Tiga bintang muda, Ammar Haikal, Auddra dan Hadie Elfardie, kini tampil dengan kolaborasi istimewa menerusi lagu raya terbaru mereka, Dentam Dentum Raya.

Lagu ini menggabungkan elemen pop moden dengan sentuhan segar ala Gen Z, hadir dengan rentak rancak dan melodi catchy yang mudah melekat di ingatan.

Trio Mut Lancar Lagu Raya “Dentam Dentum Raya”, Oddah Bawa Bahagian Rap!

Suasana Raya Penuh Ceria

Menurut pihak produksi, Dentam Dentum Raya mengetengahkan suasana sambutan Aidilfitri yang ceria dan penuh warna, seiring dengan semangat anak muda masa kini.

Kolaborasi ini bukan sahaja menunjukkan keserasian vokal trio berkenaan, malah membuktikan kemampuan mereka membawa karya yang lebih segar dan relevan untuk generasi baharu.

Lagu terbitan Jaja Ishak Channel ini menampilkan konsep santai berlatarkan persahabatan dan kemeriahan Aidilfitri.

Ads

Trio Mut Lancar Lagu Raya “Dentam Dentum Raya”, Oddah Bawa Bahagian Rap!

Auddra Bawa Bahagian Rap

Auddra yang lebih mesra disapa Oddah, berkongsi bahawa lagu ini membawa kisah pengalaman menyambut raya bersama orang tersayang. Malah, dia juga diberi tanggungjawab menyanyikan bahagian rap dalam lagu ini.

“Lagu ini menceritakan mengenai pengalaman Raya bersama kawan-kawan dan keluarga. Saya menyanyikan bahagian rap dalam lagu ini.

“Sepatutnya, bahagian rap itu penerbit nak minta Hadie atau Ammar nyanyikan, tapi akhirnya saya yang membawakan bahagian terbabit,” kata anak kepada penyampai radio Sharifah Shahirah itu.

Trio Mut Lancar Lagu Raya “Dentam Dentum Raya”, Oddah Bawa Bahagian Rap!

Hadie Elfardie Syukur Dengan Peluang Seni

Sementara itu, Hadie Elfardie, anak kepada penyanyi Ina Naim, meluahkan rasa syukur kerana peluang seni semakin terbuka selepas menyertai pertandingan.

Ads

Projek ini sangat bermakna kerana dapat bekerjasama dengan rakan rapatnya.

“Selepas pertandingan, rezeki semakin banyak. Sudah tentu saya teruja kerana ini adalah lagu Raya pertama kami semua, lepas itu dapat pula bergandingan dengan sahabat baik saya, Ammar dan Auddra,” katanya.

Trio Mut Lancar Lagu Raya “Dentam Dentum Raya”, Oddah Bawa Bahagian Rap!

Ads

Reaksi Warganet

Rata-rata warganet memuji kolaborasi ini.

“Congrats TrioMut… Lagu memang best! Walaupun lagu Gen Z tapi semua usia boleh relate to the liriks and the beat. More Triomut… program Travelogue ke.. mesti gempak,” komen seorang netizen.

“Trio Mut Hadie Auddra Ammar terus terbang tinggi Trio Mut,” komen seorang lagi.

Trio Mut Lancar Lagu Raya “Dentam Dentum Raya”, Oddah Bawa Bahagian Rap!

Nantikan Dentam Dentum Raya

Dentam Dentum Raya dijangka menemui peminat tidak lama lagi. Lagu ini mengekalkan konsep santai dan ceria, sesuai dengan imej Trio Mut yang menonjolkan energi muda serta persahabatan mereka di luar kamera.

Trio Mut Lancar Lagu Raya “Dentam Dentum Raya”, Oddah Bawa Bahagian Rap!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads