Rupanya bukan sahaja Malaysia, selebriti Hollywood juga tidak terlepas mendapat kecaman dan menjadi ‘bahan lawak’ netizen sehingga membuatkan mereka stress dan tertekan.
Terbaru, Travis Scott yang merupakan seorang rapper dikenali ramai telah mendapat kecaman netizen apabila dia memuat naik gambar mengenakan kostum Batman sempena Halloween.
Lebih mencuit hati lagi apabila netizen menyamakan kostum Batmannya itu seperti lipas kerana berwarna coklat.
Namun, ada juga yang mengatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada petanda yang dia akan mengeluarkan lagu terbaru. Hm, lebih kurang macam cari publisiti la. Hehe!
Tak kisahlah sama ada publisiti nak keluar lagu baru atau memang benar-benar terkesan dengan komen netizen, perkara ini juga perlu diambil serius kerana ia merupakan satu jenayah buli siber. Individu yang mengalami situasi ini boleh tertekan dan menjatuhkan semangat mereka.
Jadi, elakkan memberikan komen keterlaluan tidak kisahlah sama ada pada golongan selebriti mahu pun kenalan-kenalan korang.
Heboh selepas suspek yang membakar pusat tahfiz baru-baru ni terbongkar dan rata-rata di kalangan mereka adalah masih dibawah umur.
Ramai yang menghentam sekumpulan remaja tersebut dengan pelbagai tohmahan dan penduduk diperkampungan tersebut juga berkata mereka tidak sedar dengan masalah budak-budak nakal dan salah laki remaja di kawasan itu.
Gambar hiasan
Segelintir masyarakat menyalahkan anak-anak muda itu, tetapi tidak bagi wanita yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya ini.
Melihatkan kisah remaja ini, Nadiah Yusof telah berkongsi pengalamannya tentang situasi yang lebih kurang sama dialaminya suatu masa dahulu.
Nyata, dia tidak mudah untuk menunding jari menyalahkan golongan muda tersebut. Jom kita baca perkongsian dan pendapat jujur daripada wanita ini.
Gambar hiasan
Kes remaja yang membakar tahfiz mengingatkan saya kejadian 8 tahun lepas ketika saya masih seorang pelatih. Saya terima seorang pesakit awal 20-an yang ditetak dengan parang di kedua2 belah tangannya.
Kira-kira tak lebih dari 10 deep laceration wound di sana. Dia datang bersama-sama sepasukan anggota polis dalam keadaan separuh sedar.
Ini kali pertama saya lihat luka seperti itu. Pucat muka dan berdebar jantung saya. Hasil maklumat dari pihak polis, dia ditangkap setelah merompak dan membunuh tiga orang penghuni rumah (isteri, anak berusia tiga tahun dan orang gaji).
Tak bernasib baik, belum sempat dia melarikan diri, sang suami pulang ke rumah dan menangkapnya. Akibat amarah, si suami menetak dan orang kampung mencurah cuka pada lukanya. Padanlah separuh masak isinya.
Gambar hiasan
Saya lihat betul-betul wajahnya. Sampai sekarang saya masih boleh ingat wajahnya. Orangnya masih muda, wajah putih bersih tak nampak seakan penjenayah. Janggut sejemput seperti seorang ustaz layaknya. Benarlah kata orang, jangan menilai orang dari rupa/luarannya.
Pesakit ini rupa-rupanya penagih dadah. Malah, Sebelum pecah masuk dia sempat mengambil 16 biji pil ekstasi. Dalam keadaan tidak sedar, dia membunuh semua yang berada di rumah. Malah anak kecil berusia 3 tahun itu ditemui di dalam bilik air dalam keadaan perut terburai.
Bila masuk ke ward, social history lbh terperinci di dapati. Kisah hidup anak muda ini tragis. Dia adalah pelajar cemerlang (10A) di dalam SPM. Malah ditawarkan jurusan perubatan.
Tetapi dia terkesan dengan perceraian kedua ibu bapanya. Dia tidak dipedulikan, maka dia menentukan hidupnya sendiri. Dia berhenti belajar dan terlibat dengan najis dadah.
Ketika dia dimasukkan ke hospital tak ada seorang pun ahli keluarganya kelihatan. Malah pihak hospital mengalami masalah mendapatkan maklumat dari ahli keluarganya. Ada nombor telefon yang diberikan tetapi tidak mengaku mempunyai pertalian denngannya. Malah tiada siapa yang melawatnya di hospital.
Kisah anak muda ini selalu saya ceritakan untuk mengingatkan betapa durjana najis dadah. Begitulah dadah memusnahkan segalanya. Walaupun pesakit ini bekerja, tetapi ianya tak mampu menanggung desakan ketagihan dadah. Dalam dua hari habis duit gaji sebulan untuk membeli dadah. Habis duit gaji, terpaksa mencuri. Natijahnya terpalit pada insan tak berdosa.
Sepanjang bertugas di Jabatan Kecemasan dan mengendalikan kes OSCC, 90%(anggaran kasar dan personel) daripada kes rogol, sumbang mahram,sodomy malah dadah terhasil dari broken family. Ketika ini lihat dimana anak-anak kita. Dengan siapa mereka berkawan.
Jika selama ini kita tak pernah peduli, mulakanlah sekarang. Periksa diri kita sebagai ibu bapa. Kita adalah acuan mereka. Jika hasil tidak molek, acuannya yang tak kena. Berhentilah menyalahkan orang lain sebaliknya berlapang dada memperbaiki diri kita.
Sikap kita juga mesti diperbaiki. Hentikan sikap menghukum. Sejahat manapun seorang manusia, Allah membuka ruang untuk hambanya bertaubat..siapalah kita untuk menentukan syurga neraka seorang manusia. Boleh jadi mereka yang kita cerca lebih mulia dari kita jika mereka bertaubat nasuha.
Pesakit saya itu, tiada siapa berani mendekatinya mungkin kerana perbuatannya dan mungkin kerana terlalu ramai anggota polis menggerumuninya. Saya masih igt soalan yang ditanya ketika dia sudah sedar dari ‘high’, baru sedar dia membunuh tiga nyawa.
“Kenapa awak suap makanan pada saya? Saya pembunuh.”
“Sebab kamu manusia.. manusia buat silap.kalau kamu bertaubat boleh jadi kamu lebih mulia dari saya.”
Ketika itu saya sebak. Mengenangkan dia seorang yang hampir punya masa depan gemilang bakal berakhir di tali gantung kerana dadah dan masalah keluarga.
Kesimpulannya, sebagai masyarakat kita jangan cepat menghukum kerana sesungguhnya kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka mungkin saja dek kerana pengalaman dan kisah hidup yang lepas membuatkan mereka bertindak sedemikian.
Jadi, biarkan pihak berkuasa yang menjalankan tugas mereka.
Jika beberapa hari lalu negara dikejutkan dengan dua kematian serentak melibatkan kematian pertama bagi COVID-19 di Malaysia melibatkan seorang paderi dari Sarawak dan seorang lagi peserta jemaah tabligh, hari ini di pg fb Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan satu lagi kematian melibatkan seorang peserta jemaah tabligh.
Arwah diberitakan meninggal pada jam 6.27 minit petang.
dari catatan seorang pengguna fb atas nama Engku Aji, beliau memaklumkan arwah dikebumikan oleh pihak hospital. Allah sayang pada arwah ni, antara awalin tawau paling istiqomah. Arwah Haji Muhammad Taufik berusia 58 tahun.
Dalam catatannya Dr Noor Hisham berkata, Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.
Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.
Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebetulan pula, satu demi satu isu menyelubungi beberapa finalis Hero Remaja 2011/2012 kebelakangan ini.
Gosip tahap kesihatan merundum oleh Fendy Bakry dan kemudiannya disusuli isu penularan video kontroversi Syafiq Kyle merupakan antara soalan hangat yang ditanyakan kepada Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin semasa pelancaran single Raya ‘Syawal Kali Ini’ di Shah Alam semalam.
Fattah Amin bersama (kanan) Pengasas AJ De Parfum pada majlis pelancaran semalam.
Mengakui pada awalnya agak terkejut dengan gosip tersebut, Fattah bagaimanapun memahami selok-belok industri hiburan yang tak menduga seperti ini. Fattah tampil diplomatik dengan isu video Syafiq Kyle dan berkata, “Ia (gosip dan khabar angin) boleh berlaku pada mana-mana selebriti, termasuk saya.
“Sebagai seorang selebriti kita perlu sentiasa bersedia kerana nama pun gosip.
“Jika saya yang berada dalam situasi sebegini, saya akan berbincang dahulu dengan pihak pengurusan. Sebagai selebriti kadangkala kita tak mampu untuk buat keputusan sendiri yang tepat. Dengan kenyataan rasmi (seperti yang dikeluarkan oleh Syafiq Kyle semalam), ia akan menutup semua persoalan semua khabar angin yang tidak semestinya betul.
“Tambahan pula sekarang bulan Ramadan, saya lihat kita giat membuka aib orang. Ingat, Tuhan juga boleh buka aib kita. Kalau boleh janganlah kita terus sebarkan perkara tak pasti yang boleh jatuh sebagai fitnah,” kata Fattah yang berharap agar netizen memberi ruang kepada Syafiq Kyle.
Beralih kepada keadaan kesihatan Fendy Bakry pula, Fattah berkata dia telah menghantar mesej ketika mula-mula mendapat tahu.
“Saya pun ada text kawan-kawan (Hero Remaja 2011/2012) yang lain, kalau dia ada dekat KL jomlah lawat sekejap. Tapi itulah, apabila saya tahu dia ada di Kedah saya tak berkesempatan untuk ke sana.
“Kepada Fendy Bakry sahabat seperjuangan saya dari Hero Remaja lagi, dia juga merupakan antara kawan Hero yang rapat dengan saya juga. Saya doakan agar dia cepat sembuh. InsyaAllah dalam bulan Ramadan ini, doa lebih mudah untuk dimakbulkan.
“Dan harapnya, kelak kita boleh menyambut Hari Raya bersama InsyaAllah,” kata Fattah sambil menyeru agar peminat drama serta khalayak ramai secara amnya dapat mendoakan kesihatan pemegang watak Mr. Grey itu.
* * * * *
Kita doakan saja yang baik-baik untuk Fattah, Shafiq dan Fendy okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...