Hari ini, pantang ada sesuatu makanan yang viral kita tak akan teragak-agak mencubanya. Sama ada sudah dapat pengesahan halal dari JAKIM atau tidak, ada sesetengah dari kita tidak teragak-agak mencuba. Dari isu bubble tea, hingga soal makanan lain, tidak chill kalau belum makan atau minum.
Namun kalaulah kita tahu dan faham mengapa Islam menuntut umatnya berhati-hati dengan setiap makanan yang masuk ke mulut, pasti kita akan lebih berhati-hati soal apa yang kita makan dan masuk ke tubuh.
Baca perkongsian oleh Dr Ahmad Sanusi mengenai soal pemakanan ini.
Kesan Makanan Terhadap Anak
1. Kajian terkini dari University of Central Florida mendapati terdapat hubungkait antara pemakanan ibu dengan anak autism. Kewujudan Propionic Acid (PPA) dalam makanan yang diproses (processed foods) memberikan kesan negatif terhadap anak. Benar, tiada satu petanda yang jelas dalam isu autism ini, namun pemakanan ibu adalah perkara yang mesti diberi perhatian.
Dalam Islam, isu pemakanan juga sangat ditekankan. Allah mendidik Muslimsupaya mengambil pemakanan yang halal dan baik (tayyiba). Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah makanan yang baik daripada apa yang telah kami rezekikan kepadamu.”
Malah makanan yang baik boleh memberikan kesan kepada anak. Bapa kepada al-Imam al-Bukhari dikatakan sangat menjaga makanan beliau. Ketika hampir meninggal, beliau diriwayatkan sebagai berkata:
لا أعلم من مالي درهمًا من حرام، ولا درهمًا من شبهة
“Tidak aku ketahui daripada harta aku ini satu dirham pun daripada yang haram, bahkan tidak ada satu dirham pun daripada perkara syubhah.” (Hady al-Sari, Ibn Hajar)
Ads
Kata-kata bapa kepada al-Imam al-Bukhari ini didengari oleh Ahmad ibn Hafs lalu beliau berkata di dalam hati beliau:
وصلاح الآباء ينفع الأبناء
“Ayah yang baik (dari segenap aspek) akan memberikan manfaat buat anak-anaknya.” Maka tidak hairanlah kita lihat kehebatan al-Imam al-Bukhari, hasil dari didikan rapi oleh ayahnya.
Begitu juga dengan al-Imam al-Ghazali. Beliau berpesan bahawa sekiranya kita inginkan anak yang soleh, maka aspek pemakanan yang halal dan baik mestilah dijaga dari awal.
al-Imam al-Ghazali turut menukilkan pandangan dari al-Imam Ahmad yang menyatakan bahawa isu pemakanan adalah sebahagian dari urusan agama. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata al-Imam Ahmad:
أما علمت أن الأكل من الدين قدمه الله تعالى على العمل الصالح فقال: “كلوا من الطيبات واعملوا صالحاً
Ads
“Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh. Firman Allah: “Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh.” (Ihya Ulumuddin)
Malah menurut riwayat al-Bukhari, Rasulullah dikatakan pernah mengeluarkan makanan dari mulut cucu Baginda al-Hasan atas dasar sangat menjaga makanan yang diberikan kepada anak dan cucu Baginda.
Semoga Allah membimbing kita semua.
Sumber : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rindu Puteri Mahkota Amelia Mignonette Thermopolis Renaldi atau lebih dikenali sebagai Mia Thermopolis, Puteri Genovia? Berita gembira buat peminat filem ini, The Princess Diaries is back!
Lagi menarik, menurut laporan Francais ‘Princess Diaries’ ini bakal diarahkan oleh anak Malaysia.
Princess Diaries
Princess Diaries 3 Diarahkan Oleh Adele Lim Dari Malaysia
Peminat filem di Malaysia pasti lebih meraikan berita gembira ini apabila mengetahui filem terbabit turut diarahkan oleh Adele Lim dari Malaysia.
Ini adalah kali kedua Lim sebagai pengarah selepas pertama kali mengarahkan filem komedi ‘Joy Ride’ (2023).
Di samping itu, Princess Diaries 3 akan diterbitkan oleh Debra Martin Chase di bawah syarikat penerbitan Somewhere Pictures milik Hatheway. Penerbit Eksekutif ialah Naia Cucukov dan Melissa Stack, manakala skrip pula ditulis oleh Flora Greeson.
Princess Diaries yang merupakan francais di bawah Disney telah pertama kali ditayangkan pada tahun 2001, dengan sekuel ‘The Princess Diaries: Royal Engagement’ pada 2004.
Kedua-duanya dibintangi oleh Hathaway selaku Mia Thermopolis, dan Julie Andrews sebagai neneknya dan juga ratu. Diarahkan oleh mendiang Garry Marshall, kedua-dua filem itu mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta.
“Sebagai seorang peminat tegar Princess Diaries original, saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang akan menghidupkan siri ketiga ini. Kami tidak sabar untuk meraikan kuasa wanita, kegembiraan dan bimbingan dengan penonton di seluruh dunia,” kata Lim dipetik Deadline.
Hathaway memberi isyarat bahawa filem tersebut telah dibangunkan sejak 2022 dan tahun lepas, lapor CNA.
Buat yang tidak tahu, Adele Lim merupakan pengarah serta penulis dari Malaysia yang menulis lakon layar filem pecah panggung Crazy Rich Asians.
Wow, REMAJA teruja. Corak pembelajaran alaf baru untuk pelajar di Malaysia. Menyedari ramai pelajar mempunyai banyak masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) satu inisiatif diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan TV Pendidikan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah seharusnya dipuji.
Yeay, tidaklah pelajar asyik mengadap handphone masing-masing atau tidur meninggi hari kerana keasyikan menonton tv.
Bermula hari ini, jam 9.00 pagi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah memperkenalkan slot TV Pendidikan. Ini adalah satu usaha tambahan kepada siaran Eduweb TV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming.
Menariknya, slot TV Pendidikan ini merupakan usaha untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternative selain daripada pembelajaran dalam talian terutamanya semasa lanjutan PKP.
KPM bekerjasama dengan RTM iaitu pada channel OKEY iaitu salah satu daripada saluran RTM. Ia akan disiarkan selama dua jam setiap hari iaitu dari jam 9.00-10.00 pagi dan 1.00 petang hingga 2.00 petang.
Pagi ini pembelajaran bermula dengan subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk tahun 6 bagi sekolah rendah manakala untuk pelajar sekolah menengah pula subjek Bahasa Inggeris dan Matematik untuk pelajar SPM. Lagi pun tak berapa lama lagi akan hadapi exam besar terutama bagi pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi SPM. Inilah masanya untuk korang tengok tv pendidikan ini belajar melaluinya dengan cara lebih menyeronokkan dari duduk dalam kelas.
So bagi korang yang nak tahu jadual, sila masuk ke laman web www.moe.gov.my atau di media sosial KPM iaitu facebook, Instagram dan twitter @KemPendidikan kerana ia memang khusus untuk korang semua ya.
Kalau di slot astro boleh tekan di channel 146.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dahulu, ya mungkin bola sepak dilihat sebagai sukan yang didominasi oleh pemain, pegawai dan penonton lelaki.
Namun zaman dah berubah. Perempuan juga memainkan peranan penting dalam memastikan bola sepak dunia berkembang secara positif. Malah, kategori bola sepak wanita pun sudah diiktiraf di peringkat sukan tinggi di seluruh dunia.
Baru-baru ini, tular sebuah video perlawanan bola sepak wanita yang dipercayai di Timur Tengah iaitu pemain pasukan Shahab al Ordon, sebuah kelab dari Jordan, membuat benteng dalam bulatan bagi menutup seorang pemain lawan yang tudungnya hampir tercabut.
Menerusi video itu, kejadian itu berlaku berikutan seorang pemain Arab Orthodox Club tertanggal tudungnya ketika beliau cuba mengelecek beberapa pertahanan.
JUST BEAUTIFUL.
Opponents huddle up around a Hijabi footballer in order to protect her from showing her hair. pic.twitter.com/O5aC84AhmN
Tindakan lima orang pemain-pemain Shahab berhenti meneruskan permainan demi melindungi aurat wanita berkenaan daripada dilihat umum mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen memuji tindakan tersebut dan patut dijadikan contoh untuk pemain lain.
Untuk info, Larangan memakai tudung dibatalkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sejak 2014. Pada Oktober 2016, kurang dua tahun selepas larangan kepada hijab dimansuhkan, Kejohanan Piala Dunia bawah 17 tahun wanita diadakan di Amman, Jordan. Itu adalah kejohanan pertama secara rasmi oleh FIFA yeng membenarkan pemakaian hijab oleh pemain-pemain wanita. Kejohanan itu juga adalah kejohanan pertama di Timur Tengah yang dianjurkan oleh FIFA.
So, bagi penulis pakai hijab pun boleh je bersukan kan…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!