Band popular Indonesia, Nidji memaklumkan bahawa mereka bukan berada dalam posisi yang tepat untuk mengulas pencapaian bekas vokalis mereka, Giring Ganesha, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam kabinet Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Menurut Ramadhista Akbar, gitaris Nidji, setiap anggota band kini sudah memilih jalan hidup masing-masing, dan mereka lebih memfokuskan perhatian kepada perjuangan muzik yang telah mereka bina sejak tahun 2002.
“Ini adalah jalan masing-masing, jadi tidak perlu ada yang dijawab lagi. Kalau berbalik ke konteks muzik, kami masih meneruskan bidang ini dan keadaan sekarang sudah berbeza. Dia (Giring) sudah berada dalam dunianya.
“Jadi, tiada jawapan lain, kerana memang sudah impian dia. Kami berjalan dengan konsisten dalam bidang muzik,” ujar Ramadhista pada sidang media konsert Nidji 2.3: The New Chapter di Hard Rock Cafe, baru-baru ini.
Pemain keyboard, Randy Danistha, menambah bahawa Nidji kini lebih suka untuk memberi fokus kepada karya mereka. Mereka juga teruja dengan lembaran baharu yang bakal dilalui oleh band ini.
Ads
“Boleh dengarkan lagu Wadoow kerana ia menceritakan mengenai bagaimana jalan kami. Sekarang kami fokus dengan apa yang sudah dibina.
“Alhamdulillah kita boleh mencari rezeki daripada bidang ini yang juga mampu menginspirasi ramai. Kami masih terus dengan muzik,” kata Randy.
Vokalis utama Nidji, Yusuf Ubay, yang menggantikan Giring pada 2019, turut mengakui tidak terkesan dengan perbandingan antara dirinya dan Giring. Yusuf berkata, mereka kini lebih memberi tumpuan pada persiapan konsert mereka yang akan berlangsung tahun hadapan.
Ads
“Kita lebih fokus untuk konsert ini yang akan berlangsung tahun depan. Kami sudah dengan perjalanan yang baharu. Ini adalah ‘new chapter’ sesuai dengan tajuk konsert ini.
“Cukup kami buat pendengar gembira, itu sudah baik. Kalau ada yang membandingkan antara saya dan penyanyi lama, mungkin mereka tidak datang ke konsert kami,” jelas Yusuf.
Ads
Untuk pengetahuan, Yusuf Ubay menyertai Nidji secara rasmi pada 2 Februari 2019, selepas mempamerkan bakatnya dalam pertandingan Nidji Vocal Hunt.
Giring Ganesha pula memilih untuk berundur daripada band pada 2019 untuk memberi tumpuan kepada kerjaya politiknya dan bertanding dalam Pemilihan Umum Indonesia 2019. Pada 21 Oktober lalu, Giring dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam kabinet pimpinan Presiden Prabowo.
Setelah hampir 18 tahun tidak mengadakan konsert solo di Malaysia, Nidji akan mengadakan konsert besar sempena ulang tahun ke-23 mereka. Konsert Nidji 2.3: The New Chapter dijadualkan berlangsung pada 2 Februari tahun depan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Acara ini akan dibawakan oleh MND Sport & Event.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan untuk menamatkan zaman bujang dalam kalangan para peserta Big Stage kebelakangan ini telah menggamit perhatian peminat. Pada usia remaja di bawah 25 tahun, mereka membuktikan tiada salahnya untuk melangsungkan pernikahan sekiranya diri telah bertemu dengan pasangan yang tepat dan paling bersesuaian dengan kita.
Terbaru, Naib Juara Big Stage musim pertama iaitu Syafiq Farhain telahpun mendedahkan bahawa dirinya kini telah bergelar suami orang.
Syafiq, 28 mengakui telahpun bernikah di kampung halaman mereka berdua di Terengganu dan lebih selesa untuk mengekalkan privasi hubungan tersebut. Bukanlah untuk mengelak daripada ia dihidu oleh rakan media mahupun peminat, kata Syafiq dia tidak sesekali akan menafikan status ‘suami orang’ itu jika ada yang bertanyakan kepadanya.
Selain Syafiq, rupa-rupanya terdapat tujuh lagi bekas peserta Big Stage lain yang telahpun menamatkan zaman bujang tau. Jom lihat siapakah mereka ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mesti ramai yang sudah kenal dengan Paddington iaitu si beruang berhati lembut yang selalu bawa marmalad orennya di mana sahaja dia berada. Selepas tujuh tahun sejak filem keduanya ‘Paddington 2’ berjaya memikat hati penonton, Paddington kini kembali dengan pengembaraan baru yang akan membawa anda melihat asal usul si comel ini ke tanah kelahirannya di Peru.
Jadi, untuk peminat Paddington meh REMAJAbawa anda menyelami kisah penuh misteri, tawa dan kehangatan kasih sayang keluarga menerusi Paddington in Peru!
Penggembaran hebat Paddington di Peru!
SINOPSIS
Kisah Paddington in Peru bermula dengan perjalanan Paddington dan keluarga Brown ke Peru untuk mengunjungi Aunt Lucy yang tinggal di Home for Retired Bears. Namun, apabila tiba di sana, mereka mendapati Aunt Lucy telah menghilang tanpa jejak.
Berbekalkan keberanian dan keharmonian antara keluarga, Paddington bersama Henry, Mary, Judy, dan Jonathan Brown memulakan misi mencari Aunt Lucy di hutan Amazon hingga ke pegunungan Peru bagi berjumpa semula bersama makcik tersayang.
KEHADIRAN BINTANG POPULAR
Dengan kehadiran Ben Whishaw yang mengisi kembali suara Paddington, beliau menghidupkan watak yang telah menjadi ikon yang popular dengan aksen British. Selain itu, Imelda Staunton juga kembali sebagai Aunt Lucy, manakala Hugh Bonneville dan Emily Mortimer memainkan peranan sebagai pasangan Henry dan Mary Brown.
Bukan setakat itu, filem ini juga memperkenalkan karakter baru yang menarik seperti pemenang Anugerah Oscar, Olivia Colman yang tampil sebagai Reverend Mother, iaitu seorang biarawati yang menguruskan Home for Retired Bears. Serta Antonio Banderas sebagai Hunter Cabot, seorang kapten bot sungai, bersama anak perempuannya Gina, dimainkan oleh pelakon baru, Carla Tous.
SENTUHAN PENGARAH BARU
Disutradarai oleh Dougal Wilsom yang menggantikan Paul King iaitu pengarah Paddington dan Paddington 2. Wilson terkenal menerusi iklan perayaan Hari Krismas yang dibintangi John Lewis, membawa pendekatan visual yang lebih segar disamping mengekalkan elemen humor dan kehangatan karakter utama Paddington. Bagaimanapun, Paul terlibat sebagai penerbit eksekutif sekaligus berperanan sebagai penulis filem bersama Simon Farnaby dan Mark Burton.
FILEM UNTUK SEMUA USIA
Filem Padding in Peru memaparkan sebuah kisah yang mampu menyentuh hati setiap generasi. Melalui pengembaraan baru yang lebih menakjubkan, watak-watak lucu, dan mesej bermakna, filem ini boleh ditonton oleh setiap peringkat umur. Jadi, sesuai sangat untuk anda meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Nah! Bagi anda yang memang #KakiMovie lepas ini bolehlah memulakan perjalanan penuh mencabar dengan menonton Paddington in Peru di mana-mana pawagam terdekat. Kalau nak tahu, filem si beruang manis ini sudah pun ditayangkan di layar perak sejak 16 Januari lalu! Oh! Jangan lupa untuk bawa marmalad oren bagi menambah kemanisan sambil menonton!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun baru kali pertama memegang watak untuk lakonan drama, finalis Dewi Remaja 2018/2019 ini nampaknya meninggalkan kesan di kalangan penonton.
Zeera Azizi merupakan salah seorang daripada 12 finalis pencarian Dewi Remaja. Walaupun jodoh bersama rakan finalis lain tidak begitu panjang setelah Zeera meninggalkan program pada episod ketiga, dia pantas disambar oleh pengarah drama terkenal, Michael Ang.
“Mike sarankan saya untuk datang ke sesi casting bagi drama Setelah Terlafaznya Akad beberapa hari selepas tamat perjalanan saya di Dewi Remaja. Tak lama selepas itu saya terima berita gembira terpilih untuk memainkan watak Hani (bekas isteri Hannan lakonan Kamal Adli).
“Walaupun excited, saya masih gementar pada hari pertama di set memandangkan ini adalah projek drama pertama saya. Dan watak yang diberikan juga agak mencabar kerana saya perlu memainkan peranan bekas isteri, seorang ibu tunggal dan perempuan yang meminta cerai tetapi kemudiannya ingin rujuk kembali. (ketawa)
“Mujurlah saya ikuti kelas lakonan bersama Amar Asyraf dan memperbaiki ekspresi dialog serta body language lakonan,” katanya yang masih bergelar pramugari di sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.
Bercakap mengenai watak Hani, Zeera telah mengejutkan ramai penonton apabila meminta cerai daripada suaminya, Hannan seawal 10 minit pertama, pada episod pertama!
“Bagi saya, keistimewaan drama Setelah Terlafaznya Akad bukan saja terletak pada pemilihan pelakonnya tetapi juga pada jalan cerita yang pantas, mudah difahami dan membuatkan penonton ingin tahu ‘what is next?’
“Saya ada terima sokongan yang berkata mereka sukakan lakonan pelakon baru seperti saya. Tetapi ramai juga yang mengecam kerana terkesan dengan watak Hani yang ingin kembali kepada bekas suaminya walaupun Hannan sudah bergelar suami orang.
“Pada mulanya, saya terkejut juga dengan kecaman netizen. Tapi bila difikirkan balik mungkin saya telah menyakinkan penonton dengan watak itu. Tapi janganlah kecam keterlaluan guys… Itu semua lakonan.”
Zeera juga dilihat rajin melayan soalan penonton yang bingung atau geram dengan watak Hani tersebut.
Ditanya sama ada masih akan meneruskan kerjaya lakonan walaupun terikat dengan syarikat penerbangan, Zeera serahkannya kepada tawaran yang hadir dan rezeki.
“Saya kini perlu mengikuti semula training setelah tidak berkhidmat dengan syarikat selama lebih setengah tahun.
”Jika ada tawaran yang datang, sudah tentu saya akan pertimbangkannya,” simpul kakak kepada Neera Azizi ini.