Bukanlah nak cakap peminat kumpulan K-Pop BTS ini taksub tidak boleh menerima kritikan terhadap idola mereka itu.

 

Tetapi sokongan mereka yang tak berbelah bahagi jelas terserlah setiap kali ada pihak yang mempertikaikan kesetiaan mereka terhadap BTS.

Hari ini, tiba giliran pelakon, penyanyi dan pengacara popular iaitu Alif Satar yang diserang oleh peminat BTS, ARMY.

Ceritanya begini. Alif yang mengacarakan rancangan Big Stage 2019 di saluran Astro RIA telah membuat kesilapan minor semasa persembahan salah seorang pesertanya, Han Byul.

Topik BTS Jadi Perbalahan Lagi, Kali Ini Libatkan Alif Satar
Sumber: Instagram

Ketika memperkenalkan penyanyi Korea tersebut yang membawakan lagu Boy With Luv nyanyian asal BTS, Alif menyebut BTS dianggotai lapan orang walaupun BTS sebenarnya mempunyai 7 orang ahli.

ARMY tidak menunggu masa yang lama untuk memperbetulkan kesilapan itu di ruangan komen dan di Twitter. Namun sebagai selebriti profesional, Alif tidak mudah melatah malah berseloroh di posting-nya untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut.

IKLAN

Well, nampaknya ada pihak yang masih belum berpuas hati!

Kata Alif kepada rakan media di sebuah acara semalam, “Itu adalah perkara yang sangat kelakar bagi saya. Instagram tak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius.

“Janganlah fanatik sampai berkelahi sesama sendiri dan jangan jadi terlalu sensitif.

Topik BTS Jadi Perbalahan Lagi, Kali Ini Libatkan Alif Satar

“Saya faham fanatik artis sebab saya sendiri pun pernah lalui situasi sama ketika meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tapi tidaklah sampai taksub melampau.

IKLAN

“Waktu akhirat nanti tak ditanya pun nama anggota kumpulan BTS tu. Jangan terlalu taksub!” ulas Alif lagi.

Ada benarnya kata-kata Alif itu.

Dia sendiri pun menerima kesilapan info semasa konsert live Big Stage tersebut. Bukannya dia salah sebut nama grup K-Pop lain pun.

Relax sudah..

IKLAN

ARTIKEL BERKENAAN: “BTS Pun Tak Tau Menang Kot”, Penonton Keliru

Sumber: AWANI

*

TONTON JUGA

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI