Tak salah lagi, antara filem paling dinanti-nantikan untuk tahun ini ialah filem Spider-Man 3.
Buat peminat francais filem Marvel Cinematic Universe (MCU), mereka tidak sabar untuk melihat apakah jalan cerita susulan selepas filem tersebut beberapa kali telah ditunda akibat situasi pandemik dunia.
Nampaknya, kita sudah mula diberikan beberapa hint mengenainya daripada para pelakonnya termasuklah Tom Holland (Peter Parker), Zendaya (Mary-Jane) dan Jacob Batalon (Ned).
Namun, hint yang diberikan itu tidak semudah yang kita sangkakan. Malah, mereka membuat peminat Spider-Man seakan berteka-teki pula.
Menerusi muat naik pertama dalam siri promosi filem tersebut, mereka telah mendedahkan nama filem tersebut di media sosial. Namun kesemua muat naik tersebut mengandungi nama-nama filem berbeza!
Ads
Pada foto yang dimuat naik oleh Tom, tajuk yang diberikan ialah Spider-Man 3: Phone Home. Beberapa minit kemudian, Jacob pula memuat naik tajuk Spider-Man: Home-wrecker.
Ads
Dan untuk melengkapkan teka-teki ini, Zendaya ‘memesongkan’ lagi peminat dengan tajuk ketiga iaitu Spider-Man: Homeslice.
I mean… haih nak kena mereka ni!
Peminat MCU pantas memberikan respon mereka dan rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan permainan tiga orang pelakon Spider-Man 3 ini.
Our best guess is that the ACTUAL title will be released tonight on Jimmy Fallon, where Tom Holland is scheduled to appear! For now lets enjoy these hilarious titles & fantastic stills! pic.twitter.com/OMyDM4UD4N
Kata salah seorang pengguna Twitter bernama @spideynews, dia merasakan bahawa mereka akan mendedahkan tajuk sebenar filem itu semasa Tom Holland muncul di rancangan temubual Jimmy Fallon pada malam ini.
Korang rasa, tajuk mana yang paling mengujakan dan kedengaran menarik? Phone Home, Home-wrecker ataupun Homeslice?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres popular, Eyka Farhana, mencuri perhatian warganet apabila dilihat bersama beberapa rakan artis seperti Mimi Lana, Azira Shafinaz, Amelia Henderson dan Yaya Zahir di sebuah restoran mewah.
Menerus sebuah video di media sosial, kesemua selebriti tersebut dilihat sedang menari sambil melakukan ‘lip sync’ menggunakan lagu viral Garam Dan Madu.
Selain itu, Azira Shafinaz turut berkongsi momen tersebut menerusi Instagram Story, memeriahkan lagi sesi ‘bride to be’ yang disambut bersama Eyka.
Untuk makluman, Eyka Farhana dan pasangan, Akhyar, telah selamat bertunang pada 4 Ogos tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat. Hubungan mereka mula diketahui umum sejak 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Yaya Zahir
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK adalah antara penyanyi yang kini menjadi sebutan para peminat terutamanya kaum wanita. Berasal dari Tawau Sabah, anak muda berusia 24 tahun ini juga merupakan ahli kumpulan rap K-Clique. Baru-baru ini, Remaja berkesempatan bertemu dengan penyanyi kegilaan ramai ini dan jelas sekali seperti yang pernah tular sebelumnya, MK sememangnya seorang personaliti yang mudah didekati.
Dikenali dengan lagu-lagu hit seperti Mimpi dan Pulang, anak muda ini memulakan kariernya bersama K-Clique sekitar tahun 2014 secara indie/underground. Kini boleh dikatakan 2020 merupakan tahun terbaik bagi kumpulan K-Clique kerana nama mereka sering disebut dan menjadi perhatian peminat muzik tempatan.
“Kami K-Clique bermula lebih daripada sebagai kumpulan rapper yang mempunyai minat yang sama. Kenal dari zaman sekolah, Alhamdulillah disatukan dengan minat yang sama. Keluarga K-Clique ini besar, ramai lagi kawan-kawan yang setia dibelakang kami. Kami sendiri tidak sangka dengan apa yang kami ada sekarang, tetapi apa yang saya boleh katakan, niat kami memulakan kerjaya ini adalah untuk membantu keluarga dan rakan-rakan. Alhamdulillah, sampai sekarang niat itu kami kekalkan,”
“Kejayaan pada tahun ini adalah ganjaran daripada kerja-kerja keras yang kami lakukan dan saya bersyukur dengan semua kejayaan saya dan K-Clique. Apa yang penting, definisi kejayaan bagi saya adalah apabila saya dapat menyenangkan dan mengembirakan keluarga, serta orang-orang disekeliling,” jelas MK.
Walaupun negara berhadapan dengan waktu-waktu sukar ketika pandemik COVID-19, namun bagi MK dia bersyukur dengan pencapaian yang diperoleh sepanjang tahun ini. Penerimaan luar biasa daripada peminat terhadap kolaborasinya bersama Nabila Razali dalam lagu Peluang Kedua antara yang menjadi kenangan manis yang dicipta bagi tahun 2020 yang lalu.
Tidak hanya itu, MK juga turut meluahkan rasa kesyukuran apabila kumpulan K-Clique menerima pencalonan dalam kategori Best Southest Asia Act di MTV EMA 2020.
“Sejujurnya kami terkejut dengan pencalonan ini, so sama ada menang atau kalah bukan lagi isu kerana apa yang penting kami sudah mewakili Malaysia dalam acara anugerah tersebut,” katanya.
Pengalaman sewaktu PKP
Awal tahun lalu, masyarakat Malaysia melalui detik-detik sukar apabila terpaksa mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani kes positif COVID-19. Sekitar hampir tiga bulan, masyarakat kita perlu ‘berkurung’ di rumah dan sudah tentu ia adalah satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Bagi selebriti ini pula, dia sentiasa berfikiran positif dan akur dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Baginya, pasti ada hikmah disetiap yang berlaku.
“Sewaktu PKP yang lalu, saya tidak nafikan bahawa pada waktu itu banyak mengajar kita untuk lebih berfikir dan macam-macam perkara yang kita dapat belajar. Saya lebih menghargai setiap masa, peluang dan orang yang ada disamping saya. Saya banyak meluangkan masa bersama keluarga, belajar dan berkongsi ilmu dengan ahli kumpulan K-Clique yang lain. Pada waktu malam, kami akan ke studio yang berdekatan dengan rumah, dan saat inilah kami mengambil peluang untuk menghasilkan lebih banyak karya muzik,” jawab ¬anak kelahiran Sabah ini.
Rapat dengan ibu
Buat yang mengikuti pemuda ini di laman media sosialnya, pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa MK seorang yang rapat dengan ibunya. Sering membuat live di IG bersama ibu, kami pasti ini antara sebab kenapa MK diminati peminatnya, lebih-lebih lagi golongan wanita kerana dia sentiasa mendahulukan ibunya dalam semua perkara.
“Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Ibu bapa saya bekerja keras untuk meyara kami lapan beradik. Ibu saya seorang suri rumah dan mempunyai pendapatan sampingan dari bisnes kecilnya dan ayah seorang pesara polis. Saya mempunyai 6 orang kakak dan seorang adik lelaki. Saya anak ketujuh daripada lapan beradik. Alhamdulillah, kami adik-beradik gembira dengan apa yang kami ada sekarang dan semuanya menyimpan impian untuk membalas jasa kedua orang tua kami,”
“Boleh dikatakan saya kerap menghubungi Mama melalui panggilan video. Biasanya, setiap kali selepas waktu Subuh di KK, saya akan terus menghubunginya. Mama memang mengajar kami untuk sama sekali tidak menipu tentang apa-apa hal sekali pun. Jadi, cukup untuk peminat tahu yang Mama tahu segala perihal saya luar dan dalam. Secara tidak langsung, ia dapat membentuk jambatan keakraban yang sangat kuat diantara kami. Setakat ini, belum ada perkara yang saya sembunyikan atau tipu Mama” sambung MK lagi.
Gadis pilihan
MK turut memberitahu satu rahsia tentang wanita idamannya. Mungkin ramai yang tidak tahu, MK sebenarnya seorang yang suka makan makanan pedas. Jadi tidak hairanlah jika dia ingin mencari seorang wanita yang pandai memasak lauk Masak Lemak Cili Api. Bercakap soal gadis pilihannya pula, MK dlihat seorang yang sederhana dan tidak mengharapkan wanita yang sempurna kerana dia juga merasakan dirinya bukanlah seorang yang sempurna.
“Ciri-ciri perempuan yang saya suka (gelak) adalah seorang wanita yang baik dan tulus menyayangi. Daripada segi fizikal pula, saya sedar fizikal saya pun tidak sempurna mana, jadi jika dia sedap mata memandang, cukuplah (Hehe),” jelasnya.
Dipalit kontroversi
Selain daripada bakatnya yang mendapat perhatian peminat, lelaki berusia 24 tahun ini juga tidak lari daripada terpalit dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan dirinya. Walau bagaimanapun, MK dilihat sentiasa tenang dan tidak mudah melatah walaupun dikaitkan dengan pelbagai isu.
“Kita tidak akan lepas daripada kritikan ataupun andaian orang terhadap diri kita. Tetapi, bukan tugas kita untuk memberitahu semua yang kita ini seorang individu yang baik. Jadi, terpulang untuk mereka menilai, mana yang baik saya ambil dan sebaliknya, abaikan atau tegur dengan cara yang sesuai. Alhamdulillah, setakat ini saya jujur dengan peminat saya. Saya sangat bersyukur dengan sokongan yang diterima. Tanpa mereka, saya bukan MK yang dikenali ramai.
MK juga sering dilabel sebagai ‘bad boys’ dikalangan masyarakat. Tidak melatah dengan tohmahan tersebut, anak kelahiran Sabah ini punya pendapatnya tersendiri.
“Oh yang tahu, tahulah (gelak). Saya sebenarnya tak kisah tentang pendapat orang tetapi untuk yang mengenali saya, yang tahu saya macam mana, bila mereka yang beri pendapat itu baru saya peduli. Tapi bagi saya kalau first impression orang itu tidak penting, kerana selepas mengenali saya baru mereka akan tahu siapa diri saya yang sebenarnya,” jelas MK.
Ditanya adakah perempuan memang suka kepada ‘bad boys’, MK berseloroh menjawab, “Terpulang. Saya bukannya bad boys tapi kalau dia mahu bad boys boleh, kalau nak jadi ‘baik’ boys pun boleh.”
Rancangan untuk 2021
Tetap menyimpan impian untuk membantu dan menyenangkan keluarga serta orang-orang disekelilingnya, MK berharap agar tahun ini dia akan menjadi seorang individu yang lebih baik dari tahun lalu.
“Saya akan tetap berdoa dan berusaha untuk menjadi lebih baik berbanding tahun 2020. Kalau boleh, sebelum usia menjangkau 25 tahun, saya mahu membanggakan dan menyenangkan keluarga, mencari kesenangan untuk diri sendiri dan ahli K-Clique yang lain serta memberi kesenangan buat orang-orang disekeliling,” jelasnya mengakhiri perbualan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon tanah air, Pablo Amirul, akhirnya mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan tarikh perkahwinannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Hana Rose, yang dijadualkan berlangsung pada 2 Februari 2026.
Berita tersebut sekali gus menamatkan teka-teki peminat yang selama ini tertanya-tanya tentang hala tuju hubungan pasangan ini yang dilihat semakin serius sejak kebelakangan ini.
Pengumuman itu dikongsikan sendiri oleh Pablo Amirul menerusi satu hantaran di Instagram yang sarat dengan elemen kesyukuran, refleksi spiritual serta penghayatan terhadap takdir Ilahi.
Dalam kapsyen berkenaan, Pablo Amirul menulis luahan yang menyentuh hati ramai:
“Counting the day! Maha suci Allah pada segala ketetapan hanya milik-NYA. Maut, rezeki & jodoh… rancanglah sehebat mana pun tetapi tetap ALLAH SWT jugak yang pastikan. Usaha, tawakal, doa & ibadah serta kebaikan adalah kesetiaan daripada hamba-NYA.”
Luahan tersebut jelas menggambarkan kematangan pemikiran serta perjalanan hidup Pablo Amirul yang kini berada pada fasa lebih tenang dan tersusun.
Mesej Istimewa Buat Dr. Hana Rose
Lebih mencuri perhatian, Pablo Amirul turut menyampaikan mesej khas buat wanita yang bakal menjadi suri hidupnya, sekaligus memperlihatkan hubungan yang dibina atas dasar saling menghargai dan menyokong.
“To my woman that I’m gonna spend my life with, thank you for loving me and we decide to create another chapter… should we @drhanarose?”
Mesej ringkas itu menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang menyifatkan hubungan pasangan ini sebagai matang dan penuh adab.
Luahan Syukur Atas Ketentuan Jodoh
Dalam perkongsian sama, Pablo Amirul atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri turut meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas jodoh yang telah ditentukan buat dirinya.
Luahan tersebut seolah-olah mencerminkan perjalanan cinta mereka yang tidak terburu-buru, sebaliknya dibina dengan penuh pertimbangan, doa dan kepercayaan kepada ketentuan Tuhan.
Untuk rekod, pada April tahun lalu, Pablo Amirul pernah mendedahkan kepada umum bahawa dirinya sedang menjalinkan hubungan serius dengan seorang pakar estetik yang dikenali sebagai Dr. Hana Rose.
Sejak pendedahan itu, hubungan mereka dilihat semakin kukuh, namun kedua-duanya memilih untuk tidak terlalu menonjolkan kisah peribadi ke khalayak, sebaliknya lebih selesa menjalani kehidupan secara sederhana dan privasi.
Ucapan Tahniah Membanjiri Ruangan Komen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti tidak ketinggalan membanjiri hantaran tersebut dengan ucapan tahniah dan doa buat pasangan ini.
Ramai yang meluahkan rasa gembira melihat Pablo Amirul akhirnya menemui kebahagiaan, selain mendoakan agar segala urusan menuju hari bahagia dipermudahkan.
Suasana ruangan komen jelas dipenuhi aura positif, menjadikan pengumuman ini bukan sekadar satu berita peribadi, malah turut diraikan oleh peminat serta komuniti industri hiburan.
Sokongan yang diberikan memperlihatkan penerimaan baik orang ramai terhadap pasangan ini, khususnya cara mereka mengendalikan hubungan dengan penuh kesederhanaan dan kematangan.
Dengan tarikh yang telah ditetapkan, pasangan ini kini secara rasmi memulakan ‘countdown’ menuju fasa baharu dalam hidup mereka.
Tahun 2026 dipilih sebagai simbol penyatuan dua hati, menjadikan kisah cinta Pablo Amirul dan Dr. Hana Rose sebagai satu lagi cerita selebriti yang bermula dengan doa, usaha dan tawakal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!