
Anak kepada penerbit dan pengarah terkenal, Azeva Natassha tampil berkongsi pandangannya mengenai ciri lelaki idaman yang mampu menambat hatinya.
Menerusi satu klip siaran langsung di TikTok, Azeva mengakui dirinya lebih tertarik kepada lelaki yang mempunyai kematangan emosi selain mampu berfikir secara matang dalam setiap situasi.
Menurutnya, pengalaman hidup yang dilalui sejak kecil membuatkan dia membesar lebih cepat matang berbanding rakan seusia.

Pengalaman Hidup Bentuk Kematangan Diri
Kata Azeva, antara perkara paling penting yang dicari dalam diri seorang lelaki adalah kemampuan mengawal emosi dan bersikap matang ketika berdepan cabaran hidup.
“Ciri-ciri lelaki yang saya minat adalah matang dari segi emosi.
“Itu sahaja yang saya minta, boleh matang dalam bab emosi. Sejujurnya, saya cepat matang sedikit. Saya matang lebih cepat daripada rakan-rakan saya,” katanya.

Membesar Tanpa Figura Bapa
Dalam pada itu, Azeva turut berkongsi bahawa kehidupannya sejak kecil banyak membentuk dirinya menjadi seorang individu berdikari.
Menurutnya, kehilangan figura bapa pada usia muda selain kesibukan ibunya bekerja membuatkan dia belajar memahami kehidupan dengan lebih awal.
“Saya dari kecil dah menghadapi krisis kehidupan.
“Dari kecil ayah saya dah hilang. Mak saya pun bekerja 24 jam, jadinya saya membesar seorang. Bila kita membesar seorang diri, kita akan cepat matang.
“Kita cepat faham sesuatu benda, cepat tangkap apa baik dan buruk dunia ini,” ujarnya lagi.

Mahu Pasangan Yang ‘Sekepala’
Tambah Azeva, dia berharap dapat bertemu dengan lelaki yang sekurang-kurangnya mempunyai tahap kematangan emosi yang sama atau lebih matang daripada dirinya.
“Jadi kalau boleh saya nak jumpa lelaki yang sekepala, dan matang. Sekurang-kurangnya, sama dengan saya.
“Lebih baik dia lagi matang dari saya,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!












