10 puncak gunung tertinggi di Australia. Sebelum ini Rex Pemberton menjadi warga Australia termuda berjaya mendaki pada usianya 21 tahun.
Jordon Romero- 13 tahun dari Amerika Syarikat
Seorang remaja dari Amerika Syarikat dikatakan berjaya menjadi orang termuda menakluk Gunung Everest pada usianya 13 tahun. Jordon Romero telah menelefon keluarganya dari puncak gunung tertinggi dunia itu pada tahun 2010.
“Mama, saya menelepon dari puncak dunia,” kata Leigh Anne Drake mengutip perkataan anaknya. Jordan Romero mendaki gunung bersama ayahnya dan tiga pemandu Sherpa.
Rekod pendaki termuda Everest sebelumnya dipegang oleh seorang remaja laki-laki Nepal berusia 16 tahun. Romero sekarang sudah pernah menaklukkan gunung-gunung tertinggi di lima benua dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti memutuskan untuk menukar nama pentas yang telah dipakainya selama 28 tahun baru-baru ini. Penyanyi yang kini menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) itu memilih untuk menukar nama pentasnya kepada Kris Dayanti.
Menurut beliau, keputusan tersebut diambil bagi menyelaraskan kembali nama pentasnya dengan nama asli beliau dalam sijil kelahiran yang diberikan oleh ibu bapanya.
“Sebenarnya Kris Dayanti nama saya sendiri dalam surat beranak,” katanya ketika sidang media Jumaat lepas.
Diva kesayangan rakyat Indonsia itu berkata, nama Krisdayanti itu mula melekat dengan dirinya setelah bekerjasama dengan Warner Music pada 1995. Menurutnya, syarikat rakaman ketika itu berpendapat nama itu lebih mudah diingati.
Bagaimanapun, selepas kematian arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2021, isteri kepada Raul Lemos itu mula berfikir untuk menggunakan semula nama kelahirannya itu.
Sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada arwah bapanya, dia meminta nama Kris Dayanti digunakan mulai sekarang oleh para peminat dan pihak media.
Selain itu, beliau sempat berkongsi tentang sejarah bagaimana nama panggungnya yang lain iaitu KD mula tercetus.
Dikatakan bahawa, ketika masih aktif sebagai penyanyi, ibu Aurel Hermansyah itu sempat berduet dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Gloria Gaynor. Namun kerana takut pasangan duetnya mengalami kesukaran menyebut namanya ketika itu, dia mengambil keputusan untuk memperkenalkan dirinya dengan nama KD.
“Susah dia (Gloria Gaynor) nak panggil ‘Krisdayanti’. Jadi, saya cuma suruh dia panggil KD. Lepas itu ramai yang panggil KD sebagai singkatan,” akhiri Kris Dayanti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.