Bercuti dan meluangkan masa untuk travel mampu hilangkan stress. Tambahan lagi bila kita ditemani geng travel yang ‘satu kepala’. Seperti kebanyakan perkara dalam hidup ini, menggembara ke negara orang seeloknya dilakukan bersama dengan rakan-rakan.
Tak salah sebenarnya nak bercuti bersama BF atau orang yang berlainan jantina dengan korang tapi kalau dah sebilik bagi yang belum ada apa-apa ikatan itu agak melampau.
Baru-baru ini, perkongsian seorang wanita muslimah menerima kritikan hebat warganet selain mempersoalkan tips percutian bajetnya itu. Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman Facebook baru-baru ini, dia menceritakan pengalaman bercuti bersama teman lelakinya di Thailand.
Wanita itu memberikan tips percutian bajet bersama kekasih hati di mana mereka berkongsi bilik penginapan hotel termasuk katil dan hanya dipisahkan dengan bantal sahaja. Difahamkan, perkongsian asal itu telah dipadam kerana menerima banyak kritikan ramai namun dikongsi semula oleh seorang pengguna Twitter dikenali Mimi.
Menerusi ciapan oleh Mimi, wanita terbabit mengatakan dia memakai tudung dan berselimut ketika tidur sekatil bersama teman lelakinya.
Ads
“Terbaca posting Facebook Muslimah bertudung yang pergi bercuti ke Thailand dengan BF (teman lelaki). Dah kena delete (padam) tapi ini rumusan tips percutian budget dia iaitu kongsi bilik sama tapi letak bantal tengah-tengah selain tidur bertudung dan berselimut.
Sangkal undang zina, sebaliknya perlu pegang teguh pada niat
Susulan diajukan tentang isu zina, wanita tersebut menyangkal tuduhan tersebut dengan mengatakan perlu berpegang teguh pada niat seseorang.
Netizen Tidak Puas Hati Dengan Tips
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan ketidakpuasan hati dengan tips percutian bajet tersebut dan ia seolah-olah berlagak ‘couple terpaling Islam’.
Ads
Malah, ada yang mengatakan pasangan kekasih bukan Islam pun masih tahu batasan di mana mereka tidur di bilik berasingan.
Batasan Dengan Bukan Mahram
Hukum asal pergaulan lelaki dan perempuan adalah haram, kecuali perkara yang dibolehkan. Walaupun mendapat kebenaran ibu bapa, ia tetap tidak dibenarkan melainkan ada bersama mahram dan jelas terhindar daripada maksiat.
Bertakwalah kepada Allah SWT apabila Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ads
Begitu juga dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Begitu juga larangan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah selepas hari ini (walau) seorang pun lelaki masuk ke dalam (rumah) seorang wanita ketika suaminya tiada melainkan jika ia bersama seorang atau dua orang yang lain.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dinasihatkan supaya bersabar dalam menjalin hubungan yang diredai Allah SWT dan ikat hubungan ini dengan perkahwinan.
Kesimpulannya, walaupun niat tak nak berzina tapi ianya tidak menghalalkan cara. Hmm…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja yang dikenali sebagai Alana Cutland tersebut adalah merupakan pelajar dari Universiti Cambridge UK yang sedang berada di kepulauan Madagascar untuk sebuah lawatan kajian.
Pelajar tahun kedua jurusan Sains Biologi Semulajadi itu khabarnya sedang berada dalam tempoh lawatan 6 minggu untuk tujuan mengkaji dasar lautan Hindi di Madagascar serta kumpulan ketam yang semakin diancam kepupusan di sana.
Namun selepas hanya 8 hari di Madagascar, dia bersetuju untuk pulang semula ke UK. Mengapa?
Alana dikatakan berdepan dengan 5 serangan paranoia atau tekanan perasaan. Malah, pada malam sebelum insiden berlaku, beberapa saksi berkata Alana bercakap dengan ibu bapanya menerusi panggilan telefon dalam keadaan tertekan.
“Alana merupakan pelajar yang selalu meminta sokongan moral terutamanya daripada ibu bapa sendiri kerana dia selalu berada dalam keadaan paranoid. Kadangkala dia sedikit sukar untuk menguruskan kehidupan peribadi dan pengajian kerana keadaannya itu,” katanya.
Selepas panggilan telefon tersebut dan perbualan menerusi emel, Alana bersetuju untuk pulang ke UK di dalam kapal terbang Cessna yang disewa oleh ibu bapanya, Neil & Alison. Kapal terbanh peribadi itu sedang menuju ke lapangan terbang antarabangsa Ivato Antananarivo sebelum ke UK.
Entah bagaimana, ketika berada pada ketinggian 5,000 kaki di udara, saksi berkata pelajar dari Cambridge itu melepaskan diri dari tali pinggang keledar, menuju ke arah pintu kapal terbang dan cuba memecah keluar!
Seorang saksi bernama Ruth Johnson (pegawai) berusia 51 tahun dan juruterbang pesawat cuba untuk menahan Alana dengan berpegang pada kakinya untuk beberapa minit. Namun usaha itu gagal apabila mangsa berjaya meloloskan diri dan terjun hingga mati.
Pasukan penyiasat dan saksi cuba melakukan lakonan semula insiden.
Buat masa ini, pasukan penyelamat masih cuba mencari mayat mangsa namun kemungkinan untuk ia ditemui agak nipis. Ini kerana mangsa dipercayai jatuh di kawasan pedalaman hutan Madagascar.
Aduhh, macam-macam! Apa yang dapat dipelajari di sini adalah untuk kita bijak mengawal rasa tertekan. Membunuh diri bukanlah jawapan kepada segala masalah dunia, gaiss..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, negara dikejutkan dengan tragedi sebuah pesawat ringan yang membawa lapan orang penumpang termasuk dua orang anak kapal, terhempas di kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie.
Memetik laporan Harian Metro, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ihsan, menjelaskan bahawa pada awalnya dia menaiki motosikal untuk membaca meter air di kawasan berdekatan dengan tempat kejadian.
Ketika melakukan kerjanya, secara tiba-tiba dia mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat di bahagian belakangnya.
“Saya pusing belakang lalu terlihat kepulan asap dan terus berpatah balik,” katanya.
Lebih menyayat hati, saksi itu memaklumkan bahawa dia terdengar jeritan salah seorang mangsa yang menyebut ‘Allahuakhbar’ ketika menahan kesakitan.
“Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.
“Saya lihat penunggang motosikal itu bergerak sedikit demi sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu,” tambahnya lagi.
Selain itu, Ihsan memberitahu, dia juga melihat seorang lagi mangsa dari pesawat berada di luar dalam keadaan rentung.
Sekadar informasi, nahas tersebut juga turut mengorbankan dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Difahamkan, perakam suara kokpit (CVR) serta kesemua 10 mayat kini dilaporkan telah pun ditemui pihak penyelamat pada jam 10.30 malam. semalam.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai menegur dan juga mengecam tindakan mereka kerana mampu jadi punca kebarakan dan insiden yang meragut nyawa.
Bahaya Masak Mi Segera Di Stesen Minyak,
Sehubungan itu, individu yang dikenali sebagai Pakcik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani terpanggil untuk berkongsi kepada orang ramai berkenaan mengenai perkara ini.
Bahaya Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Pakcik Shell Jelas Sebabnya!
“Ada yang kata, ‘jauh dari pam tak apa’. Jangan…kerana wap minyak boleh mengalir sejauh 10 meter dari punca seperti pam, tempat turun minyak dan vent pipe”
Dalam satu hantaran video di Instagram milik @pakcikshell, yang juga Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, dia menjelaskan bahawa terdapat risiko wap minyak merebak dari pam petrol, tempat turun minyak dan vent pipe.
Individu yang dikenali sebagai Pakcik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani
“Wap minyak boleh bergerak jauh, sejauh 10 meter,” katanya dalam video.
Tambahnya, beliau juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil berat terhadap perkara itu.
**Jadi jangan fikir seronok je okay, fikir juga keselamatan diri dan orang sekeliling.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!