
Zaman sekarang ramai yang struggle nak turunkan berat badan, tapi kadang-kadang rasa mustahil, kan? Tapi jangan down dulu sebab seorang pemuda dari Indonesia ni dah buktikan, dengan teknik yang betul, korang boleh capai body goal korang tanpa stress.
Seorang pemuda dikenali sebagai Kulkasakash telah mencuri perhatian ramai dekat TikTok lepas dia berkongsi kisah kejayaan turunkan berat badan sebanyak 40kg!
Kalau korang nak tahu, berat asal dia cecah 110kg, tapi dengan konsisten amalkan Intermittent Fasting (IF) 12:12, berat badan dia sekarang stabil dekat 70kg — memang padu! 😱
IF 12:12 adalah kaedah puasa berkala di mana korang berpuasa selama 12 jam
dan hanya makan dalam tempoh 12 jam berikutnya setiap hari.Contoh paling senang:
✅ Makan dari pukul 8 pagi sampai 8 malam
✅ Puasa dari 8 malam sampai 8 pagi
Waktu puasa tu korang masih boleh minum air kosong atau teh hijau tanpa gula — yang penting, elakkan makanan berat atau minuman manis.
Nak tahu macam mana dia susun jadual diet dia? Simple je tapi kena konsisten:
🕕 6.00 pagi: Minum air putih lepas bangun tidur, jangan terus sarapan
🕗 8.00 pagi: Sarapan — boleh makan apa je tapi berpada-pada, jangan over
🕦 11.30 pagi: Minum teh hijau untuk kawal nafsu makan
🕐 1.00 tengah hari: Lunch — nasi, lauk, sayur
🕒 3.00 petang: Snek sihat — buah-buahan
🕖 7.00 malam: Dinner — sandwich roti telur + salad
🕗 8.00 malam: Minum teh hijau lagi
Lepas pukul 8 malam, masuk tempoh puasa. Boleh minum air kosong je sampai esok pagi.
Kulkasakash siap pesan, diet je tak cukup. Korang kena rajin bergerak. Dia sendiri buat senaman 4 kali seminggu untuk maintain stamina dan bakar lemak lebih cepat.
Kalau korang jenis tak biasa bersenam, boleh start slow:
✔️ Jalan kaki 30 minit
✔️ Senaman ringan macam stretching
✔️ Kalau dah biasa, boleh try workout cardio
Yang penting, jangan terus buat extreme — dengar signal badan korang.
Kulkasakash juga tekankan kepentingan minum teh hijau. Katanya, teh hijau bantu:
☕ Kurangkan rasa lapar
☕ Kawal nafsu makan waktu puasa
☕ Boost metabolisma badan
Tapi ingat, teh hijau kena minum tanpa gula baru berkesan!
Turunkan berat badan memang tak mudah, tapi macam yang Kulkasakash dah buktikan, kalau ada disiplin dan ikut cara yang betul, korang pun boleh dapat hasil. IF 12:12 ni antara teknik yang sesuai untuk beginner — tak terlalu ketat tapi tetap efektif.
Jangan lupa, kunci utama:
💪 Konsisten IF 12:12
💪 Pilih makanan sihat, jangan overeat
💪 Senaman 4 kali seminggu
💪 Teh hijau bantu kawal nafsu
So, siapa yang tengah struggle nak kurus tu, boleh try ikut jejak langkah Kulkasakash. Mana tahu, lepas ni korang pula jadi inspirasi TikTok! 😉
BACA: Lim Ji Yeon Kekal Langsing Walau Suka Makan, Aktres Korea Ini Ada Petua Diet!
Semoga terus menjadi ikon wanita yang memberi inspirasi kepada semua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.