Kelibat pelakon drama bersiri Netflix: Stranger Things, Millie Bobby Brown baru-baru ini tanpa secalit mekap pada wajahnya di Instagram telah mencetuskan sensasi dalam kalangan pengkritiknya.
Pada 28 Februari lalu, pelakon berusia 21 tahun itu berkongsi satu video tip penjagaan kulit wajah menggunakan jenama ciptaannya sendiri iaitu Florence by Mills di mana Millie muncul tanpa apa-apa solekan pada wajah.
Sambil bercakap mengenai produk kecantikan itu, Millie secara terbukanya turut berkongsi mengenai kondisi kulitnya sekarang yang kelihatan sedang meradang dan dinaiki jerawat.
“Saya tidak tahu jika kamu dapat melihatnya, namun skin breakout yang saya hadapi sekarang agak teruk,” akuinya.
Lalu, Millie memberi solusi kepada pengikutnya yang turut mengalami isu kulit wajah yang sama agar mendapatkan acne patch tersebut yang difahamkan mengandungi bahan tea tree oil dan memberi kesan yang menyenangkan jerawat.
Ads
“Saya berusia 21 tahun, (saya juga) sedang mencari produk apakah yang kulit wajah saya gemari dan produk apa yang harus saya elakkan. Tapi yang jelas, ia menggemari Spot a Spot Acne Patches,” katanya sambil menunjukkan produk tersebut ke arah kamera.
Menariknya, hantaran video itu ini muncul selepas Millie teruk dikecam oleh kelompok haters yang selalu mencerca rupa parasnya kini yang kelihatan lebih matang berbanding usia sebenarnya.
Contohnya sewaktu Millie membuat kemunculan pada acara tayangan perdana The Electric State lakonannya di Los Angeles.
Ads
Millie yang menggayakan busana berpotongan korset dengan warna rambut perang baharunya dihambat dengan bermacam-macam kritikan di media sosial. Rata-rata terkejut dengan imej Millie yang dikatakan ‘tua awal’ dan ‘terlalu matang’ untuk seorang gadis berusia 21 tahun.
Biarpun sudah bergelar isteri kepada Jake Bongiovi, warganet tetap berharap agar Millie tidak terikut-ikut standard yang diletakkan oleh Hollywood terhadap apa yang diklasifikasikan sebagai ‘cantik’.
Jujurnya, REMAJA merasakan Millie masih berfesyen dan bergaya mengikut usianya. Contoh terdekat adalah semasa Millie ke Madrid untuk mempromosikan filem The Electric State baru-baru ini dalam persalinan serba denim dan gaya rambut yang muda lagi eksentrik.
Cuma biasalah, mana-mana gadis kadangkala ingin bereksperimen dengan fesyen serta solekan. Sometimes it works, other times it does not. Betul tak?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut saja nama Aina Abdul, pastinya tiga perkara ini akan terlintas di minda; vokal yang mantap, kreativiti dalam mencipta dan keberanian memperagakan pelbagai jenis busana!
Aina boleh dianggap sebagai salah seorang selebriti Malaysia pada zaman ini yang tidak gentar untuk berkolaborasi dengan mana-mana pereka fesyen dan jurusolek.
Pasukan penata gaya Aina mengerti akan keterbukaan dan kebebasan yang diberikan oleh Aina untuk mempersiapkannya bagi persembahan sebesar pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 semalam dan percubaan kali ini nyata tidak mengecewakan.
Aina yang muncul sebagai peserta kedua bersama-sama Khai Bahar menerusi lagu Nafas Cinta telah mencuri perhatian ramai penonton apabila dia tampil unik dalam persalinan Melinda Looi Couture.
Adi busana berkonsepkan taman flora itu sarat dengan perincian motif bunga pada fabrik dan lingkaran dedaun serta kelopak bunga di sekelilingnya.
Apa yang menarik adalah kesemua kelopak tersebut merupakan bunga segar ya! Sepanjang hari sebelum AJL bermula semalam, pasukan Melinda Looitelah berhempas-pulas mengambil bunga-bunga segar untuk dilekatkan pada busana krim dengan siluet ala bell skirt.
Kemudian, Aina mengenakan pula satu lagi lapisan korset di atasnya yang dikerumuni dengan pelbagai jenis bungaan dan dedaun bagi mencipta ‘taman bergeraknya’.
Beberapa tangkai yang disambungkan dengan korset tersebut boleh ‘berkembang’ ke atas ibarat bunga sebenar pada pagi hari.
Cuma, disebabkan momen tersebut tidak ‘ditangkap’ oleh kamera sewaktu Aina dan Khai menyanyikan lagu Nafas Cinta semalam, maka penonton di rumah tidak perasan akan momen istimewa itu.
Melinda Looi bersama Aina Abdul di belakang pentas. Sumber Foto : Badrul Azhar(Dari Kiri) Khai Bahar bersama Aina Abdul. Sumber Foto : Badrul Azhar
Apapun, usaha Aina dan Khai semalam nyata berbaloi apabila pasangan duet itu diundi sebagai Penyanyi Pilihan Popular AJL ke-36. Tidak lama kemudian, Aina diumumkan sebagai penerima Vokal Terbaik menerusi lagu Sepi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lewat petang tadi, dunia hiburan Indonesia dan Malaysia dikejutkan dengan perkhabaran penyanyi soul Indonesia, Glenn Fredly yang telah meninggal dunia.
Pada usia 44 tahun, Glenn meninggalkan balu, Ayu Mutia dan anak sulung mereka yang baru lahir Februari lalu.
Berita tersebut dimaklumkan oleh rakan rapatnya dan juga penyanyi, Tompi selepas mendiang menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta akibat simptom meningitis.
Lantas, REMAJA tertanya sekiranya meningitis merupakan sejenis penyakit yang tidak mengenal usia mangsanya.
*
Meningitis terjadi apabila lapisan selaput yang melindungi otak dan sumsum tulang belakang mengalami pembengkakan ataupun radang.
Pembengkakan terjadi kerana jangkitan bakteria atau virus dalam cairan yang mengelilingi otak dan sumsum tulang belakang.
Namun, faktor lain seperti kecederaan, kanser, pengambilan ubatan tertentu dan jenis jangkitan lain juga dapat menyebabkan meningitis.
Antara gejala yang dihadapi oleh pesakit termasuklah sakit kepala, batuk, demam sehingga melebihi 38 darjah Celsius, ruam dan tidak sedarkan diri.
Meningitis juga merupakan penyakit yang tidak mengenal usia. Kanak-kanak berusia 12 tahun juga pernah menghidapinya kerana ia tidak ditangani dengan lebih awal.
Bagi golongan remaja pula, meningitis boleh merebak kerana faktor gaya hidup seperti merokok dan minum arak yang boleh meningkatkan risiko.
Bagaimanapun, faktor utama yang menjadi punca pembunuh adalah tahap imunisasi badan yang lemah. Ia akan cepat merebak dan menjadi serius apabila saluran darah mulai menerima jangkitan sepantas tempoh 24-48 jam.
Cara pencegahan Meningitis yang dikenal pasti buat masa ini adalah vaksinasi yang selalu diberikan kepada bayi, remaja dan mereka yang selalu berkelana jauh.
Selain itu, penjagaan makanan, minuman, pengambilan suplimen yang sesuai dan mengekalkan stamina pada tahap tertinggi juga membantu kita daripada menghindari Meningitis.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar jurusan kejururawatan daripada Auburn University, Abbie Stockard dimahkotakan sebagai Miss America 2025 setelah mengenepikan saingan 51 peserta lain, hari ini.
Miss America 2025, Abbie Stockard
Berlangsung di Walt Disney Theater di Orlando Florida; Abbie, 22 yang juga merupakan juru sorak profesional sekaligus menerima tiara oleh Miss America 2024 Madison Marsh, selempang, dana biasiswa sebanyak USD50,000 serta peluang untuk mewakili jenama Miss America sepanjang setahun.
Dalam saingan pentas akhir yang berlangsung sebentar tadi, Abbie melalui beberapa pusingan pertanding termasuklah dalam segmen gaun malam, segmen bakat, segmen kecergasan dan segmen ‘Hot Topics’ di mana peserta perlu menjawab soalan berdasarkan topik yang diberikan.
Sehingga ke pusingan soal jawab akhir melibatkan peserta Top 5, Abbie kekal di hadapan saingan terdekatnya seperti Miss Texas, Annette Addo-Yobo (naib juara); Miss Tenessee, Carley Vogel (pemenang tempat ketiga); Miss Florida, Casana Frank (pemenang tempat keempat dan Miss Ohio, Stephanie Finoti (pemenang tempat kelima).
Dalam kenyataan yang dikongsikan organisasi Miss America 2025, Abbie kini memasang impian untuk meneruskan pengajian hingga peringkat sarjana muda kedua, peringkat doktor falsafah yang memfokuskan kepada praktik kejururawatan bius (nurse anesthesia practice) dan seterusnya menjadi pakar kanak-kanak.
Abbie Stockard sememangnya merupakan gadis yang layak digelar beauty with brains!
Tambahan pula, trend memahkotakan peserta berambut perang sedang melanda dunia ratu cantik seperti di pertandingan Miss Universe 2024 menerusi Victoria Kjaer Theilvig dari Denmark dan di pertandingan Miss World 2024 iaitu Krystyna Pyszkova dari Czech Republic.
Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20,...