Bulan Muharram memang tidak dinafikan ianya merupakan satu bulan yang mulia. Sebaimana kita tahu, Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Selain itu, ianya bagi menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam untuk memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
.
Dalam pada itu, Muharam juga adalah salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. Jumlah bulan dalam setahun yang ditetapkan Allah SWT terdapat 12 bulan semuanya. Ia diciptakan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi lagi.
Pada bulan Muharam ini juga kita disunatkan memperbanyakkan berpuasa sunat.
.
Peristiwa berpuasa sunat ini dapat dilihat bila mana Rasulullah SAW sewaktu berhijrah ke Madinah di mana Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Namun bagi membezakan umat Islam dengan orang Yahudi maka Nabi mengajar kita berpuasa pada 9 Muharram atau disebut hari Tasu’a.
Ini seperti dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadan adalah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam. Sebaik-baik solat selepas solat fardu adalah solat sunat pada waktu malam.” (Sahih Muslim)
Imam An-Nawawi turut menyatakan puasa paling afdal selepas puasa Ramadan adalah berpuasa pada bulan Muharam.
Ads
.
Menurut laporan, antara hari yang dianjurkan berpuasa adalah pada hari ‘Asyura iaitu puasa hari ke-10 dalam bulan tersebut.
Bagaimanapun, dalam mazhab Shafie, ulama menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharam.
Antara fadilat terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu.
Di Malaysia tarikh 10 Muharam 1442 Hijrah adalah bersamaan dengan hari Sabtu 29 Ogos 2020.
Ads
.
So alang-alang itu apa kata kita berpuasa seminggu ini bermula esok, Khamis (27 Ogos 2020)
6. Selasa: 31 Ogos 2020
13 Muharram (Hari putih pertama: Puasa hari-hari putih, iaitu 13, 14 dan 15 hijriyah setiap bulan, ganjarannya seperti berpuasa setahun)
[HR. Abu Daud: 2449]
7. Rabu: 1 September 2020
14 Muharram (Hari putih kedua)
8. Khamis: 2 September 2020
15 Muharram (Hari putih ketiga dan hari diangkat amalan)
Sebarkanlah ini, kita tidak tahu siapa yang akan berpuasa disebabkan “sharing” dari kita, moga-moga kita diberi pahala seperti orang berpuasa juga. Semoga kedatangan tahun baru ini kita menjadi insan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya 🙂
Wallahu’alam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk korang yang suka sangat pergi travel, mesti pernah berhadapan dengan situasi penerbangan yang panjang sehingga 14 jam atau mungkin lebih lama, tanpa transit pula tu.
Macam mana nak solat atas flight? Memang la kita dikira musafir dan ramai yang cakap dimaafkan sebab dalam keadaan yang susah nak solat.
Tapi korang kena ingat, Islam tu kan memudahkan umatnya. Kita sendiri dah diajar untuk solat tak kiralah dalam keadaan macam mana pun. Walaupun tengah sakit pun boleh solat, apa lagi yang tengah sihat walafiat tu kan.
Nah, kalau tak tahu kita boleh belajar. Ikuti perkongsian yang telah dibuat oleh @adibezymir ni tentang bagaimana nak solat di atas flight.
1. Cari kiblat
2. Cari ruang solat/solat secara duduk
3. Cara nak tahu waktu solat
4. Trick untuk tahu waktu subuh
5. Cara ambil wudhuk
6. Macam mana nak mandi wajib?
Penting untuk orang lelaki alert ya!
Tak pun korang boleh refer situasi ni pada ustaz atau individu-individu yang lebih arif.
7. Aplikasi tambahan
Kalau nak lebih mudah, korang boleh juga aplikasi waktu solat di flight ni. Nampak macam lagi senang.
Lepas ni dah tak ada alasan lagi tak dapat solat kalau jalan jauh kan? Kalau kita selalu jaga solat, insyaAllah Allah pun akan jaga kita. Wallahualam!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah hampir empat hari meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya. Anak kepada penyanyi legenda Elvis Presley, Lisa Marie, 54 tahun akhirnya akan disemadikan dan dikebumikan berhampiran tempat persemadian bapa dan anaknya di Graceland, estet milik keluarga Presley di Tennesse, Amerika Syarikat.
Anak tunggal “King of Rock ‘n’ Roll” itu meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di rumahnya pada Khamis. – Foto AP
Anak tunggal “King of Rock ‘n’ Roll”, Elvis Presley akan disemadikan di Graceland, bersebelahan dengan anak lelakinya, Ben,” kata wakil keluarga.
Untuk info, anak lelaki Presley, Benjamin Keough dilaporkan meninggal dunia pada Ogos 2020. Dalam salah satu catatan terakhirnya di media sosial, Presley berkongsi penulisannya untuk majalah People tentang kesedihannya selepas kematian Benjamin.
Benjamin Keough dan Lisa Marie Presley. COPETTI/PHOTOFAB/SHUTTERSTOCK
“Saya telah berhadapan dengan kematian, kesedihan dan kehilangan sejak berumur 9 tahun. Entah bagaimana, saya masih mampu meneruskan kehidupan sehingga kini.
“Kematian adalah sebahagian daripada kehidupan sama ada kita suka atau tidak, dan begitu juga kesedihan,” tulisnya.
Lisa Marie meninggalkan tiga anak perempuan iaitu Riley Keough, seorang pelakon, anak kembar kembar Finley dan Harper Lockwood serta ibunya, Priscilla, 77.
Menurut laman web Graceland, Elvis Presley membeli Graceland pada 1957 dengan harga AS$102,500 ketika dia berusia 22 tahun. Kemudian dia tinggal di sana sehingga kematiannya pada 16 Ogos 1977. Lisa Marie, anak perempuan tunggal legenda muzik itu baru berusia 9 tahun ketika itu.
Foto : RAY LASKOWITZ/GETTY Via People
Bapa Elvis Presley, Vernon Presley, telah dilantik pemegang amanah harta pusaka tanpa wasiat Elvis. Lisa Marie Presley menjadi waris tunggal pada usia 25 tahun pada 1 Februari 1993.
Malah, mendiang juga merupakan pewaris tunggal estet Graceland yang berkeluasan 17,500 kaki persegi itu. Rumah agam itu adalah yang kedua paling banyak dikunjungi di Amerika Syarikat, selepas White House.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengacara dan personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya menzahirkan kesyukuran ke hadrat llahi apabila anak perempuan kesayangannya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023.
Fedtri berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran video di entri Instagram miliknya, semalam.
Menerusi perkongsian itu, bapa kepada empat cahaya mata itu sama sekali tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk anaknya itu meraih keputusan cemerlang seluruh A dalam kesemua mata pelajaran.
“Ya Allah syukur, keputusan UPKK dah keluar. Tahniah sayang daddy, Indah Sutera Jannah!
“Kakak study sampai renyuk buku sebab subjek Sirah dan Tauhid agak mencabar. Tak yakin sangat dapat 8A, syukur ya Allah,” katanya.
Dalam pada itu, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu turut menzahirkan penghargaan buat para guru sekolah anaknya yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh pembelajaran.
Fedtri juga berharap agar kejayaan tersebut dapat menjadi inspirasi buat anak-anaknya yang masih kecil dalam pembelajaran di masa akan datang.
“Terima kasih para ustaz dan ustazah. Daddy dan mama menitis air mata. Kejayaan kecil namun besar untuk kami sekeluarga, inspirasi untuk adik-adik,” coretnya lagi.
Sekadar informasi, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika mereka sama-sama terlibat dalam program Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.
Hasil 13 tahun usia perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.