Hubungan bintang Enola Holmes, Millie Bobby Brown dengan anak kepada penyanyi Jon Bon Jovi iaitu Jake Bongiovi melangkah setapak kehadapan selepas dilamar oleh kekasihnya.
Malah, Millie Bobby Brown mengejutkan dunia apabila dia mengumumkan dia bertunang pada usia 19 tahun dengan teman lelakinya.
Pelakon The Stranger Things dan Enola Holmes mengumumkan berita itu di Instagram dengan gambar hitam-putih dirinya dan tunangnya. Cincin pertunangan berlian boleh dilihat di jari manis kirinya.
“I’ve loved you three summers now, honey, I want ’em all,” Millie menulis sebagai kapsyen foto dengan hati putih yang diselitkan daripada lirik lagu Taylor Swift.
Bongiovi, 20, turut berkongsi berita itu di Instagramnya sendiri, yang diberi kapsyen, “Selama-lamanya.”
Pasangan ini telah muncul di permaidani merah beberapa kali selama bertahun-tahun, termasuk di tayangan perdana antarabangsanya untuk Stranger Things Musim 4 dan Enola Holmes 2 pada tahun 2022.
Ads
Menurut laporan People, Millie dan Jake mula-mula dikhabarkan akan berpacaran pada Jun 2021 dengan memuat naik foto swafoto bersama.
Cuma pada masa itu Jake masih menyematkan perkataan BFF atau best friend forever. Kemudian pada November 2021, Milly memuat naik foto dirinya mencium Jake. Dan pada awal 2023, Millie menamakan Jake sebagai pasangan hidupnya.
Ads
Rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri komen mereka dengan ucapan gembira kepada pasangan muda itu. Tak kurang juga yang terkejut dengan pertunangan mereka disebabkan usia mereka yang masih muda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kurang dari tempoh sebulan berlalu selepas ahli grup K-pop Big Bang, G-Dragon berangkat untuk melunaskan tanggungjawab menyertai latihan ketenteraan selama 2 tahun. Kini tiba giliran ahli grupnya, Taeyang untuk melakukan perkara yang sama.
Taeyang yang baru berkahwin pada awal Februari lalu didapati melaporkan diri untuk menyertai latihan ketenteraan pada hari ini. Berita tersebut tersebar selepas dia tiba di pusat latihan rekrut Divisi Infantri ke-6 pada jam 1.45 petang waktu Korea Selatan. Turut sama berada di situ ialah para peminat dan rakan media yang ingin memberikan sokongan.
Taeyang memilih gaya sama seperti G-Dragon pada hari melaporkan diri dengan memakai pakaian serba hitam. Mungkin kerana dia ingin kekal low profile dan tidak inginkan terlalu banyak perhatian.
Mana satu G-Dragon, mana satu Taeyang? Hehe..
Sebelum memasuki kompaun pusat rekrut tersebut, Taeyang sempat mengucapkan selamat tinggal kepada staf YG Entertainment dan juga bersalaman dengan peminat yang menunggu sejak awal pagi lagi.
Menariknya, oleh kerana ramai peminat dari luar negara di sana, dia didapati berturut dalam bermacam-macam bahasa berbeza bersama mereka.
Taeyang berdiri di hadapan crowd tersebut dan berkata, “Saya akan kembali semula dengan sihat,” sebelum memberikan salam hormat dan perpisahan.
Suasana tersebut nyata membuatkan netizen merasa sedih kerana mereka perlu menunggu 2 tahun lamanya sebelum boleh bertemu dengannya semula.
Di akaun Instagram, Taeyang juga sempat untuk memuat naik poster lagu terbaru Big Bang – ‘Flower Road ‘dengan pesanan, “Saya akan kembali dengan sihat. Untuk kamu semua, pilihlah jalan yang penuh berbunga (jalan yang baik).”
Flower Road akan menemui peminat Big Bang pada hari esok, pada jam 6 petang waktu Korea Selatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila Bersama, Lagi Jadi menjadi filem pendek taruhan Astro sempena menyambut musim perayaan Aidilfitri pada tahun 2026. Sarat komedi, emosi dan mesej penyatuan yang cukup mendalam.
Sejak bergelar pelakon selepas masing-masing meninggalkan pencarian Hero Remaja 2020 dan Hero Remaja 2021, pelbagai jenis watak telahpun dijayakan Meerqeen dan Mierul Aiman.
Baik di layar perak mahupun di kaca televisyen, dua hero Malaya ini masih belum pernah gagal untuk menghayati watak yang digalas oleh mereka.
Cumanya jika disorot kembali, mereka belum pernah lagi digandingkan dalam satu projek yang sama.
Istimewa menerusi filem pendek raya berjudul Bila Bersama, Lagi Jadi yang dibawakan oleh Astro, Meerqeen dan Mierul Aiman akhirnya muncul dalam satu frame yang sama!
Bukan sekadar watak biasa dalam sebuah filem pendek raya tau. Sebaliknya, Meerqeen menjelmakan semula watak Samad (Adlin Aman Ramlie) sewaktu zaman remaja manakala Mierul pula adalah gambaran era remaja Razak (lakonan Faizal Hussein).
Bila Bersama, Lagi Jadi
Jujurnya, kemunculan Meerqeen dan Mierul Aiman dalam filem pendek ini boleh dikatakan sekejap berbanding beberapa watak lain seperti Samad dewasa, Razak dewasa, Ketua Kampung (Bell Ngasri), sekumpulan remaja kampung (ALPHA), Rokiah (Bella Dowanna) dan penduduk kampung lain lakonan Noryn Aziz, Azhan Rani, Sharifah Shahirah dan Auddra.
Bagaimanapun, ia tetap mengundang impak apabila mereka benar-benar menjiwai sudutan zaman silam Samad dan Razak dan memberi gambaran kepada punca perbalahan antara mereka berdua.
Samad dan Razak yang sekian lama bersahabat mulai renggang akibat – you guess it – kehadiran seorang perempuan yang sama dalam hati mereka.
Rokiah memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan Samad dan secara tidak langsung, melukakan hati Razak yang menyimpan perasaan cinta yang cukup mendalam buatnya.
Razak akhirnya membawa diri ke kota selama puluhan tahun sebelum kembali membuat kemunculan secara tiba-tiba di sesi townhall pertandingan menyiapkan pelita panjut.
Agak-agaknya, ego siapa yang akan tercalar di antara Samad dan Razak?
Siapa yang akan memenangi pertandingan pelita panjut raya ini dan apa pula idea yang akan terbit daripada kepala masing-masing demi bergelar juara?
Mesej Penyatuan Komuniti
Filem pendek berdurasi 15 minit ini mungkin diselitkan dengan elemen komedi.
Namun di sebalik hiburan Aidilfitri berkenaan, Bila Bersama, Lagi Jadi sebenarnya memberi fokus kepada nilai kebersamaan dan keharmonian yang menjadi teras kepada sambutan Aidilfitri yang sebenar.
Aidilfitri bukanlah mengenai siapa yang mengeluarkan jumlah wang paling banyak untuk menghiaskan rumah. Ia juga bukan diukur daripada persoalan siapakah yang membeli baju Raya paling banyak atau memberi duit raya paling tinggi nilainya.
Sebaliknya, nikmat Aidilfitri itu adalah mengenai muafakat antara sanak-saudara, jiran tetangga dan rakan-rakan yang ada sewaktu susah senang kita bersama.
Persis lampu panjut yang tidak boleh mengerlip indah jika hanya satu sahaja yang dinyalakan. Apabila dikumpul bersama ratusan pelita lain, suasana persekitaran di malam raya bertambah istimewa dan berbekas di memori semua.
Paling memberi kesan di hati penonton adalah apabila Samad dan Razak saling meluahkan rasa sedih yang dipendam mereka berdua selama ini.
Filem pendek ini bukan sahaja menghiburkan, malah meninggalkan mesej mendalam tentang pentingnya memaafkan, merendahkan ego dan menghargai hubungan yang telah lama terjalin.
Apakah dua bekas sahabat karib ini boleh menjalin tali persahabatan semula? Jawapannya hanya boleh ditemui dalam Bila Bersama, Lagi Jadi yang sarat dengan nilai kemanusiaan dan keinsafan.
Klik pada pautan video penuh di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun tiada kenyataan rasmi mengenai promosi yang dilakukan oleh Tealive ini, kami dapat mengagak ia mempunyai kaitan dengan pemberian e-Tunai bernilai RM30 ke dalam kredit e-Dompet Touch ‘n Go pada hari ini.
Bagi korang yang berminat, jangan tunggu lama kerana tawaran ini hanya untuk 250,000 transaksi terawal sahaja.
Ia hanya sah untuk minuman Tealive berharga RM6.60 ke atas sahaja namun tidak melibatkan cawangan Tealive medan selera AEON Delica, Maxvalue, Cold Storage dan KLCC.
Jadi jangan ketinggalan okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Undang-undang ulat tiket sedang dikaji KPDN bagi membendung penjualan semula tiket pada harga melampau dan memperkukuh perlindungan pengguna di Malaysia.