Baru-baru ini, seorang pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali berjaya meraih perhatian selepas dinobatkan sebagai johan qari dalam Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Kebangsaan, sekaligus menjadikan penyertaan sulungnya sebagai satu kenangan paling manis dalam perjalanan hidupnya.
Memetik laporan Bernama, penuntut jurusan Al-Quran dan Sunnah yang kini berusia 25 tahun itu meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut, walaupun pada awalnya tidak menyangka mampu menewaskan 13 peserta lain yang lebih berpengalaman dan memiliki bacaan yang lebih mantap.
Menurut anak kelahiran Perak itu, kejayaan yang diraih bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi ini merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke pentas pertandingan peringkat kebangsaan yang menyaksikan saingan sengit daripada peserta terbaik seluruh negara.
Kredit foto: TRDI.MY
“Saya rasa sangat bersyukur kerana kejayaan ini sebenarnya tidak disangka memandangkan saingan amat sengit. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke pertandingan peringkat kebangsaan,” katanya.
“Bapa saya seorang pegawai polis dan masih berkhidmat. Kami tiga beradik memang belajar al-Quran dengan ayah dari awal hingga fasih seperti sekarang. Ayah juga ada asas ilmu tarannum yang diajar kepada kami dan saya juga banyak berjumpa dengan guru lain untuk bertalaqi,” jelasnya lagi.
Mengulas mengenai perancangan masa depan, Cik Hasnul Taqiyuddin yang bercita-cita untuk menjadi pensyarah memaklumkan beliau akan terus mempertingkatkan latihan sebagai persediaan untuk mewakili negara ke pertandingan tilawah peringkat antarabangsa.
Sementara itu, johan qariah Nur Syakura Mohamad Musa dari Sarawak turut menzahirkan rasa syukur selepas enam tahun berusaha akhirnya berjaya merangkul kejuaraan yang diimpikan. Penyertaan kali keenam di peringkat kebangsaan itu menjadi titik manis dalam perjalanan beliau, setelah sebelum ini pencapaian terbaiknya hanya di tempat keempat. Hasil usaha berterusan serta kesungguhan memperbaiki kelemahan daripada pengalaman lalu akhirnya membuahkan kejayaan yang cukup membanggakan.
Ads
Kredit foto: TRDI.MY
Tegasnya, kejayaan tersebut tidak datang dengan mudah, sebaliknya didorong oleh sikap istiqamah serta sokongan dan doa keluarga, khususnya bapanya yang juga merupakan guru Al-Quran dan sumber inspirasi utama dalam perjalanannya.
Ads
Untuk info, kemenangan kedua-dua johan itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM20,000 serta tambahan RM10,000 bagi tujuan menunaikan haji, selain piala, cenderamata dan sijil penghargaan.
Selain itu, mereka turut menerima hadiah tambahan berupa bar emas seberat dua gram sumbangan MAIDAM Property Sdn Bhd serta tajaan penginapan selama dua hari satu malam di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah merupakan seorang individu yang komited menyebarkan kesedaran mengenai kesihatan metal.
Ujar Tengku Puteri Iman, amatlah penting untuk perbualan tentang kesihatan mental dari sudut pengalaman dan pandangan berbeza berterusan. Ia secara tidak langsung membantu semua orang untuk lebih memahami keadaan emosi, cara mengendalikan tekanan dan cara pemikiran dengan lebih mudah serta jelas.
Setelah dilantik sebagai perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan Disember 2021, bulan Jun 2022 pula menyaksikan Tengku Puteri Iman menandatangani memorandum persefahaman pertama di antara Green Ribbon Group (di mana beliau merupakan presiden dan pengasasnya) dengan Universiti Heriot-Watt Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, Tengku Puteri Iman juga merupakan ketua delegasi Malaysia ke Kongres Kesihatan Mental Persekutuan Dunia ke-23 di Westminster London, tahun ini.
Usaha Tengku Puteri Iman menyebarkan kesedaran tersebut kini bakal diiktiraf apabila beliau akan dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Universiti oleh Universiti Heriot-Watt Malaysia esok (Khamis, 17 November).
Peranan puteri sulung Yang di-Pertuan Agong ini sebagai pemimpin yang memberikan inspirasi dalam memperjuangkan aspek kesihatan mental di Malaysia dan di peringkat antarabangsa dilihat memainkan peranan yang cukup penting terutamanya pada zaman ini.
Majlis penganugerahan ijazah kehormat ini bakal dilangsungkan bersempena majlis graduasi Universiti Heriot-Watt Malaysia esok dan akan dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai tetamu VIP.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berkat usaha keras dan disulami dengan doa, gadis comel ini tamat dengan jayanya dalam peringkat Diploma Reka Bentuk Media Digital di KolejKemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan.
Diberi nama Nur Syahirah Mohd. Wari, graduan ini telah mencuri perhatian warganet selepas videonya menerima skrol pada majlis konvokesyen baru-baru ini tular dalam aplikasi TikTok.
Biarpun dirinya dilahirkan istimewa dan hanya memiliki ketinggian 124 sentimeter, namun ia bukanlah satu penghalang untuk dia turut sama berjaya seperti rakannya yang lain.
“Sebenarnya, majlis itu sudah lama berlalu iaitu pada Mac. Cumanya, saya baru muat naik hantaran kerana ingin berkongsi hasil penggambaran.
“Tidak sangka pula ia tular di TikTok dan ramai orang perkatakan tentang saya. Saya terharu sebab ramai komen cakap saya comel. Tiada yang pandang negatif, komen-komen semua positif,” katanya.
Cekal dalam menghabiskan pengajiannya, gadis berusia 23 tahun ini menitipkan harapan buat mereka yang senasib dengannya agar jangan sesekali merendah diri.
“Menerusi perkongsian ini, saya harap mereka yang senasib dengan saya tak mudah rasa down (rendah diri). Setiap manusia ada kekurangan dan tiada yang sempurna.
“Kita tidak boleh takut untuk ke depan kerana setiap kekurangan pasti ada kelebihan,” ujarnya.
Dia yang kini bekerja sebagai pereka grafik, turut sempat mengimbas detik-detik awal didiagnos menghidap masalah tulang yang membantutkan tumbesarannya.
Menurut Syira, dia membesar secara normal, namun mula menyedari ketinggiannya terbantut ketika menuntut di sekolah menengah.
“Masa kecil memang tak dapat kesan. Namun, apabila masuk ke sekolah menengah baru perasan. Jadi, saya tertanya-tanya juga kenapa tak tinggi-tinggi? Bila pergi hospital, dapat tahu saya ada masalah tulang.
“Doktor maklumkan, tulang saya tidak berapa okey. Namun, badan semua normal dan tiada masalah kesihatan lain. Cuma ada masalah tulang yang mengganggu tumbesaran,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Syira kini melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di sebuah kolej swasta secara separuh.
Tahniah REMAJA ucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Syira Mohd Wari & Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Potensi seseorang pelajar itu bukan sekadar diukur daripada kecemerlangannya menjawab kertas peperiksaan semata. Akan tetapi, potensinya boleh dikembangkan lagi di luar bilik darjah sehingga membawa nama sekolah, keluarga dan negara ke peringkat antarabangsa!
Itulah yang telah dikecapi oleh pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ini apabila minat dan usahanya dalam memartabatkan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) telahpun diiktiraf.
Salah seorangnya dikenali sebagai Ezzati Hanis Khairuzzaman. Dia telahpun dinobatkan sebagai johan pertandingan Inovasi STEM 2021 Peringkat Daerah Sepang dan johan pertandingan Inovasi, Karnival STEM Peringkat Negeri Selangor 2021.
Ezzati Hanis seterusnya meneruskan kecemerlangan dalam pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) di Kementerian Pendidikan (KPM).
Bukan sahaja daya inovasinya yang telah memberi impresi positif dalam kalangan panel jurinya, Ezzati Hanis juga turut menerima anugerah ‘Class Speaker Award’ atas pembentangan dapatan projek inovasi dan perkongsian ilmu.
Ezzati Hanis bersama dua pingat yang diterimanya ketika mewakili Malaysia dalam Program Broadcom MASTERS. Foto : Facebook SSPCyberjaya
Justeru, Ezzati telahpun melayakkan dirinya untuk dipilih bagi mewakili negara dalam program Broadcom MASTERS International di Atlanta Georgia, Amerika Syarikat bersempena Regeneron International Science Affair (ISEF) 2022.
Sekolah Seri Puteri juga boleh berbangga apabila seorang lagi pelajarnya benama Zahirah Muzamir juga melakar kejayaan dalam bidang inovasi di peringkat antarabangsa.
Penghasilan tampalan penyejukan organik yang dicipta oleh Zahirah ini telah menerima pengiktirafan Anugerah Emas dan Anugerah Khas di Korea International 2022 11th World Invention Creativity Olympics Awards.
Delegasi dari Sekolah Seri Puteri Cyberjaya di Korea 2022 11th World Invention Creativity Olympics Awards. Foto : Facebook SSPCyberjayaFoto : Facebook SSPCyberjayaFoto : Facebook SSPCyberjayaFoto : Facebook SSPCyberjaya
Fuh, bukan calang-calang ya pelajar Sekolah Seri Puteri. Congratulations girls!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak pernah menjadikan latar belakang keluarga sebagai alasan untuk mengalah, seorang wanita kelahiran New Zealand, Nur Zahirah Khairudin, 25, membuktikan bahawa usaha dan pendidikan...