Tukar cip MyKad rosak percuma hingga 7 Oktober, inisiatif khas ini diumumkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membantu rakyat yang berdepan masalah cip kad pengenalan tidak berfungsi. Tawaran ini dibuka di semua kaunter JPN seluruh negara bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan menanggung sepenuhnya kos program berjumlah RM714,660, termasuk segala perbelanjaan berkaitan. Langkah ini dilakukan bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kos penggantian, selain menjamin kelancaran akses kepada kemudahan kerajaan.

Tukar Cip MyKad Rosak Percuma Hingga 7 Oktober, JPN Tanggung RM700k Kos!

“Kerajaan MADANI prihatin memastikan masalah teknikal pada MyKad tidak menjejaskan akses rakyat terhadap kemudahan kerajaan, termasuk subsidi bersasar BUDI95. Saya menyeru orang ramai sentiasa menjaga MyKad kerana ia bukan sekadar dokumen pengenalan, tetapi juga kunci pelbagai kemudahan kerajaan,” jelas beliau dalam kenyataan yang dipetik Malaysia Gazette.

Permohonan MyKad Rosak Kian Meningkat

Data rasmi JPN merekodkan sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad rosak dari Januari hingga Ogos 2025. Peningkatan jelas kelihatan sejak tiga bulan terakhir:

  • Jun: 32,819 permohonan

  • Julai: 40,371 permohonan

  • Ogos: 45,411 permohonan

Untuk September pula, sehingga 21 haribulan, terdapat 22,858 permohonan direkodkan. Kini purata permohonan kategori cip rosak mencecah 43,000 sebulan, sekali gus menjadi asas kerajaan menawarkan penukaran percuma ini.

Ads

Tukar Cip MyKad Rosak Percuma Hingga 7 Oktober, JPN Tanggung RM700k Kos!

Cara Tukar Cip MyKad Rosak

Remaja dan belia yang mengalami masalah MyKad boleh hadir ke mana-mana kaunter JPN dengan hanya membawa kad pengenalan sedia ada. Prosesnya mudah:

Ads
  1. Ambil nombor giliran di kaunter Penggantian MyKad.

  2. Serahkan MyKad rosak untuk pemeriksaan pegawai JPN.

  3. Lengkapkan borang ringkas penggantian.

  4. MyKad baharu akan diproses dan boleh dituntut selepas siap (biasanya dalam tempoh 1 hingga 5 hari bekerja, bergantung lokasi).

Tip Penjagaan MyKad

MyKad ialah dokumen penting yang wajib dijaga dengan baik. Beberapa perkara yang boleh diamalkan oleh remaja:

  • Elakkan simpan MyKad di tempat panas seperti dalam kereta.

  • Jangan dedahkan pada magnet, kerana boleh merosakkan cip.

  • Gunakan dompet khas untuk mengelak calar atau bengkok.

  • Elakkan kerap mengimbas di mesin yang tidak sah.

📌 Ingat, tawaran tukar cip MyKad rosak percuma ini hanya sah hingga 7 Oktober 2025. Jadi, semak semula kad anda hari ini dan segera ke JPN berdekatan sebelum tarikh tamat. Jangan lepaskan peluang ini kerana selepas tarikh tersebut, caj biasa akan dikenakan.

Ads

SUMBER : Malaysia Gazette

BACA LAGI : 7 Ciri Keselamatan Mykad Dan Fungsi Lain Selain Touch n Go

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads