Setelah tempoh dua tahun tidak menghantar wakil ke pertandingan ratu cantik Miss Universe, Malaysia semalam telah menobatkan Lesley Cheam Wei Yeng sebagai juara Miss Universe Malaysia 2022.
Lesley, 26 mengenepikan saingan 12 lagi jelitawan dalam sebuah acara gala tertutup bertempat di sebuah hotel ibu negara. Kedudukan naib juara milik peserta kegemaran ramai, Ajunee Kaur manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh gadis tinggi lampai, Tee Wan Ying.
Lesley sekaligus membawa pulang hadiah terkumpul bernilai RM200,000 dan akan mewakili Malaysia di pentas Miss Universe 2022 di New Orleans, Amerika Syarikat pada 14 Januari 2023.
Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam Wei Yeng.Naib Juara, Ajunee Kaur.Pemenang tempat ketiga, Tee Wan Ying.
Lesley kini berkhidmat sebagai seorang pegawai pemasaran produk di samping bergelar seorang pengacara profesional. Terdahulu, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan graduan University of Nottingham dan memiliki ijazah sarjana muda Farmaseutikal dan Sains Kesihatan.
Pada acara yang berlangsung semalam, hanya 13 daripada 15 orang finalis terpilih bertanding dalam beberapa segmen yang dipertaruhkan. Masing-masing melakukan pengenalan diri sebelum beralih ke segmen peragaan gaun malam. Seterusnya, hanya lapan peserta sahaja terpilih untuk meneruskan cabaran di segmen soal jawab
Ads
Selain Lesley, Ajunee dan Wai Yin, lima peserta lain yang mara ke segmen ini terdiri daripada Wong Siu Jane, Catherine ‘Kate’ Lai Hui Yi, Annatasha Shanty ‘Asha’ Jeremiah, Joann Tiong Hau Ping dan Kaverrna Nair Sukumaran. Menariknya, Leslie merupakan finalis terakhir yang dipanggil bagi memenuhi slot Top 8 tersebut.
Dalam segmen soal jawab, Lesley ditanya mengenai pergerakan sosial bukan politik yang dirasakan penting buatnya.
Ads
“Salah satu pergerakan sosial bukan politik adalah untuk menghentikan kemiskinan atas dua sebab. Pertamanya, ia memberi kesan kepada kanak-kanak di negara kita dan di seluruh dunia. Kanak-kanak adalah masa hadapan kita. Keduanya, (kemiskinan) memberi kesan kepada semua perkara di negara kita termasuklah ekonomi kita. Terima kasih,” jawabnya.
Ketika ditemui media setelah Lesley dimahkotakan oleh juara terdahulu Francisca Luhong James, dia mengakui perasaan tidak percaya masih menyelubungi mindanya.
Francisca Luhong James (kanan) meneruskan tradisi memahkotakan juara terbaru, Lesley Cheam dengan mahkota berlian 10 karat ‘Reflection’ bernilai M2.58 juta oleh Habib Jewels.
“Saya terkejut (apabila diumumkan sebagai juara) kerana setiap peserta melakukan yang terbaik. Semua peserta layak memenangi gelaran ini. Begitupun saya juga telah bekerja keras untuk sampai ke tahap ini. Momen tersebut akan sukar untuk saya lupakan. Saya amat bersyukur di atas kemenangan ini.
Ads
“Kini apabila saya diberikan kepercayaan untuk membawa nama negara di peringkat antarabangsa, tentunya ‘purpose’ saya kini adalah untuk memberikan yang terbaik untuk Malaysia,” katanya.
Sebagai info, acara Miss Universe Malaysia 2022 semalam telah dihoskan oleh Hansen Lee dan Aimee Cheng-Bradshaw. Manakala para juri yang diberikan kepercayaan terdiri daripada Kenny Yee, Datin Selwinder Kaur, Don Teo, Rizman Nordin, Dr Karen Po, Andrea Wond dan Shweta Sekhon.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak arahan Perdana Menteri untuk rakyat duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19, 18 Mac lalu, pelbagai cara ditemui netizen untuk mereka menggunakan waktu yang terluang dengan bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Namun, bila timbang berat jawapannya tetap sama…huhu
Kalau korang perasan la, baru-baru ini TMJ tampil dengan penampilan baharu yang kurus dan lebih sihat membuatkan penyokong bola sepak negara tertanya-tanya apakah rahsia diamalkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Siapa sahaja tidak kenal dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak terkenal Johor Darul Ta’zim atau lebih dikenali sebagai JDT dalam dunia bola sepak.
Walaupun saingan bola sepak tempatan masih lagi belum bersambung kerana penularan pandemik, namun gaya hidup dan perkembangan semasa Tunku Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai TMJ ini sentiasa sahaja menjadi tumpuan ramai.
.
Selepas menerima banyak pertanyaan, TMJ yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya berkongsi tips bagaimana di mampu menurunkan berat badan tanpa mengambil suplemen (produk tambahan).
“Saya terima banyak mesej yang bertanya mengenai rutin harian dan senaman yang dilakukan. Saya telah berjaya hilangkan 22 kilogram (kg) berat badan saya yang kini 68kg.
“Apa paling mustahak adalah pemakanan yang merangkumi 70 hingga 80 peratus dan saya tidak mengambil apa-apa suplemen, selain senaman yang konsisten. Setiap pagi saya akan minum jus, sayuran dan buah-buahan.
“Ramai cakap tiada gimnasium besar dan sebagainya tapi saya hanya guna ruang kecil untuk turunkan 22kg, selain melakukan senaman tidak lebih sejam.
.
.
.
“Saya boleh ajar anda bagaimana menghilangkan berat badan dalam masa 20 minit, tidak perlu dua tiga jam di gimnasium atau lari jarak jauh.
“Saya suka melakukan pelbagai senaman kardio dalam bentuk set, untuk masa satu minit, 20 saat bagi setiap set senaman itu dilakukan,” kata Tunku Ismail dalam Insta Story miliknya semalam.
Tunku Ismail turut berkongsi pengalaman rakannya yang meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat serangan jantung walaupun sering ke gimnasium dan mempunyai tubuh badan sasa.
“Saya ada kawan berusia 42 tahun dan rapat dengan saya pergi gym setiap hari dan badan sasa tapi meninggal kerana serangan jantung, salah satu faktor kerana salah makan. Jadi makanan paling penting selain jalani gaya hidup sihat,” jelasnya.
So korang yang ingin mengurangkan berat badan tu boleh la guna cara yang dilakukan oleh TMJ ini. Dah kurus nanti jangan lupa tag majalah Remaja eh!hiks
Jika beberapa tahun lalu, ahli kumpulan Blackpink iaitu Rosé dan bekas ahli kumpulan 2NE1, CL pernah mencatat rekod sebagai dua selebriti wanita K-pop pertama menerima jemputan ke acara fesyen tahunan, Met Gala di kota New York.
Pada tauhun 2024 pula, tiba giliran pelakon kacak, Bright Vachirawit untuk melakukan perkara sama bagi negara kelahirannya, Thailand.
Untuk penampilan pertamanya di acara tersebut, Bright yang terkenal kerana lakonannya dalam drama bersiri 2Gether: The Series dan F4 Thailand: Boys Over Flowers tidak kekok memperkenalkan dirinya sebagai kuasa fesyen antarabangsa baharu.
Bright Vachirawit
Bright yang merupakan duta antarabangsa jenama Burberry memperagakan jaket georgette dengan perincian butang bullion emas pada bahagian sisi serta bahu; lantas membuatkan penampilan Bright kelihatan segak persis putera diraja. Perincian frills pada kelim lengan jaket (cuff) pula ibarat the icing on the cake.
Ia dipadankan dengan seluar sutera hitam dan top tanpa lengan keemasan pada bahagian dalam; semuanya hasil rekaan khas oleh pengarah kreatif Burberry, Daniel Lee buatnya. Sepatu hitam dengan rekaan tapak bersegi melengkapkan gaya Bright itu.
Rambutnya kekal dalam gaya ke belakang seperti kebiasaan agar imej Bright kekal kasual selari dengan visi yang ditetapkan oleh rumah fesyen Inggeris itu.
Lakaran persalinan Bright oleh Daniel Lee untuk Burberry.Bright bersama pelakon yang semakin meningkat naik, Sydney Sweeney.
Biarpun ada yang berpendapat gaya Bright itu agak ringkas dan tidak mempunyai elemen bunga mengikut kod pemakaian Met Gala pada tahun ini iaitu The Garden of Time; pemerhati fesyen tetap memuji gaya fesyennya yang diolah daripada cara pemakaian lelaki aristokrat Inggeris di zaman lampau.
Sekurang-kurangnya, ia masih menepati tema masa yang ada dalam kod pemakaian tersebut.
Keterbukaan penganjur Met Gala untuk menjemput lebih ramai selebriti dari negara Asia untuk menyertai acara itu dilihat sebagai satu tanda positif terhadap inklusiviti yang cuba dibawakan oleh dunia fesyen masa kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Soal penjagaan muka bukan hanya dititikberatkan oleh kaum wanita, malah lelaki juga perlu memastikan kebersihan wajah mereka turut terjaga.
Seringkali lelaki memandang ringan dengan penjagaan kulit wajah kerana mereka menganggap ianya sesuatu yang leceh dan rumit. Namun begitu, sebenarnya untuk menjaga kulit bagi lelaki tidaklah serumit yang disangka.
Penjagaan kulit muka merupakan satu proses yang perlu dilakukan setiap hari untuk mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan bersinar.
Jadi, penting untuk kaum lelaki menjaga rutin pembersihan wajah kalau nak sentiasa kelihatan handsome bergaya seperti Syafiq Kyle. Ehh, hiks!
Korang boleh amalkan beberapa tip dan rutin ini setiap hari dan lihat kesannya dalam masa terdekat.
1. Pastikan kulit bersih
Perkara paling asas yang boleh dilakukan lelaki adalah membersihkan wajah. Korang perlu mencuci muka pada waktu malam untuk menghilangkan minyak yang berlebihan, selain habuk yang melekat pada wajah. Ini membantu kulit muka untuk jadi lebih bersih.
Syafiq Kyle sendiri mengakui bahawa dirinya mengamalkan mencuci muka sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Tetapi, jika kerap seperti ini, dia hanya mencuci menggunakan air biasa saja. Sekadar membersihkan muka daripada kotoran di luar.
Tidak kiralah sama ada korang memakai produk apa, mungkin saja kulit akan jadi kering dan kasar. Jadi, pastikan gunakan krim pada wajah yang sedikit basah kerana dengan itu boleh menjadikan proses pelembapan lebih lama.
3. Elak jerawat
Elakkan menggunakan produk yang mengakibatkan jerawat, makanan berminyak, berempah serta pedas. Banyakkan minum air kosong untuk mengatasi masalah jerawat.
4. Skrub muka
Proses skrub dapat membantu menghilangkan dan membuang sel-sel kulit mati, selain bintik-bintik hitam pada wajah. Ia juga adalah cara terbaik untuk korang mendapatkan kulit yang berseri.
5. Jangan guna produk wanita
Ada sesetengah lelaki yang menggunakan kosmetik wanita seperti krim, toner atau pelembap dan ia mungkin akan mendatangkan reaksi kulit yang teruk serta alergi. Lelaki perlu memilih kosmetik yang memenuhi keperluan kulit mereka.
6. Pilih produk yang tepat
Lelaki juga boleh menggunakan pelbagai produk wajah seperti pembersih, pelembap dan sebagainya. Namun begitu, korang perlu memilih produk yang sesuai dan tidak mengandungi kandungan yang meragukan.
Seperti Garnier Men Turbolight Oil Control 3 In 1 Charcoal ini sudah lengkap dengan keperluan membersih, skrub dan juga mask. Jadi dengan hanya memakai satu produk saja sudah cukup untuk membuatkan kulit wajah korang seperti Syafiq Kyle. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!