Setiap kali penyanyi dan komposer berbakat ini naik ke pentas untuk menjayakan sesebuah persembahan, jarang sekali dia gagal untuk membawakan sesuatu yang baharu untuk tatapan umum.
Aina Abdul nyata ialah seorang artis yang mementingkan originaliti dan makna mendalam dalam setiap apa yang dilakukannya.
Sama ada dala bait-bait lagu ciptaannya, klip videonya hinggalah ke busana yang disarungnya. Segalanya difikirkan dengan teliti dan terperinci.
Semalam (pun intended) di Anugerah Juara Lagu 35, Aina kembali mencuri tumpuan dengan busana avant-garde serba hitam ciptaan pereka duo muda, Wan & Mary ketika membawakan lagu Semalam.
Dalam perbualan bersama REMAJA, pereka Wan & Mary iaitu Hazzerwan Lee berkata, Aina seboleh mungkin ingin menerapkan maksud di sebalik lirik lagu Semalam dalam penataannya.
“Tahun lalu, Aina dan penata gaya NazLivingStyle baru pertama kali menjejakkan kaki ke AJL dan tidak tahu berkenaan syarat-syarat persembahan yang ditetapkan saluran. Kami kurang jelas berkenaan elemen darah yang tidak dibenarkan.”
“Tahun ini, kami elakkan kontroversi namun masih tampil epik serta memberi impak.”
“Idea pakaian yang lebih feminin ini hadir dari Aina sendiri atas permintaan ibunya. Mereka pernah bercuti ke Vietnam dan menyukai pakaian tradisi wanita di sana. Sebab itulah kami mencedok ilham daripada pakaian tradisonal Vietnam ‘Ao Dai’.
“Alhamdulillah proses penyediaan busana kali ini hanya memakan masa dua minggu saja,” jelasnya ketika dihubungi penulis.
Ads
Interpretasi Lirik Pada Busana
Sekiranya ada sesetengah warganet yang menyamakan aksesori topinya dengan topi kanak-kanak, korang sebenarnya tidak salah.
Aksesori kepala itu diilhamkan daripada figura seorang bayi yang ‘ada’ bersama-sama Aina. Lirik “Tinggalku sendiri, ditemani jasad ini..” merujuk kepada bayi atau kanak-kanak kecil itu.
Kata Hazzerwan, aksesori topi ini adalah atas permintaan Aina sendiri dan mereka memberikan statement dengan menjadikan saiznya besar daripada kebiasaan. Lagipun, aksesori topi dempak seperti ini sedang menguasai trend di pentas runway.
Berikut merupakan beberapa lagi intepretasi yang diambil daripada busana Aina semalam.
01
Perincian pleats pada jaket diispirasikan daripada daun pohon palma yang dikaitkan dengan lirik “diri ini bagai daun gugur.”
Ads
Sumber Foto: Instagram @ainaabdul.
02
Warna hitam melambangkan daun yang sudah layu dan keadaan serba gelap pada waktu malam. Manakala warna merah pada bahagian belakang busana melambangkan kesan luka emosi yang dirasakan oleh wanita.
Bezanya dengan kesan darah mengalir dalam persembahan AJL34 Aina, kali ini warna merah dijadikan sebagai efek potongan dan corak gaun.
Kongsi Hazzerwan, ‘kejutan’ corak berwarna merah itu hanya ditonjolkan pada bahagian klimaks persembahan. Ibaratnya, Aina ingin meletakkan kisah pahit ‘semalam’ (merujuk kepada persembahan Sumpah tahun lalu) sebagai kisah silam.
03
Aina seperti berdiri di atas potongan gaun bulat. Bulatan tersebut membawa maksud daun yang terapung. Teringat pula kepada daun lotus yang sinonim dengan unsur kebudayaan Asia.
Ads
04
Fabrik gaun kelihatan fragile dan ia melambangkan hati seorang wanita yang mudah rapuh dan cepat tersentuh.
05
Pastinya, kita semua tak boleh lupakan elemen payung terjun gergasi yang menjadi latar kepada persembahan Aina semalam.
Di atasnya, terdapat corak ungu yang dipancarkan ke atas fabrik tersebut. Ia lambang kepada lirik, “calar ungu” yakni kesan lebam yang dirasakan oleh wanita yang menderita
itu.
*
*
Segalanya difikirkan penuh terperinci oleh penyanyi berusia 27 tahun ini bersama-sama skuad glamnya.
“Tahniah sekali lagi kepada Aina Abdul yang berjaya membawa pulang posisi kedua terbaik menerusi lagu Semalam. Dari skuad glam, kami bersyukur dan berterima kasih kepada saluran TV3 yang memberikan kuasa kepada penyanyi untuk menetapkan konsep persembahan pada tahun ini.
“InsyaAllah, akan ada lagi kolaborasi di antara Aina Abdul dan Wan & Mary pada masa akan datang,” tuntas Hazzerwan.
Jenama terkemuka dunia, Louis Vuitton akhirnya mengantikan ‘tempat’ Virgil Abloh berikutan pemergian mendiang 16 bulan lalu.
Posisi penting itu akhirnya diberikan kepada Pharrell Williams, seorang penerbit muzik yang juga mempunyai rekod prestasi sebagai pereka fesyen dan ahli perniagaan.
Pharrell Williams telah dinamakan sebagai pereka baharu untuk bahagian pakaian lelaki Louis Vuitton. (Foto: Imej Kirsty O’Connor/PA melalui Getty Images)
Louis Vuitton mengumumkan pelantikan Pharrell Williams melalui Instagram pada Hari Valentine, Selasa (14/2/2023). Sejarah berulang, orang di sebalik kejayaan hits ‘Happy’ adalah pereka kulit hitam kedua dari AS yang menduduki jawatan berprestij ini.
Virgil Abloh memecahkan rekod ini apabila dia menyertai Louis Vuitton pada Mac 2018. Kedua-dua mereka juga mempunyai persamaan sebagai individu yang mempunyai pelbagai bakat. Seperti Pharrell, Virgil yang memiliki ijazah dalam bidang seni bina juga dikenali sebagai pemuzik dan DJ.
Pharrell Williams bergambar dengan Delphine Arnault, salah seorang pewaris LVMH yang memiliki orang seperti Louis Vuitton dan Dior, pada satu acara pada 2011. (Foto: Dimitrios Kambouris/Getty Images for Dior)
Pharrell Williams tidak asing dengan rumah fesyen Perancis yang sudah berusia 169 tahun itu. Dia dan Louis Vuitton telah bekerjasama beberapa kali sejak 2008. Cermin mata beliau telah dibuat semula oleh Virgil untuk koleksi pada 2018.
LVMH, syarikat induk yang menempatkan Louis Vuitton, Dior dan Givenchy, juga telah bekerjasama dengan lelaki berusia 49 tahun itu untuk projek jenama lain. Salah seorang daripada mereka ialah Tiffany & Co. yang menghasilkan sepasang cermin mata bertatah berlian.
Memulakan kerjayanya dalam industri hiburan tiga dekad yang lalu, Pharrell Williams mencuba nasib sebagai pereka dengan melancarkan jenama pakaian jalanan Billionaire Boys Club dan Ice Cream pada tahun 2003. Dia mengasaskannya bersama pereka Jepun Nigo yang kini mengetuai pasukan reka bentuk Kenzo, juga dimiliki oleh LVMH.
Orang Terpengaruh Dalam Industri
Status Pharrell sebagai orang yang berpengaruh dalam industri fesyen semakin diiktiraf apabila Chanel melantiknya sebagai duta jenama pada 2019. Dia menjadi lelaki pertama menerima kepercayaan ini. Pada Oktober 2022, Chanel mengumumkan bahawa kerjasamanya dengan pemilik 13 trofi Grammy sedang dilanjutkan.
Pharrell Williams Memakai Cermin Mata Tiffany & Co pada pertunjukan fesyen perdana rakan sekerjanya Nigo untuk Kenzo tahun lepas. (Foto: Imej Getty Untuk Kenzo/Pascal Le Segretain)
Dengan sejarah kerjaya Pharrell, kehadirannya mengesahkan kedudukan Louis Vuitton untuk kekal relevan dengan trend yang masih didominasi oleh estetika bandar. Sebelum nama itu diumumkan, beberapa nama pereka lain muncul seperti Martine Rose, Grace Wales Bonner, Samuel Ross, dan Colm Dillane (pengasas label KidSuper yang telah bekerjasama dengan Louis Vuitton baru-baru ini)
“Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan kembali Pharrell, selepas kerjasama kami pada 2004 dan 2008 untuk Louis Vuitton, kini sebagai Pengarah Kreatif Pakaian Lelaki yang baharu. Visi kreatifnya melangkaui fesyen sudah pasti akan membawa Louis Vuitton ke lembaran baharu yang lebih menarik,” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Louis Vuitton Pietro Beccari.
Koleksi sulung Pharrell Williams untuk Louis Vuitton akan memasuki pentas di Pakaian Lelaki edisi Musim Bunga/Musim Panas 2024 Minggu Fesyen Paris pada bulan Jun.
Pelantikan Pharrell juga menandakan langkah pertama Pietro sebagai CEO Louis Vuitton yang baru dilantik selepas berpindah dari Dior. Tahun lepas, LVMH mencatatkan jualan tertinggi sebanyak 79 bilion euro, dengan keuntungan 21 bilion euro, meningkat 23 peratus. Pemiliknya, Bernard Arnault, segera naik ke kedudukan pertama orang terkaya di dunia, mengubah Elon Musk.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi susah untuk mencari kerja di kalangan lepasan institut pengajian tinggi tidak pernah reda.
Apabila ekonomi kurang memberansangkan, ramai remaja dan belia yang mengeluh tiada peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang pilihan masing-masing.
Apabila ekonomi bertukar baik pula, ramai yang mengeluh tentang trend semasa banyak syarikat korporat yang sudah menukar sistem pekerja kepada sistem digital dan tak lama lagi, robotik.
Jadi bagaimana dengan sumber pekerja baru yang semakin lama semakin disisihkan?
Sempena istiadat pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini, Editor Eksekutif Astro Awani Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro Awani Cynthia Ng diperkenan masuk mengadap di Istana Negara baru-baru ini, untuk mencari sisi lain raja kelahiran Pahang itu.
Baginda ditanya mengenai senario tenaga kerja manusia bakal diganti dengan robot dalam masa lima atau enam tahun akan datang. Ini respon Baginda terhadap isu tersebut.
“Saya pernah baca mengenainya. Tetapi, ia tertakhluk kepada bidang tertentu seperti high technology atau heavy industries.
Bukan secara keseluruhannya. Kalau sesebuah negara mempunyai labour force yang besar, tak sesuai untuk mereka mengguna robot kerana rakyat tidak akan mempunyai pekerjaan.
“Pihak kerajaan juga harus tahu di mana dan bila robot is applicable or not,” titah Baginda lagi.
Saksikan Eksklusif Bersama Yang di-Pertuan Agong XVI pada jam 9 malam ini di astroawani.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rahsia untuk cantik itu bermula dengan rutin penjagaan kulit setiap pagi.
Kulit yang bersinar dan bersih merupakan asas kepada kecantikan yang natural. Kulit yang sihat, bersinar dan sihat ini mampu dicapai dengan paduan rutin penjagaan wajah yang betul.
Dengan amalkan rutin ini, insyaAllah korang mampu memiliki kulit idaman. Kami kongsikan lima perkara yang wanita berkulit sihat lakukan pada setiap pagi.
1. Cuci Wajah 2 Kali Sehari
Jika sudah amalkan rutin ini, tahniah! Korang berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit merengsa.
Dengan cucian dua kali (pagi dan malam), ia akan memudahkan kulit anda untuk menyingkirkan sel kulit mati. Syaratnya, dapatkan pencuci wajah yang sesuai dengan kondisi kulit anda. Normal, kering, berminyak atau kombinasi, periksa dan ketahui jenis kulit anda sebelum membeli pencuci muka yang sesuai.
2. Sapu SPF Tanpa Gagal
Surprisingly tidak ramai di antara kita yang memakai SPF atau sunscreen secara konsisten. Jangan sesekali skip langkah ini kerana sinar UV mampu merosakkan sel kulit yang mengakibatkan kemunculan tanda-tanda penuaan pra-matang. Masih belum terlambat untuk anda masukkan rutin ini ke dalam regimen kecantikan harian anda.
3. Guna Produk Antioksidan
Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang serta melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.
4. Merawat Bintik Seperti Pro
Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati kawasan pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk pelembap pada kawasan yang kering.
5. Pakai Produk Mekap Yang Betul
Tidak bermakna produk mekap yang popular itu sesuai untuk kulit kita. Kita semua memiliki kondisi kulit yang berbeza dan pastikan korang memakai produk mekap yang sesuai dengan kondisi kulit wajah. Boleh sahaja bertanya kepada pakar dermatologi atau cari di dalam internet mahupun blog kecantikan tentang bahan yang boleh dan tidak boleh korang pakai.
Nota kaki: Rutin penjagaan wajah yang konsisten dan juga produk yang bersesuaian dengan kondisi kulit akan membuatkan kulit anda sihat dan bersinar. Tidak perlu berbelanja beribu ringgit untuk membuat rawatan di klinik atau spa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!