Jika nama Gigi Hadid dan Bella Hadid dipetik, tentunya mana-mana remaja akan mudah mengenali dua orang model popular masa kini itu. Namun tahukah korang, mereka juga mempunyai seorang adik lelaki bernama Anwar Hadid.

Turut dikenali ramai sehingga berjaya memiliki 7.1 juta pengikut di Instagram, Anwar yang juga merupakan seorang model bagaimanapun masih belum menguasai tangga populariti global seperti dua orang kakaknya.

Selain kisahnya bersama beberapa bekas kekasih berprofil tinggi termasuklah Dua Lipa satu ketika dahulu, keperibadian Anwar agak bermisteri dan lebih memilih untuk tidak berada di bawah ‘spotlight’.

Minggu ini, Anwar hangat diperkatakan apabila remaja tersebut memuat naik fotonya yang melaksanakan ibadah umrah. Kelihatan Anwar sedang mengerjakan Saie iaitu salah satu rukun umrah di antara Safa dan Marwah.

Anwar Hadid Tunai Umrah Meski Bertatu & Pernah Terpesong Agama, Ibu Ayah Sambut Baik

Imejnya berihram dan berkurta di tanah suci agak mengejutkan ramai pihak memandangkan foto Anwar dibaptis do Malibu, California ketika bercinta dengan Dua Lipa pada tahun 2019 pernah tersebar.

Anwar Hadid Tunai Umrah Meski Bertatu & Pernah Terpesong Agama, Ibu Ayah Sambut Baik

IKLAN

Ditambah pula dengan gaya hidup remaja berusia 24 tahun itu yang berpaksikan cara kebaratan dan memiliki pelbagai bentuk tatu di badannya, ramai yang berpendapat Anwar telah terpesong daripada agama asalnya iaitu Islam mengikut kepercayaan bapanya yang juga merupakan usahawan terkenal, Mohamed Hadid.

ARTIKEL BERKAITAN: Berketurunan Darah Diraja Palestin, Ayah Bella Hadid Berkongsi Kisah Keluarganya Diusir Dari Rumah Sendiri – REMAJA

Anwar Hadid Tunai Umrah Meski Bertatu & Pernah Terpesong Agama, Ibu Ayah Sambut Baik

Dengan kunjungan terbaru Anwar dan rakan-rakannya ke tanah suci ini, ia seakan menguatkan spekulasi bahawa Anwar telah kembali memeluk agama Islam.

“Umrah bersama saudara-saudaraku!!! Di bawah kehendak Tuhan. (Saya akan) bersyukur selama-lamanya di atas momen-momen ini. Sekarang (saya) sudah kembali ke rumah,” catatnya semalam.

Anwar Hadid Tunai Umrah Meski Bertatu & Pernah Terpesong Agama, Ibu Ayah Sambut Baik

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, ahli keluarga Anwar merestui kunjungannya ke tanah suci. Ibunya, Yolanda Hadid meninggalkan emoji hati berwarna hitam manakala ayahnya memberi komen berbunyi, “Anak lelaki saya bersama rakan-rakan mukminnya”.

Tidak kurang juga, sesetengah netizen menyambut baik perkembangan terbaru Anwar ini.

“Alhamdulillah Anwar dah taubat. Tinggal tunggu Zayn saja ni.”

“Saya berharap agar Bella dan Gigi akan berkunjung ke sini. Semoga Tuhan memberi mereka jalan mudah.”

IKLAN

Sebagai info, Anwar dan kakaknya cukup lantang menolak penindasan rejim zionis terhadap masyarakat di Palestin yang juga merupakan tanah asal-usul ayah mereka. Menerusi media sosial, Anwar sering memuat naik video serta mesej yang menyaran agar Palestin dibebaskan daripada cengkaman rejim tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadid Nekad Inginkan Pembebasan Palestin Meski Nyawa Diugut Dalam Lagu Rap – REMAJA

BACA LAGI: Teruk Dikecam Kerana ‘Buka Mulut’ Isu Palestin, Gigi Hadid Tidak Kisah Lantang Bersuara – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI