Ternyata apa yang dirisaukan mula menjadi kenyataan. Aktiviti kunjung mengunjung yang diberikan oleh kerajaan pada hari raya pertama baru ini besar kemungkinan menjadi punca kluster Pangsapuri Cheras dilaporkan.
Laporan terkini Sinar Harian, penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) di Pangsapuri Cheras berkemungkinan besar berkaitan dengan aktiviti kunjung mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.
Ads
"Seperti yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maklumkan sebelum ini, terdapat satu kluster baharu di sebuah pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kes pertama kluster ini telah dikenal pasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz yang telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KKM.
Ads
"Bagaimanapun, melalui siasatan tiada pelajar, guru atau kakitangan dari pusat tahfiz tersebut yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, susulan itu siasatan dan saringan kontak rapat bagi keenam-enam kes tersebut telah dijalankan.
Katanya, setakat ini, seramai 120 orang dikenal pasti dan disaring, enam didapati positif, 76 negatif dan 38 masih menunggu jawapan.
"Mereka telah dikesan melalui tindakan pengesanan kes secara aktif. Kes-kes positif kluster ini merupakan ahli keluarga dan rakan kepada kes pertama yang dikesan," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memiliki aset seperti rumah pada usia muda menjadi impian setiap orang. Namun, keadaan ekonomi yang tidak stabil pada masa ini dengan harga rumah yang tinggi menyukarkan kita semua terutamannya Remaja untuk memiliki aset ini.
Tetapi, lain pula dengan pelantun lagu ‘Sumpah’ dan juga juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, iaitu Naim Daniel. Walaupun baru berusia 22 tahun namun beliau sudah berjaya memiliki rumahnya sendiri. Hebat kan?
Menerusi satu posting di Instagram baru-baru ini, dia meluahkan rasa bersyukur dihadapan rumah barunya itu.
“Alhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum,” tulisnya ringkas.
Posting berkenaan dihujani komen rakan selebriti dan peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah serta turut tumpang gembira atas hasil usahanya sebagai anak seni membuahkan hasil selama ini.
Moga kejayaan Naim Daniel ini mampu memberikan semangat dan inspirasi buat remaja di luar sana. Cayalah Naim Daniel!
Sumber : instagram Naim Daniel
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika tahun-tahun sebelumnya, akhir tahun begini kita sibuk melancong dalam negeri atau luar negeri bagi menghabiskan cuti tahunan yang masih ada.
Tapi, tidak bagi tahun ini rasanya. Hal ini apabila Met Malaysia menjangkakan berlaku luruan monsun bermula hari ini (27 Disember) hingga 2 Januari depan.
Sumber : MET MALAYSIA
Pada masa sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah esok hingga 2 Januari dan barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember.
Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022. Menurutnya, angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan termasuk di Pantai Timur Semenanjung pada 27 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.
Foto: Berita Harian (Gambar hiasan)
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.
Take care semua!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Malaysia Gazette
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perasan tak di slip gaji korang bulan ini tertulis potongan EIS (Employment Insurance System). Jumlahnya mungkin tidak banyak, cuma RM1.90 bagi yang bergaji RM1000 sebulan dan maksimum RM 7.90 bagi bergaji RM4000 ke atas.
Apa EIS ini? Mungkin ramai dengar tapi tak berapa nak faham atau ambil tahu.
Untuk pemahaman, EIS ialah SISTEM INSURAN PEKERJAAN. Ia adalah faedah insuran terbaru yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesalamatan Sosial atau Sosco untuk kakitangan swasta dan manfaat ini bakal diterima oleh 6.4 juta pekerja swasta di seluruh negara.
Sedikit berbeza faedah yang diterima oleh pencarum Sosco yang biasanya akan menerima faedah atas bencana pekerjaan, EIS pula adalah satu skim insuran berkelompok yang diwajibkan kepada pekerja dan majikan. Menariknya, berapa jumlah yang pekerja bayar, pihak majikan juga perlu membayar jumlah yang sama.
Dalam erti kata paling mudah, kalau kita diberhentikan kerja, dibuang kerja, masih sihat tubuh badan untuk kembali bekerja, Perkeso akan mula membayar wang secara bulanan seawal tujuh hari dari tarikh kita disahkan diberhentikan kerja.
Maksudnya, kita masih akan menerima sebagian gaji dalam tempoh 3 hingga 6 bulan selepas diberhentikan. Kata orang bolehlah bernafas untuk seketika. Lebih best, pihak Perkeso akan membantu mencari pekerjaan baru dan jika perlu memberi kursus yang bersesuaian melalui pihak yang dilantik dan dibayar elaun lagi. Menarikkan.
Dalam pada pihak kerajaan merangka satu makenisme terbaik untuk pekerja swasta, wujud tohmahan kononnya dana potongan insuran EIS ini bakal digunakan untuk projek kerajaan?
Ini tohmahan palsu yang mulai berleluasa mulai semalam
Isu ini bagaimana pun ditepis oleh Dato’ Mohd Sahar bin Darusman yang juga Ketua Sistem Insurans Perlindungan (Employment Insurance System (EIS).
Diharap dengan penjelasan ini tak adalah yang memandai menularkan berita palsu lagi
Jelasnya, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) adalah satu jaringan keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam bentuk bantuan kewangan segera dan perkhidmatan pekerjaan termasuk carian pekerjaan, penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan latihan.
SIP berkonsepkan “Solidarity fund, Pooling of Resouces and Sharing of risk” di mana semua pekerja mencarum di dalam satu dana yang sama dan digunakan untuk membantu mereka yang terjejas kesan daripada kehilangan pekerjaan. Berdasarkan konsep ini, setiap tuntutan faedah SIP memerlukan sekurang-kurangnya 38 hingga 146 caruman daripada pencarum lain untuk membiayai tuntutan tersebut.
“Sekiranya tiada tuntutan dan pekerja meminra caruman mereka dipulangkan, konsep solidarity fund tidak lagi boleh diguna pakai dan sebaliknya akan menjadi savings model seperti KWSP. Ini bermakna, pencarum yang kehilangan pekerjaan hanya layak dibayar faedah mengikut carumannya sendiri iaitu serendah RM1.90 x 12 atau x 24 atau RM7.90 x 12 atau x 24 iaitu antara RM22.80 hingga RM189.60. Berbanding faedah di bawah SIP antara RM2,600 hingga RM14,600.
“Konsep SIP mementingkan kebajikan pencarum dan tidak mempunyai elemen keuntungan kepada organisasi. Insurans sosial mempunyai nilai tambah bagi memberi faedah secara maksimum kepada pencarum. Berbeza dengan insurans komersial yang berkonsepkan orientasi perniagaan dengan keutamaan kepada keuntungan maksimum kepada pihak konsesi,”katanya memaklumkan, sebelum sistem ini dilaksanakan, terlalu banyak kajian dilakukan demi kebaikan semua pihak.
“Sepanjang tempoh kajian SIP sejak 2009 hingga 2017, lebih daripada 80 kali sesi libat urus telah diadakan bersama pihak stakeholders (majikan, pekerja dan Kerajaan) termasuk sesi khas dengan YB Menteri Kewangan II dan 3 Menteri yang lain pada 10 Ogos 2017.
“Pihak stakeholders sebulat suara bersetuju untuk dibentang di Parlimen dan melaksanakan SIP pada tahun 2018.
PERKESO telah diberi kepercayaan oleh pihak stakeholders untuk mentadbir urus dana SIP. Pengurusan dana tersebut sentiasa di dalam pemantauan Audit Negara dan Kementerian Kewangan. Laporan tahunan SIP dan kewangan juga akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen,” katanya yang memaklumkan, seandainya seorang individu itu tidak pernah dibuang kerja sehingga usianya mencecah 60 tahun, maka tiada tuntutan semula boleh dilakukan.
Contoh faedah caruman bakal diterima pencarum EIS jika diberhentikan kerja..Mana lebih baik, carum atau tidak?
Yang menarik lagi dalam tempoh 12 bulan sebelum pekerja layak menuntut faedah SIP, Kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM136 juta bagi menbayar faedah interim kepada pekerja yang diberhentikan mulai januari 2018 hingga disember 2018:
Faedah interim ini akan dibayar selama 3 bulan sebanyak RM600 (atau RM1,800).
APA ITU SIP?
Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.
Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.
Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baharu melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.
Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional
LIPUTAN
TAKRIF LIPUTAN
Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.
Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00
KADAR CARUMAN
Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.
Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
KELAYAKAN PEKERJA YANG DIINSURANKAN UNTUK TUNTUTAN
Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan sebagai orang berinsurans) yang kehilangan pekerjaan kecuali:
Perletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans;
Tamat tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans;
Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans tanpa terma dan syarat;
Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
Persaraan orang berinsurans ; atau
Penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans disebabkan oleh salah laku.
Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif.
FAEDAH SIP
Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya
Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula
Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera.
Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
Menyediakan elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan.
Elaun Latihan (EL)
Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan
Fi/Yuran Latihan (FL)
Membiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!