
Baru-baru ini, tular foto keadaan sesak di Bukit Broga selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Kesesakan ini dikatakan mungkin berpunca daripada kawalan kendiri yang dilakukan oleh pemilik tanah dan pengendali parkir di kawasan tersebut.
Justeru itu, lokasi hiking pilihan masyarakat Malaysia ini bakal ditutup selama dua minggu daripada sebarang aktiviti susulan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) mulai 27 Jun ini.

Menurut APM Daerah Hulu Langat, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan mengeluarkan arahan penutupan Bukit Broga mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020.
Hm, ada baiknya juga sekiranya Bukit Broga ditutup sementara bagi menguatkan lagi sistem SOP sebelum dibuka semula. Nanti tak semena-mena timbul pula kluster Broga.
Sumber: Harian Metro & APM Daerah Hulu Langat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktiviti Kunjung Mengunjungi Hari Raya Punca Kluster Pangsapuri Cheras

Ternyata apa yang dirisaukan mula menjadi kenyataan. Aktiviti kunjung mengunjung yang diberikan oleh kerajaan pada hari raya pertama baru ini besar kemungkinan menjadi punca kluster Pangsapuri Cheras dilaporkan.
Laporan terkini Sinar Harian, penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) di Pangsapuri Cheras berkemungkinan besar berkaitan dengan aktiviti kunjung mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.
"Seperti yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maklumkan sebelum ini, terdapat satu kluster baharu di sebuah pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kes pertama kluster ini telah dikenal pasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz yang telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KKM.
"Bagaimanapun, melalui siasatan tiada pelajar, guru atau kakitangan dari pusat tahfiz tersebut yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, susulan itu siasatan dan saringan kontak rapat bagi keenam-enam kes tersebut telah dijalankan.
Katanya, setakat ini, seramai 120 orang dikenal pasti dan disaring, enam didapati positif, 76 negatif dan 38 masih menunggu jawapan.
"Mereka telah dikesan melalui tindakan pengesanan kes secara aktif. Kes-kes positif kluster ini merupakan ahli keluarga dan rakan kepada kes pertama yang dikesan," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Ketua Polis Daerah Thailand, Joe Ferrari Akhirnya Dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Bekas ketua polis daerah di Thailand yang dikenali sebagai ‘Joe Ferrari’ akhirnya dipenjara seumur hidup atas kesalahan mendera seorang suspek dadah hingga mati ketika dalam proses siasatan.
Thitisan Utthanaphon didapati bersalah kerana membunuh dengan melakukan seksaan sehingga menyebabkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kezaliman polis serta rasuah dalam pasukan keselamatan itu.
BACA: Tidak Kenal Kuasa & Pangkat, Bekas Ketua Polis Daerah Thailand Berdepan Hukuman Mati

Rakaman video Ogos tahun lalu menunjukkan sekumpulan pegawai yang didakwa termasuk, Thitisan menekup kepala tahanan sambil menyoalnya. Suspek berusia 24 tahun itu meninggal dunia dalam tahanan polis dan video tular itu telah dijadikan bukti untuk siasatan terhadap tindakan Thitisan dan enam pegawai lain.
Rakaman itu menunjukkan Joe Ferrari dan pegawainya ‘membungkus’ tujuh beg plastik di kepala suspek ketika soal siasat dan cuba memeras ugut AS$60,000 (RM263,690) yang membawa kepada kematian mangsa.

Hakim di Mahkamah Jenayah Pusat bagi Kes Rasuah dan Salah Laku Bangkok menjatuhkan hukuman mati Thitisan yang berusia 41 tahun itu tetapi segera menukarnya kepada penjara seumur hidup. Mahkamah mengurangkan hukuman kepada penjara seumur hidup kerana Thitisan cuba membantu memberi bantuan kecemasan kepada suspek dan membayar perbelanjaan pengebumian untuk keluarga itu.
Namun, ibu mangsa tidak berpuas hati dan menjelaskan dia tidak mahu melihat wajah Thitisan.

Thitisan Utthanaphon didapati bersalah kerana membunuh dengan melakukan seksaan kepada suspek (Foto: Bangkok Post)
“Saya mahu (hukuman mati). Saya mahu perkara berlaku kepadanya seperti yang berlaku kepada anak saya,” katanya.
Untuk info, Thitisan Utthanaphon mendapat gelaran ‘Joe Ferrari’ kerana minatnya terhadap kereta mewah ketika skandal rasuah mengejutkan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang Thailand, selain gaya hidupnya yang serba mewah.
Semoga hukuman yang diterimanya itu sedikit sebanyak dapat memberi keadilan buat mangsa dan diharap agar kes ini menjadi teladan kepada pihak berkuasa yang lain. Walaupun mempunyai kuasa, tidak bermakna mereka boleh melakukan sesuka hati sehingga menyebabkan kematian.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Bulan “Berperang” Dengan Covid-19, KKM Beri “Time Off” Pada Frontliner

Semestinya, barisan frontliner petugas perubatan dan keselamatan antara individu yang bertungkus lumus memberikan khidmat bakti terbaik melawan Covid-19 di negara kita.

Terbaru, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan berita gembira buat petugas KKM dalam Sidang Media Perkembangan Covid-19 hari ini.
Selepas beberapa bulan berkhidmat tanpa henti bagi mengawal pendemik ini, frontliner akan diberikan cuti secara bergilir-gilir bermula minggu hadapan.

“Mungkin dalam masa ini kita akan menggunakan seminggu dua untuk kita memberi ‘time off’ kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir.”
Perkara tersebut disampaikan bagi memberikan masa untuk frontliner berehat sebentar dan memulihkan semangat masing-masing selepas bertungkus-lumus selama hampir 5 bulan.

“Kita di KKM bekerja siang malam tak berhenti sejak lima bulan, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja.”
Penurunan Kes
Pengumuman tersebut dilakukan selepas melihat keadaan terkini yang semakin baik dan kes positif Covid-19 di Malaysia juga semakin menurun.
“Apa yang pasti hari ini kita nampak keputusan dan hasil daripada pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) juga semakin berkurangan.”

Berita tersebut sudah tentu memberikan sinar kegembiraan buat para barisan hadapan yang pastinya lelah dalam menangani Covid-19 ini.
Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 5 May 2020
Cuti yang diberikan sudah tentu dapat meneutralkan kembali semangat juang mereka agar dapat kembali bertugas dengan lebih dedikasi selepas kembalinya dari bercuti.
Memang wajar frontliner dan wira tak didendang kita ini diberikan cuti setelah berhempas pulas menagani pandemik membawa maut ini.
Sumber : KKM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

