Cantik anggun & kelihatan ayu sekali apabila penyampai berita dan personaliti TV3 tampil berbaju kurung rona unggu cair ketika menghadiri Balairong Seri, Istana Negara, semalam.
Bertandang ke sana bukan kerana membuat liputan, bahkan dia ke Istana Negara untuk menerima kurniaan darjah daripada Yang di-Pertuan Agong.
Pada tanggal 6 Julai 2023, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Ahli Mangku Negara (AMN) kepada Pang Chinn Fei.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, Chinn Fei ada memuat naik beberapa keping foto ketika di sana. Kelihatan juga penyampai berita itu turut bergambar bersama Yang di-Pertuan Agong.
“Daulat Tuanku! Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Tuanku atas kurniaan Ahli Mangku Negara (AMN) kepada patik sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Ads
“DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, DYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah amat patik sanjungi atas keprihatinan baginda berdua terhadap nasib dan kebajikan rakyat.
“Jasa Seri Paduka Baginda berdua amat tinggi khususnya dalam membantu rakyat yang ditimpa bencana banjir dan musibah kerana sanggup berangkat mencemar duli dan meredah banjir demi membantu rakyat yang hidup dalam kesusahan,” katanya.
Dalam pada itu, figura berusia 46 tahun itu turut menzahirkan kata-kata pujian buat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Ads
“Seri Paduka Baginda berdua juga amat peramah, mesra rakyat dan penyabar serta memiliki sifat-sifat murni terpuji yang menyentuh jiwa dan hati nurani patik.
“Raja dan rakyat berpisah tiada. Baginda berdua telah membuktikan perumpamaan itu benar-benar berlaku dan bukan hanya omong-omong kosong,” coretnya lagi.
Pada majlis tersebut, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat berkenaan. Turut menerima bintang kebesaran sama pengacara RTM, Terrence Joseph Dass.
Ads
Kedua-dua personaliti TV itu pernah bergandingan mengacara Majlis Sambutan Hari Kebangsaan untuk beberapa tahun.
Sekadar informasi, AMN merupakan pangkat kelima antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN). YMPN merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas bertungkus lumus selama beberapa hari demi membantu mangsa banjir di Kelantan, pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming difahamkan telah rebah akibat kepenatan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok milik @kemeyyhakim memaparkan Khairul Aming sedang menerima rawatan di sebuah klinik dengan keadaannya yang terbaring di atas katil sambil ditemani beberapa sahabatnya.
Kredit: @kemeyyhakim
Sebelumnya, menurut beberapa rakaman siaran langsung Khairul Aming bersama beberapa pengguna media sosial lain pada Sabtu lalu, beliau memaklumkan bahawa dirinya mengalami masalah kesihatan iaitu cirit-birit.
Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen, ramai yang menyatakan bahawa keadaan kesihatan Khairul Aming itu turut dialami oleh pasukan bantuan mangsa banjir.
Bukan itu sahaja, ada juga warga internet mendakwa pempengaruh tersebut berdepan dengan keletihan melampau dan kekurangan tidur yang menyebabkan dirinya rebah.
Terdahulu, Khairul Aming mengetuai pasukan misi Bantuan Orang Baik (BOB) untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.
Misi tersebut telah berjaya digerakkan lebih kurang seminggu dengan bantuan daripada orang ramai yang terdiri daripada makanan dan pakaian.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nurin Erdiani Mhd Fadzil mencipta sejarah tersendiri apabila tersenarai sebagai salah seorang daripada lima individu di seluruh dunia yang menerima ‘Emerging Scholar Award’ sempena 21st International Conference on Technology and Society 2025 di Taiwan.
Difahamkan, anugerah ini merupakan salah satu anugerah berprestij yang diberikan oleh Common Ground Research Networks yang berpusat di Illinois, Amerika Syarikat di mana ia bukan sekadar mengiktiraf kecemerlangan akademik.
Namun anugerah ini turut menghargai dedikasi penyelidik muda terhadap pembangunan ilmu dan teknologi serta penerima dipilih kerana mempunyai potensi besar untuk membentuk masa depan pendidikan dan penyelidikan.
Kredit foto: LinkedIn Nurin Erdiani Mhd Fadzil
Dalam pada itu, pencapaian Nurin juga sekaligus membuktikan kemampuan anak Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Lebih membanggakan, empat lagi penerima anugerah ini datang dari institusi akademik tersohor dunia seperti University of Cambridge (United Kingdom), Ontario College of Art and Design University (Kanada), National University of Singapore (NUS) dan University of the Pacific, San Francisco (Amerika Syarikat).
Menurut Nurin Erdiani, kejayaan ini adalah pemangkin untuk beliau terus melangkah lebih baik pada masa akan datang.
“Penghormatan diberi memberi dorongan besar kepada saya untuk terus aktif dalam bidang akademik, khususnya meneroka potensi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dalam pedagogi bahasa,” katanya.
“Ia juga memperluaskan jaringan penyelidikan di peringkat global dan membuka peluang kerjasama rentas institusi,” jelasnya lagi.
Tambahnya, setiap perjalanan penyelidikan memerlukan kesabaran, keazaman dan rasa ingin tahu yang konsisten. Selain itu, setiap penyelidik muda di Malaysia perlu yakin bahawa hasil kerja mereka mampu memberi impak walaupun bermula dari langkah kecil.
Untuk pengetahuan, Nurin meraih pengiktirafan ini melalui pembentangan kajian PhD beliau yang membangunkan kerangka pembelajaran multimodal bagi pengajaran penulisan akademik Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) untuk pelajar universiti.
Kerangka ini juga menggabungkan enam konstruk utama termasuk integrasi AI, penggunaan teknologi digital, reka letak tipografi, nilai estetik, isyarat kontekstual dan kekohesifan penulisan yang mampu memberi impak positif kepada pelajar dan pendidik.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengambilan vitamin atau suplemen adalah bertujuan untuk menambah nutrien yang kurang didalam badan. Ramai diantara kita yang mengambil suplemen sebagai salah satu alternatif untuk membantu mengurangkan masalah kesihatan.
Bagi individu yang mempunyai masalah resdung, seorang pengguna di laman Facebook yang dikenali sebagai Fad Feline Family telah berkongsi satu produk yang digunakan untuk mengurangkan simptom resdung kerana sebelum ini, hari-hari dia mengalami selesema yang teruk dan kerap bersin.
Individu itu cuba mencari penyelesaian dan sehinggalah dia terbaca tentang Horseradish, selepas menggunakannya, paling kerap pun kena selesema seminngu sekali atau dua bulan sekali. Memang terbaik.
Horseradish + garlic mengandungi gabungan herba yang secara tradisionalnya digunakan untuk melegakan kesesakan hidung. Ia sesuai untuk individu yang mengalami alergik dan kesesakan saluran pernafasan. Suplemen ini memiliki kebaikan untuk membersihkan saluran pernafasan. Bawang putih secara tradisionalnya telah digunakan untuk melegakan hidung terumbat.
Gambar hiasan
Sehari makan sebiji sahaja pada waktu pagi selepas bangun dari tidur. Korang boleh dapatkan produk ini di farmasi. Pilih sahaja mana-mana jenama yang korang suka, asalkan cari horseradish + garlic.
Dengan mengambil suplemen ini bukanlah bermakna penyakit resdung korang boleh terus sembuh atau hilang. Tapi, mungkin ini cara untuk pesakit resdung berikhtiar kerana hanya mereka yang mengalami gelaja sinus ini sahaja faham betapa ‘seksanya’ jika setiap hari asyik nak terbersin saja.
Apa-apa pun, korang juga boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Suplemen ini hanyalah sekadar inisiatif yang boleh diambil.
Aktor versatil, Aedy Ashraf mengambil langkah berani apabila mempertaruhkan dirinya sebagai penerbit menerusi filem sulung, Tarung: The Unforgiven, sekali gus membuka lembaran baharu dalam...