Setiap individu pasti mempunyai kisah tersendiri tentang perkara paling luar biasa yang pernah dilakukan demi insan yang dicintai. Bagi pelakon kacak, Ikmal Amry, pengorbanan yang dilakukannya bukanlah sesuatu yang kecil.
Baru-baru ini, aktor berusia 31 tahun itu berkongsi kisah kehidupannya sebelum mengecap populariti dalam industri seni dan mendirikan rumah tangga menerusi sebuah ciapan di Threads.
Soalan Ringkas, Jawapan Ikhlas Dari Hati
Menerusi hantaran tersebut, seorang pengguna Threads mengajukan soalan mengenai perkara paling luar biasa yang pernah dilakukan seseorang demi insan tersayang.
“Apa perkara yang paling gila anda semua pernah buat sebab suka pada seseorang?
“Jangan malu. Yang tak logik pun tidak mengapa, semua jawapan diterima,” tulis seorang.
Ads
Perkongsian itu bagaimanapun menarik perhatian Ikmal yang tampil memberikan jawapan jujur mengenai pengorbanan terbesar yang pernah dilakukannya demi wanita yang kini bergelar isterinya.
Tinggalkan Kehidupan Lama Demi Masa Depan Bersama
Menurut bekas peserta Hero Remaja itu, dia sanggup meninggalkan dunia dan kehidupan lamanya untuk mengejar masa depan bersama insan yang dicintai.
Malah, keputusan besar itu dibuat ketika usianya masih muda.
Ads
“saya tinggalkan dunia saya dibelakang untuk dia (isteri).
“Saya mengejar masa depan bersama dia. Dan ketika itu, saya hanya berusia 26 tahun,” tulisnya.
Perkongsian ringkas itu nyata menyentuh hati ramai warganet yang melihat ia sebagai satu bentuk pengorbanan besar dalam sebuah hubungan.
Untuk rekod, Ikmal sah bergelar suami kepada Najla Shamsul pada 19 Disember 2020 dalam sebuah majlis yang berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata dan bakal menimang kehadiran anak ketiga dalam masa terdekat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Threads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid menzahirkan kesyukuran proses melahirkan cahaya mata ketiganya dipermudahkan selepas dia selamat menimang bayi perempuan secara normal, hari ini.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, bekas peserta program Dewi Remaja itu memuat naik foto cahaya mata perempuannya yang didukung suami tercinta, Raf Yaakob.
Mawar dan Raf bagaimanapun belum berkongsi wajah cahaya mata mereka dan menutup muka bayi itu dengan emoji.
“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Saya bersalin secara normal, macam dua orang anak saya, Rafael dan Cinta. Terima kasih semua atas doa-doanya,” tulisnya ringkas.
Selain itu juga, pelakon drama Kalis Kasih itu turut mengumumkan nama bayi ketiganya iaitu Raden Seri Riyanna Sayang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis tidak terlepas peluang meniupkan doa yang baik-baik buat bayi mereka.
Sekadar informasi, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rossabella Cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai yang bercakap mengenai gaun perkahwinan Meghan Markle ( termasuk Remaja! ) yang direka khas oleh Givenchy. Ia merupakan rekaan throwback kepada gaun Givenchy yang pernah dimodelkan oleh pelakon, Audrey Hepburn untuk majalah Vogue.
Namun semua orang juga tertanya-tanya mengenai tiara yang dipakai oleh Meghan hari ini. Jika pada majlis perkahwinan Kate Middleton pada tahun 2011, Queen Elizabeth telah meminjamkan tiara Cartier Halo Scroll dari tahun 1936 yang dihadiahkan oleh Prince George VI kepada isteri beliau.
Hari ini, Meghan juga memakai ‘tiara pinjam’ oleh Queen Elizabeth !
Dinamakan sebagai Queen Mary Bandeau Tiara, ini adalah 5 fakta menarik mengenainya.
01
Seperti namanya, tiara ini asalnya dimiliki oleh Queen Marry dan merupakan barangan antik yang telah lama menjadi sebahagian daripada koleksi keluarga diraja.
02
Batu berlian yang ada pada tiara ini adalah dari tanah Inggeris dan direka pada tahun 1932. Brooch di bahagian tengah itu pula berasal dari tahun 1893.
03
Diperbuat daripada berlian dan platinum, tiara ini mempunyai dibahagikan kepada 11 seksyen yang bersambung dalam bentuk oval. Saiz berliannya pula berbeza, ada yang kecil dan ada yang besar.
04
Brooch di bahagian tengah boleh diasingkan dan ia diperbuat daripada 10 batu berlian.
05
Brooch pada Queen Mary Bandeau Tiara adalah merupakan pemberian County of Lincoln kepada Puteri Mary semasa beliau mengahwini Putera George, Duke of York pada tahun 1893. Ia kemudian dijadikan sebahagian daripada rekaan tiara tersebut
Pada tahun 1953, Queen Elizabeth II telah mewarisi aksesori kepala bernilai tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teringin nak minum kopi dekat tempat class sikit, tapi segan sebab tak tahu nak order yang mana satu?
Ha, mesti ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini bila first time nak try minum kopi mahal sikit. Biasa dekat kedai mamak kita order je kopi ais satu, zasss terus sampai. Tak payah nak pening kepala pilih yang mana satu kopi paling sedap.
Tapi, kalau pergi kedai yang up sikit macam Starbucks ni, mula la garu kepala tengok menu yang ada. Nak mintak macam-macam takut salah pilih, habis berpuluh-puluh ringgit melayang macam tu je.
Jadi, untuk korang yang mungkin masih noob nak beli kopi di Starbucks tu boleh la ikut cara yang bro ni ajar di laman twitternya.
1. Kenal pasti jenis-jenis minuman
2. Pilih saiz
3. Pilihan jenis kopi
4. Tengok menu di board
5. Kenali perasa tambahan
6. Pilihan untuk tea dan chocolate
7. Bagi NAMA
Semoga perkongsian ini dapat hilangkan sikit la blur korang yang baru first time nak mencuba tu.
K.O.I mencipta kejutan gemilang apabila lagu Tiwikarma dinobatkan sebagai juara AJL 40, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.