Pemain base band CNBLUE, Jong Hyun mengumumkan keluar daripada band tersebut setelah kantoi menghantar DM kepada seorang Youtuber.
Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh selebriti tersebut menerusi laman Instagramnya.
“Hai, ini adalah Lee Jong Hyun. Saya pernah meminta maaf kepada mereka yang terluka dengan kata-kata saya sebelum ini.
“Walaupun agak lewat, saya ingin mengumumkan pengunduran saya daripada CNBLUE. Saya berasa amat bersalah terhadap ahli-ahli band yang terluka dengan sikap saya. Mereka juga tahu mengenai pengunduran saya ini.
“Saya sanagt malu kerana menyebabkan peminat-peminat saya kecewa. Memandangkan kami (CNBLUE) semua kini sedang berada di dalam tentera, ia mengambil masa sedikit untuk mengumumkan perkara ini. Saya minta maaf atas kesilapan saya yang memalukan dan mendatangkan kritikan ini,” tulisnya.
Ads
Bagaimanapun, Jong Hyun kemudiannya memadam Instagramnya.
Sementara itu, Youtuber yang berkongsi DM Jong Hyun kepada umum sekaligus mengantoikan selebriti itu memuat naik kenyatan meminta maaf kepada umum.
“Hai, ini adalah Park Min Jung. Saya minta maaf kerana apa yang saya muat naik semalam menimbulkan kontroversi. Pertama sekali, saya menerima DM peribadi daripada CNBLUE Lee Jong Hyun adalah pada minggu lalu.
Ads
“Ketika itu, saya sedar bahawa dia sedang dalam proses muhasabah diri jadi saya tidak melayannya. Apabila saya menerima satu lagi mesej, secara jujurnya, saya berasa sangat tidak selesa dan risau jika wanita lain mengalami nasib yang sama dengan saya. Oleh itu, saya ingin menghalang daripada perkara tersebut terjadi.
“Itu adalah sebab utama saya memuat naik DM tersebut di IG. Saya kini sudah membuang dan untuk masa akan datang akan berhati-hati memuat naik sesuatu tanpa berfikir panjang. Saya minta maaf,” tulisnya.
Sebelum ini, Park Min Jung berkongsi DM peribadi Jong Hyun kepadanya melihatkan artis tersebut memuji susuk tubuhnya dan meminta agar youtuber tersebut memuat naik banyak lagi video.
Jong Hyun juga turut mengaku terlibat dengan skandal melibatkan video lucah mengaitkan Seungri, Jung Jong Young dan ramai lagi.
Sumber: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fazillah Raduan telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia terpaksa menonton semula tayangan The Batman yang telah ditonton 45 minit pertama di TGV Cinemas.
Menurut lelaki itu, tayangan berkenaan telah bermula pada pukul 7.15 malam dan selepas 45 minit tayangan bermula, seorang kakitangan pawagam masuk dan membuat pengumuman “Kami akan memulakan semula filem itu dari awal. Maaf atas kesulitan yang timbul”.
Jelas kakitangan tersebut, ia adalah disebabkan oleh beberapa pelanggan yang baru tiba. Disebabkan oleh aduannya itu, pihak pawagam telah menawarkan bayaran balik namun lelaki itu tetap tidak berpuas hati kerana ia bukan soal wang, tetapi masa yang telah dibazirkan begitu sahaja.
“Filem ini adalah 178 minit. Sekarang saya terpaksa bertahan lagi 45 minit hanya kerana sekumpulan individu yang masuk lewat?”
“Ini bukan tentang duit, ini tentang keadilan. Adakah anda cuba memberitahu bahawa saya dan pelanggan lain kurang penting daripada mereka yang sampai lambat itu,” jelas lelaki tersebut.
Aduan ini telah mendapat perhatian pihak TGV Cinemas dan mereka memohon maaf atas kejadian tersebut serta menawarkan dua tiket percuma dengan pembayaran semula kerugian yang ditanggung pelanggan.
Sumber: TGV Cinemas
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam-macam dugaan bila kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dipraktikkan ketika ini berikutan sesi persekolahan secara bersemuka ditutup sementara dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.
Bercakap soal gajet, bukan sekali dua kes mengenai telefon percuma daripada Program Jaringan Prihatin meletup. Sebentar tadi, menerusi Twitter, Syed Saddiq telah kongsikan gambar tangkap layar menunjukkan aduan seseorang menyatakan telefon pintar jenama Yes yang diterimanya telah meletup.
Nasib baik tak kena dekat tangan anakku… Baru pakai dua bulan… Hasil jaringan prihatin lah sangat…
Apa dah jadi ni?? Lagi sekali telefon pelajar meletup.
Dah banyak insiden telefon yang kerajaan edarkan ni meletup, tapi masih tidak ada apa-apa tindakan berat dibuat??
Paling tidak, tarik semula telefon ni dan ganti yang lebih berkualiti!
Ekoran ini, Syed Saddiq sekali lagi menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan segera menarik semua telefon percuma yang diberikan ini.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Muar tersebut dan meminta kerajaan untuk menarik semula pemberian telefon tersebut. Malah menasihati ibu bapa untuk tak benarkan anak-anak memakai telefon percuma yang diberikan kerana bimbang ada yang tercedera.
Tunggu ada pelajar mati/cacat, lalu viral masuk radio/tv. Baru YB atau menteri nak turun. Itu ke SOPnya?
Sudah bunuh peluang mereka dpt pendidikan berkualiti dengan gajet murahan begini. Sekarang mahu bunuh nyawa pula?
BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA PUNCA BAGAIMANA TELEFON PINTAR BOLEH MELETUP.
• Bila 2 konduktor dalam bateri bersentuhan antara satu sama lain, mengakirkan kuasa (dan haba) ke dalam elektrod lalu menyebabkan berlakunya letupan.
• Terlebih cas; dan bila berlaku pada bateri yang mempunyai masalah ia berpotensi untuk meletup
• Terdedah di tempat panas melampah seperti di dalam kereta yang terdedah kepada cahaya matahari
• Pengecasan pantas terutama daripada pengecas tidak berkualiti dan tak diiktiraf kesamatannya.
Bagi REMAJA, perkara pertama untuk korang elakkan daripada terdedah dengan bahaya ini adalah jangan gunakan aksesori pengecasan yang tidak mendapat kelulusan piawaian keselamatan.
Sebelum ini pun, YTL Communications telah mengeluarkan kenyataan bahawa telefon pintar keluaran YES yang diedarkan kepada pelajar yang memerlukan untuk sesi PDPR adalah mematuhi piawaian antarabangsa dan selamat digunakan. Hmm…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin masih ada yang belum move on dengan ahli kumpulan iKON B.I meninggalkan grup yang bernaung di bawah YG Entertainment itu. Semalam, laman Twitter dan Instagram kecoh dengan surat terbuka ibu kepada Kim Han Bin (Nama sebenar B.I) yang boleh membuatkan korang mengalir air mata.
Jika korang ikut perkembangan grup ini, pasti korang tahu bahawa Kim Han Bin keluar dari rumah untuk mencapai cita-cita menjadi seorang penyanyi di usia remaja. Tidak menghalang impian seorang anak, si ibu sanggup berpisah dengan anak lelaki sulungnya.
Ibu mana yang tak sedih bila anak menghadapi masalah. Tambahan pula, masalah yang dilalui oleh Han Bin. Berikutan dari kes ini, ibu Han Bin mengeluarkan kata-kata ini dan viral di semua platform sosial media seluruh dunia yang mengikuti perkembangan iKON.
Anak kesayanganku, Bin…rasanya ini kali pertama ibu menulis surat ini kepada kamu. Rasa sangat pelik namun ibu harap kata-kata ibu ini sampai kepada kamu.
“Di usia muda, untuk mengejar impian kamu telah meninggalkan keluarga dengan awal jadi tentunya ia sangat sukar dan memenatkan.
“Namun, kamu sangat matang dan boleh terima semua itu. Terima kasih kerana membesar dengan begitu baik dan buat apa yang harus dilakukan.
“Mempunyai kerjaya sebagai seorang selebriti, kamu berdepan dengan banyak benda. Ada banyak insiden yang sukar selama ini namun ibu bersyukur kamu mampu mengharunginya.
“Tapi bila melihatkan semua kesusahan yang kamu perlu hadapi, ibu menjadi sangat sedih. Ibu sangat sedih kerana satu-satunya perkara yang boleh ibu lakukan untuk kamu adalah melihat dari tepi bagaimana kamu harus menghadapi semua itu.
“Namun, ibu percayakan anak ibu. Ibu tahu kamu akan dapat hadapi semua dugaan ini seperti mana kamu hadapinya sebelum ini.
“Selain ibu, ada juga peminat yang lebih risaukan kamu lebih berbanding ibu.
“Jangan lupa impian dan harapan yang kamu ada sejak awal dulu. Selalu buat yang terbaik dan kamu sudah pun menjadi yang terbaik di mata ibu. Ibu selalu akan menunggu anak ibu di tempat biasa.
“Pesanan: Memandangkan kita saling sayang-menyayang, selalu ‘contact’ ibu, jangan tak balas Kakao Talk ibu dengan karisma kamu tu. Ibu sayangkan kamu,”
Lebih menjengkelkan apabila Dispatch mendedahkan membawa Han Seo Hee merupakan A di sebalik perbualan Kakao Talk yang hangat diperkatakan tempoh hari. Han Seo Hee merupakan bekas trainee YG Entertainment. Sounds familiar kan nama ni? Yes! Ini adalah wanita yang sama terlibat dengan skandal dadah TOP, ahli kumpulan Big Bang pada tahun 2017.
Menurut Allkpop, Han Bin membeli dadah dari Han Seo Hee beberapa bulan sebelum wanita itu ditangkap berkaitan skandal dadah dengan TOP Big Bang. Wanita itu memberi kenyataan bahawa bukan sekadar TOP yang terlibat ketika itu, malah Han Bin juga terpalit dalam isu ini.
Terdapat beberapa percanggahan keterangan antara Yang Hyun Suk (Pengarah YG) dan Han Seo Hee berikutan siasatan bekas ahli iKON itu. Ketika ditangkap pihak polis pada tahun 2016, Seo Hee memberi keterangan bahawa dia dan Han Bin sama-sama mengambil dadah jenis Marijuana. Namun, dia menukar keterangannya setelah diugut oleh YG.
Kenyataan Seo Hee itu bagaimanapun bercanggah dengan YG yang hanya memanggil Seo Hee pada tahun 2016 itu memberitahu perkara yang sebenar dan bukan mengada-adakan cerita.
REMAJA pun dah pening dengan kes ni. Apa yang pasti, nama B.I telah pun dikeluarkan dari website YG Entertainment walaupun iKONIC dan seluruh fandom kpop seperti Army dan EXOL telah membantu dalam petisyen untuk mengekalkan Han Bin dalam iKON.
Biasalah, masing-masing nak lepaskan tengkuk sendiri. Apa yang kami boleh rumuskan di sini, tak kira mana-mana negara, skandal dadah/seks mempunyai corak yang sama tak kira dari golongan artis, pakar perubatan, ahli perniagaan mahupun ahli politik.
REMAJA nak nasihatkan semua orang jangan terjebak dengan dunia kotor dan jijik ni. Jangan ada sikap ingin mencuba sesuatu perbuatan jahat walaupun kita ni orang biasa-biasa je. Kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Perkara-perkara seperti ini akan makan diri kita jika suatu hari nanti kita dikenali dunia. Ambil story ini sebagai teladan dalam kehidupan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon veteran, Zulkifli Ismail, yang kini berusia 62 tahun, meraih perhatian peminat apabila menyatakan bahawa beliau kini sedang menyambung pengajian di Universiti...