Sedia maklum, Olimpik 2020 akan diberlangsung di Tokyo, Jepun pada tahun ini. Pastinya, pelbagai acara akan dipertandingkan dan negara kita juga tidak terlepas menghantar wakil untuk bertanding.

Trak 25 Tan Diubah Suai Jadi Masjid Bergerak Sempena Olimpik 2020, Bagusnya Jepun!

Boleh dikatakan Jepun cukup bersedia dengan temasya sukan yang cukup besar, Olimpik 2020 yang bakal berlangsung di negara mereka. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan demi kesejahteraan para altet dan pengunjung dari seluruh dunia.

Semakin hampir dengan temasya berprestij ini, Jepun telah menyediakan Masjid Bergerak yang dikendalikan oleh Yasu Project khususnya bagi mereka yang beragama Islam.

Trak 25 Tan Diubah Suai Jadi Masjid Bergerak Sempena Olimpik 2020, Bagusnya Jepun!

IKLAN

Masjid bergerak ini asalnya adalah sebuah trak 25 tan yang diubah suai bahagian belakang trak untuk memberi kemudahan umat Islam menunaikan solat sepanjang berlangsungnya temasya Sukan Olimpik 2020.

Ia mempunyai keluasan 48 meter persegi dan boleh memuatkan 50 jemaah pada satu masa. Turut disediakan kemudahan menentukan arah kiblat serta ruagn berwuduk.

Trak 25 Tan Diubah Suai Jadi Masjid Bergerak Sempena Olimpik 2020, Bagusnya Jepun!

IKLAN

Ketua Pegawai Eksekutif, Yasuhara Inoue mendapat idea untuk membangunkan projek itu ketika menghadiri lawatan ke Qatar empat tahun lalu. Katanya, mereka pada mulanya menyasarkan untuk menyediakan kemudahan itu di acara sukan di Jepun dan luar negara.

Justeru, dengan adanya projek yang dikenali sebagai Mobile Mosque ini, ia boleh dipindahkan ke lokasi sukan Olimpik dengan lebih mudah sekiranya diperlukan.

Trak 25 Tan Diubah Suai Jadi Masjid Bergerak Sempena Olimpik 2020, Bagusnya Jepun!

IKLAN

“Saya pasti berasa gembira sekiranya rakyat Indonesia, Malaysia, Afrika, Asia Barat serta pelarian dari Syria dapat menggunakan masjid ini sebagai satu usaha mempromosikan keamanan dunia,” katanya.

Untuk temasya sukan berprestij kali ini, lebih kurang 5,000 pingat diperlukan kesemua acara sukan yang dipertandingkan.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan dijangka bermula pada 24 Julai hingga 9 Ogos 2020. Moga dengan masjid bergerak ini bermanfaat buat atlet dan pengunjung beragama Islam.

Sumber: Harian Metro, Careta

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI