Sebagai salah satu tunjang generasi kedua dunia hiburan K-pop, kumpulan pop rock dari Korea Selatan, CNBLUE tentunya masih berbekas di minda (dan hati) para peminat mereka.
Setelah hampir sepuluh tahun menantikan kemunculan mereka semula, akhirnya CNBLUE bakal kembali ke Malaysia pada bulan April! Ia bersempena jelajah Asia 2024 CNBLUE Live ‘CNBLUENTITY’ dan Mega Star Arena, Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi terpilih pada kali ini.
Kehadiran grup yang dianggotai oleh Yonghwa (vokalis utama & gitar), Minhyuk (pemain dram) dan Jungshin (pemain bass) pastinya akan menggamit semula kenangan peminat OG dan setia K-pop di Malaysia yang sekian lama masih mendengarkan lagu-lagu hit seawal era 2008 hinggalah sekarang.
Menariknya mengenai konsert kali ini, CNBLUE bukan sekadar menghiburkan peminat dengan lagu-lagu baharu mereka kepada BOICE, malah korang juga dijanjikan lagu-lagu lama yang selama ini menjadi siulan ramai seperti I’m a Loner, I’m Sorry, Love dan Can’t Stop.
Bagi korang yang tidak sabar lagi untuk mendapatkan tiket, ia telahpun dijual sejak 29 Februari dan ia terbahagi kepada beberapa zon iaitu BOICE, THEN, NOW dan FOREVER.
Tidak kiralah korang memilih zon yang mana sekalipun, pengunjung dijanjikan akan membawa pulang barangan ‘momento’ rasmi daripada konsert tersebut seperti lanyard berlamina, poster yang telah ditandatangani dan sebahagian juga berpeluang menonton CNBLUE ketika sesi soundcheck!
Ads
Kepada yang telah mendapatkan tiket 2024 CNBLUE Live ‘CNBLUENTITY’, jumpa korang di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 20 April kelak jam 8 malam ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi kebanyakan daripada kita, kisah seperti dalam filem The Princess Diaries mungkin hanya seperti cerita dongeng, tetapi sebaliknya ia mungkin boleh menjadi kenyataan jika dilihat daripada salah silah keturunan silam keluarga besar kita.
Mungkin ada individu yang merupakan kerabat diraja tetapi masih menjalani kehidupan seperti orang kebanyakan. Para selebriti tidak terkecuali kerana ada diantaranya yang sememangnya berketurunan diraja, namun tidak menceritakan latar belakang mereka.
Di Bollywood, ramai tak tahu bintang filem popular ini sebenarnya mempunyai darah diraja.
Merupakan seorang putera raja dari keturunan keluarga diraja India, keluarga diraja ini dilihat berkumpul di Pataudi Palace atau Istana Pataudi bersama teman-teman mereka. Dalam gambar itu, Kareena Kapoor kelihatan elegan manakala Saif kelihatan seperti seorang raja dengan latar belakang Istana Pataudi yang merupakan warisan nenek moyangnya.
Laporan dari bollywoodshaadis.com menyebut bapa Saif Ali Khan, Mansoor Ali Khan Pataudi adalah seorang bekas kapten kumpulan kriket di India dan juga Nawab Pataudi iaitu pemerintah Pataudi dari era 1952 hingga 1971.
Pataudi adalah sebuah bandar indah yang terletak di kaki bukit Aravali, Daerah Gurgaon, India. Ini adalah bandar yang pernah menjadi kerajaan kecil sebelum India mencapai kemerdekaannya.
Selepas Mansoor Ali Khan meninggal dunia, Saif Ali Khan telah dinobatkan sebagai Nawab Pataudi. Beliau adalah putera ke-10 yang masih mempunyai darah biru di India.
Seperti putera di negara lain, Saif juga mempunyai istana iaitu Istana Pataudi yang terletak di kota Pataudi di daerah Gurgaon di Haryana.
Sayangnya selepas kemerdekaan India, keluarga itu kehilangan title (Pataudi) mereka termasuklah istana tersebut. Dalam satu temu bual dengan akhbar India, Saif mendedahkan bagaimana mereka terpaksa ‘menebus’ semula hartanah itu menggunakan wang simpanannya sebagai pelakon filem daripada rangkaian hotel Neemrana.
Kini Istana Pataudi kembali menjadi milik pasangan ini dan dijadikan rumah penginapan singgah keluarga mereka. Apakah rupa interior Istana Pataudi? Mari lihat sedikit info tentang istana ini seperti dilaporkan oleh India Today.
(1) Warisan Keluarga Pemerintah
Pataudi Palace seperti yang dijelaskan sebelumnya, telah diserahkan dari pemerintah yang terakhir, Iftikhar Ali Khan kepada anaknya, Mansoor Ali Khan.
Selepas Mansoor Ali Khan meninggal, Saif Ali menjadi pewaris. Jadi ia mempunyai istana dengan seni bina yang mengagumkan, sebuah dewan besar dan taman-taman yang rimbun.
(2) Rumah Kolonial
Pada awal tahun 1900-an, Pataudi Palace telah direka dan dibina dalam gaya rumah kolonial Imperial Delhi oleh Robert Tor Russell, dibantu oleh arkitek Austria, Karl Molt von Heinz. Selepas mewarisi tempat ini, Saif Ali Khan mengambil pereka dalaman Darshini Shah untuk mengubahsuainya.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan keselesaan dan menjadi lebih bergaya daripada hanya mewah dan besar.
(3) Istana Bernilai RM466 Juta
Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan sebenarnya banyak menghabiskan kehidupan sehariannya di Mumbai. Tetapi, mereka sering memilih Pataudi Palace sebagai lokasi percutian musim sejuk.
Seperti yang dilaporkan oleh architecturaldigest.in, rumah percutian Saif Ali Khan dan ahli keluarganya ini mempunyai kawasan seluas 10 hektar dan mempunyai 150 bilik, termasuk tujuh bilik persalinan, tujuh bilik tidur, tujuh bilik snooker, serta ruang tamu dan ruang makan mewah. Istana ini bernilai RM466 juta.
(4) Dihiasi Foto Lama
Sebagai warisan keluarga diraja, tidak hairanlah Istana Pataudi mempunyai banyak kenangan sejarah. Semua kenangan dicatatkan dalam gambar-gambar lama yang menghiasi di pelbagai tempat di istana yang indah ini.
(5) Pernah Dijadikan Hotel
Mansoor Ali Khan pernah menyewa tempat ini selama 17 tahun dengan Francis Wacziarg dan Aman Nath, pemilik rangkaian Neemrana Hotels. Tempat ini dikendalikan sebagai The Pataudi Palace Hotel antara tahun 2005 dan 2014 sebelum Saif Ali Khan mengambil alih harta pusaka ini.
Menurut laporan dari architecturaldigest.in, Saif terpaksa mengeluarkan wangnya sendiri untuk mendapatkan semula istana ini dari pemilik hotel.
(6) Lokasi Penggambaran Filem
Jadi lokasi penggambaran filem Eat Pray Love yang dibintangi oleh Julia Roberts.
Kerana mereka tidak mendiami Istana Pataudi setiap hari, Kareena dan Saif Ali membuat istana mereka sebagai lokasi penggambaran seperti filem Eat Pray Love yang dibintangi oleh Julia Roberts, kepada filem-filem popular lain iaitu Mangal Pandey, Veer Zara, juga menyewa Istana Pataudi sebagai lokasi penggambaran.
Bukan biasa-biasa keluarga ini ye!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tetapi itulah hakikatnya jika korang tersalah pilih tona budak asas ataupun foundation.
Walaupun kita semua berbangsa Asia, namun tona dan tona asas (undertone) wajah masing-masing semuanya berbeza. Ada yang mempunyai undertone hijau, ada juga yang kemerahan serta kebiruan.
Jadi dengan mengetahui undertone yang betul, wajah korang tidak lagi kelihatan ‘bercapuk’ atau tak sekata semasa meraikan Aidilfitri tahun ini.
Cuba kuiz di bawah untuk mengetahui Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation yang sesuai dengan kamu?
Dah tahu tona sesuai korang daripada koleksi Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation?
Untuk pengetahuan korang, foundation ini ada dijual di stor Guardian seluruh Malaysia dan memang diakui bagus untuk disesuaikan dengan warna kulit asas. Ia tak akan kelihatan cakey walaupun sedang beraya di bawah cahaya terik kerana formula matte-nya.
Stor terbaru Guardian di Kompleks Membeli-Belah Central i-City.
Ada foundation yang boleh ‘menyerlahkan’ lagi liang pori dan membuat kulit kelihatan berminyak. Namun, lain ceritanya dengan foundation daripada Maybelline ini yang menggunakan teknologi Micro-Powder untuk mengatasi efek liang pori terbuka.
Malah ia juga berkesan ‘menyerap’ minyak untuk memastikan wajah kekal matte.
Menarik Menanti Anda!
Sudah alang-alang berada di stor Guardian untuk mendapatkan foundation daripada Maybelline ini, why not korang dapatkan sekali beg tote NAELOFAR pada harga RM17.90 saja apabila orang berbelanja lebih daripada RM20 dengan membeli barangan jenama di bawah:
Meskipun berdepan pelbagai cabaran, penyanyi popular, Aina Abdul nekad menjayakan konsert jelajah pertamanya ‘Aina Abdul Imaji Tour’ di tiga lokasi terpilih Disember ini.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani (31) berkata, segala cabaran yang dihadapi sehingga membuatkan beliau pernah hampir berputus asa, tidak akan mematahkan semangatnya untuk menggapai impian beliau itu.
“Saya tidak sangka akan ‘breakdown’ begini. Apabila sudah bertahun dalam industri, saya perasan dan belajar bahawa bukan mudah untuk membuat konsert di Malaysia, tetapi saya suka membuat persembahan”
“Jadi, saya beritahu pasukan saya, walau apa pun yang terjadi, Aina Abdul Entertainment tetap kekal di sini untuk menjayakan apa yang telah dirancang,” jelasnya dalam nada sebak, pada sidang media konsert jelajahnya baru-baru ini.
Tambahnya lagi, “Ini juga adalah impian saya kerana saya membesar dengan melihat idola-idola saya mengeluarkan album dan membuat persembahan atau konsert mereka sendiri. Jadi, saya juga mahu buat perkara sama demi kepuasan sendiri.”
Menurutnya, konsert jelajah yang diuruskan oleh Altus Prohouse itu juga merupakan sebahagian daripada usahanya memperkenalkan dan mengukuhkan lagi kedudukan album sulungnya ‘Imaji’ yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.
Dalam pada itu, demi menjayakan konsert tersebut di setiap lokasi, pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 ini juga sanggup mengeluarkan dana sendiri bagi memastikan peminat dapat menikmati persembahan terbaik.
Walau bagaimanapun penyanyi yang dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan itu juga tidak akan menolak jika ada pihak yang mahu memberi tajaan bagi menjayakan jelajah berkenaan.
Konsert jelajah Aina Abdul Imaji Tour anjuran Aina Abdul Entertainment akan berlangsung di tiga lokasi berbeza, iaitu Arena Gemilang, DeTAR PUTRA di Universiti Malaysia Sarawak (14 Dis), Zepp Kuala Lumpur (27 Dis) dan Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah (11 Jan 2025).
Tiket bagi persembahan di UUM dan Unimas dijual pada harga RM100 hingga RM180, manakala tiket konsert di Zepp Kuala Lumpur berharga RM288 hingga RM6,666. Turut tersedia tiket untuk Orang Kurang Upaya pada harga RM268. Tiket boleh didapati dalam talian di www.ticket2u.com.my bermula semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...